Monday 9 March 2020

DIARI AZZAHRA : CERAI SUSU SELEPAS 30 BULAN BUKANNYA MUDAH

Alhamdulillah. Setelah 30 bulan 4 hari, Allah beri kekuatan kepada Ibu untuk Wean Off Azzahra. Sebelum ni dah cuba, tapi mungkin tak bersungguh-sungguh. Ibu tak kuat.

This time, Ibu pasti boleh๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Sebenarnya dari start 24 bulan (2 tahun) lagi, dah niat nak cerai susu. Bila jumpa ayat Al-Quran berkata susukan sampai 30 bulan, ibu sabarkan dan fight for it.

Tambah Azzahra makin kerap pulak menyusu bila cakap dah 2 tahun. Kena stop. Ibu musykil, menyusu ke atau taktik dia je๐Ÿ˜†

Ini ayatnya ๐Ÿ‘‰Dan kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik terhadap kedua ibu-bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkan dengan menanggung kesulitan. Mengandung dan menyusukan sampai bercerai susu tiga puluh bulan (lamanya). Sehingga apabila ia menjadi dewasa dan mencapai usia empat puluh tahun, dia berdoa, "Ya Tuhanku! Berilah aku kekuatan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku beramal soleh yang Engkau redhai. Dan jadikan anak cucuku tetap soleh. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri."

Surah Al-Ahqaf, ayat 15 (Muka Surat 504).

Selalu cakap kat Zahra. "Anak Ibu dah besar, tak boleh menyusu dah. Tahun depan dah nak pergi sekolah. Malu lah kalau orang tengok.. "

Dalam hati rasa bersalah, rasa berbelah bahagi. Bagi ibu bila bercerai susu maksudnya anak Ibu dah semakin dewasa. Memang dia dah semakin dewasa. Ibu je belum puas anggap dia baby yang baru lahir.

Rasa macam baru je bermandikan susu dalam pantang. Asbab Set Menyusu Shaklee, memang susu sentiasa melimpah ruah untuk Azzahra. Hingga ibu jadi panik tak tahu macam mana nak handle susu yang banyak.

Alhamdulillah, berkat nasihat my Mentor dan rakan-rakan Ibu semua berjaya jugak capai impian penyusuan Ibu sehingga 2 tahun. Bahkan exclusive dan extra 6 bulan. Ia bukan perjalanan yang mudah. Tapi yang pasti penuh dengan kemanisan.

In Shaa Allah nanti berjaya saya kongsikan nya di next entry ya.

Kawan-kawan tolong doakan saya dan Azzahra berjaya lalui moment ini dengan mudah.

Terima Kasih, semua.

*Kalau mommies ingin berikan penyusuan exclusive untuk si kecil anda, boleh ikhtiar dengan Set Menyusu Shaklee. Bulan ni, ada Promo Jimat RM276.55. Cuma anda risiko lah bila consume Set Menyusu ni. In Shaa Allah susu melimpah ruah dan mommies kekal sihat, bahagia sepanjang tempoh penyusuan. Whatsapp saya for order : 019 - 916 4276.

No comments:

Post a Comment