Sunday 22 March 2020

COVID 19 : PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP) HARI KE LIMA

Masa saya menaip ni dah jam 10 pagi, Day 5 Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) atau saya lebih suka lagi kita sebut #StayAtHome.

Dulu zaman bujang kalau hari cuti membuta sampai ke tengah hari. Bangun subuh, pastu sambung tidur balik. Tengah hari baru bangkit mencari-cari makan, settle kan kerja yang pending, kadang tak tahu nak buat apa, start enjin kereta meronda-ronda ambil angin atau berjalan-jalan pusing tasik, jogging ke pantai bila balik ke rumah di Beserah.

Saya spesis yang memang tak suka berjimba ke shopping mall. Lebih suka hirup udara segar nature.

Itu sisi gelap saya.

Bila dah berkeluarga plus menjadi Working-At-Home mom & wife, semua rutin 100% memang berubah.

Tiada lagi rutin bangun tengah hari. "Berani engkau nak bangun tengah hari🤣🤣🤣🙊"

Benar lah bila dah kahwin, automatik kita berubah menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri dan keluarga.

So, kat sini saya nak berkongsi kepada Ibu Bapa dan anak muda semua. Walau anda #StayAtHome ia bukan bermakna ia menjadi tiket excuse untuk anda bermalas-malasan terguling di katil empuk sampai matahari terpacak di atas kepala.

Jika ingin berjaya, ingin pastikan Immune Sistem sentiasa kekal sihat dan aktif. Anda pun kena bangkit seawal pagi.

FYI, orang yang berjaya ialah mereka yang bangkit awal sebelum orang lain setiap pagi.

"You Win Your Morning, You Will Win Your Day." 

Correct✔️ 
100% agree ✔️

Jika anda berkeinginan untuk menjadi kerjaya di rumah satu peluang untuk direbut saat ini, bangkit lah.

Juara hanya akan menang bila dia buat apa yang orang-orang biasa jarang buat.

Apa orang biasa jarang buat?

Bangun seawal pagi bangkit berzikir, bermunajat, bertahajjud bagi muslim dan yang non-muslim buat ritual mereka yang tersendiri. Ada yang exercise, ada yang merancang perjalanan harian mereka, ada yang membaca buku dan banyak lagi aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan di waktu pagi.

Ok.

#TipsSuccessfulPeople
#BisnesAtHome
#StayAtHome
#ImmuneBooster

No comments:

Post a Comment