Monday 23 March 2020

COVID 19 : HARI KE ENAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN

Salam subuh, rindu bertandang.

Di saat ini masih diberi nikmat mendengar kicauan burung di luar rumah. Alhamdulillah, tenang dan bahagia.

Mungkin mereka sedang berzikir kepada Tuhan Seluruh Alam, Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi.

Mungkin juga anak-anaknya sedang kelaparan mengejutkan ibunda untuk keluar mencari rezeki. Indah dan bahagianya mereka di singgahsana, di atas pokok. Bebas berbicara dalam bahasanya.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Bagaimana nasib rakan-rakan dan saudara-mara kita yang terbatas pergerakkan di saat ini kerana Covid19? Hilang punca pendapatan. Pasti ramai terkesan, saya pun turut terkesan.

Saya teringat ada sorang pelanggan kepada suami, warga asing. Isterinya baru je melahirkan anak kedua sebulan yang lalu. Susah hidup mereka pada agakkan saya. Semuanya terbatas.

Bagaimana kehidupan insan-insan seperti ini? Golongan asnaf, fakir miskin yang sedang mencatu barangan di dapur rumah? Itu pun belum tentu lagi ada. Nak ke kedai tiada wang simpanan. Allahu, sebak.

Buat anda yang sedang membaca posting ini, jika anda masih berjimba-jimba di luar, sila fikirkan nasib mereka. Mereka terancam kerana tidak mampu memberi kelengkapan keselamatan kepada keluarga seperti Mask yang dicari-cari orang dan makanan berkhasiat.

Anda? Apa yang anda mampu tolong? Kami tak minta anda hulurkan wang. Cukup #StayAtHome.

Fikirkan juga tenaga #Frontliners yang saban hari berjuang untuk keselamatan anda dan juga keluarga anda. Mereka ketepikan keinginan peribadi, korbankan masa emas bersama keluarga semata-mata untuk anda.

Tolong ye kawan-kawan.

Tolong nasihatkan orang sekeliling kita supaya jayakan misi ini.

In Shaa Allah, keadaan ini semua sementara sahaja.

Perbanyakkan juga Istiqfar, pohon keampunan Allah dan berdoa. DIA memiliki segala kuasa di dunia ini. DIA juga berkuasa menghentikan semua ini. Jangan pandang sepi dengan kuasa doa.

Ok.

**Tadi bukak blog, tiba tengok entry ini (DOA KETIKA HUJAN) mendapat perhatian ramai ketika ini. So, faham lah sekarang ramai rakyat Malaysia sedang berusaha untuk berdoa.

Jom ! banyakkan berdoa. Kita negara Islam pasti boleh selesaikan crisis wabak ini secepat mungkin dengan kasih sayang rahmat Allah.

Aaminn.

#Covid19
#CoronaVirus
#StayAtHome
#PreventBetterThanCure
#ImmuneBooster

No comments:

Post a Comment