Friday 13 March 2020

DIARI AZZAHRA : APA MOMMIES BUAT KALAU TELINGA ANAK MASUK KUTU BABI HISAP DARAH

Hai, mommies semua.

Dalam saya duk berjaga-jaga dan risaukan Covid-19, semalam dapat setepek si kutu ni masuk telinga Azzahra. Punca tak dapat dikenal pasti.

Cuma yang pasti dalam tempoh 2 ke 3 hari ni :

✔️Kitorang pernah ke taman, foodcourt, bengkel kereta, rumah tok wan Zahra, 
✔️Kitorang pernah ke rumah mak sedara Zahra
✔️Zahra selalu main kat luar rumah bila waktu petang. Di kejiranan kami ada kucing berkeliaran. Zahra suka sapa kucing kalau datang kepada dia. Saya dah halang, tak bagi main. Dia sempat lah sentuh kucing tu sekejap. Takkan sebab kucing. Dia tak peluk pun. 
✔️Kitorang pernah ke Hospital bahagian ENT untuk rawatan Zahra dari pagi sampai tengah hari. Banyak transit jugak lah semasa ke sana. Bukan satu tempat je singgah. (Takkan dapat kat Hospital🤔). Boleh baca di sini : Rawatan Azzahra di Audiologi klinik, HTAA.
✔️Zahra suka selongkar barang-barang simpanan lama yang duduk dalam kotak kat rumah.
✔️Pernah pergi kenduri kahwin hari ahad lepas.
✔️Berjumpa Nenek dari Terengganu yang datang ke Beserah.

Ini adalah aktiviti kami dalam tempoh terdekat. Kalau masa saya kecik, saya tinggal di kampung ia tak pelik. Sebab saya selalu bermain masuk semak, sungai, panjat bukit. Saya sendiri pun pernah kena gigit kutu babi atau orang kampung kami panggil Pirah.

Memang sakit sangat. Cuma Zahra seorang yang kuat. Tak manja macam ibu dia. Hehehe.

Hari ketiga Wean Off Zahra yang mencabar

Semalam juga adalah hari ketiga saya wean off Azzahra selepas 2 tahun 6 bulan susukan dia. Jadi, ia agak mencabar jugak lah untuk saya yang pertama kali nak handle anak sakit selepas tidak menyusu lagi.

Bagaimana saya boleh tahu telinga anak dimasukki Kutu Babi?


Pada asalnya, malam 12 Mac saya nak korek telinga. Kebiasaannya bila saya korek telinga, saya akan berikan jugak cutton bud kepada Azzahra. Kitorang sama-sama bersihkan tahi telinga yang ada. Azzahra dah pandai korek sendiri.

Tetapi berbeza kali ni. Dia cakap telinga kiri sakit. Bila saya nak tengok dia tak bagi, dia melarikan diri pergi kepada ayahnya. Bila saya berkeras untuk tengok, dia meraung menangis.

Saya plan nak tengok semula masa dia dah tidur. Sekali saya terlupa.

Keesokkannya 13 Mac 2020

Pagi 13 Mac, saya rasa tak sedap hati. Saya kata ini sakit mesti ada something berlaku. Siap ada darah beku lagi. Macam kena gerudi telinga Azzahra.

Saya cuba untuk tengok lagi. Tapi Zahra tak bagi sentuh langsung. Tiba saya tergerak hati untuk guna lampu suluh tengok ada apa sampai telinga berdarah beku ketul-ketul kecil. Saya pancing Zahra dengan cerita Upin Ipin bagi dia leka masa nak tengok telinga. Dia bagi kerjasama walau pada awal nya dia tak bagi.

Terkejut saya bila nampak ada benda pelik. Saya rasa pirah (kutu babi). Untuk kepastian, saya call my mom. Siap hantar video ke wasap untuk tunjuk bukti.

Hurmm.. My mom advice pergi beli ubat titik kat Farmasi. Nanti, benda tu akan mati dan keluar sendiri.

Tapi, saya tak pergi Farmasi pun. Saya ambil Basic-H campur dengan air bagi cair. Basic H kan pekat likat. Then, saya titis guna cotton bud. Dengan harapan benda tu akan tertanggal sendiri🤣

Memang tak lah. End up saya ambil cangkuk besi seperti dalam gambar. Saya risau kutu tu merayap masuk ke dalam lagi.

Saya bertindak agak agresif sikit, terpaksa berkeras. Zahra dah meronta meraung menangis. Dengan 2 kali cubaan, saya berjaya menarik si makluk kutu penghisap darah tu. Memang nampak lah kaki-kakinya yang kecik. Masa saya ambil, dia belum kenyang sepenuhnya. Sebab ada orang kata dia boleh membesar 30 kali ganda siap boleh bertelur, beranak-pinak. Yang kes Zahra ni tak tahu lah berapa kali ganda.

Finally mati jugak si kutu di tangan Ibu Azzahra💪



Alhamdulillah, saya sempat sedar. Semua ini berlaku dengan izin Allah yang gerakkan hati saya untuk korek telinga.

Rawatan selepas matikan kutu

Selepas itu, saya berikan Zahra Meal Shakes untuk perlindungan immunisasi dia. Walau si kutu ni kecil, tapi once kena gigit hisap darah sakitnya boleh sebabkan demam. Jangan buat main-main.

Hari ni, kena paksa makan Chewable Vita C Plus. Azzahra dah start demam sikit. Zahra tak suka telan vitamin. Jadi saya kena jugak paksa. Lagi pun dia dah 4 hari wean off. Masa menyusu tak risau sangat kalau dia demam.

Bila dah tak minum susu ibu ni, semua bergantung kepada antibodi dan sumber makanan dia lah.

Tempat gigitan tu saya sapu Multipurpose Cream Herbal Blend guna cotton bud selain titis Basic H.

Nasihat saya sebagai seorang Ibu usahakan ikhtiar untuk berikan anak-anak protection yang terbaik. Kita hanya mampu berusaha, sakit, virus, kuman, parasit (kutu babi), itu makhluk Allah.

Pasti ada hikmah kenapa Allah datangkan kepada kita.

Ok.

Nak order Set Immunisasi Shaklee atau Immune Booster boleh roger-roger saya ya di sini : 019-916 4276.
Dapatkan Set Imun Booster anda dan keluarga sekarang dengan penjimatan sebanyak RM121.
Whatsapp : 019-916 4276 for details order dan konsultasi kesihatan berterusan.

3 comments:

zahirah said...

basic H tu ap ye ? n mcm mne keadaan azzahra skrg .. brpe lme tlinge dy pulih

zahirah said...

basic H tu ap ye ?

sakinah (SMS) said...

Puan Zahirah, Alhamdulillah Zahra ok. Basic H cecair pencuci multi purpose yang organik. Boleh guna utk luaran. Berminat nak taw details boleh whatsapp saya ya.

Post a Comment