Friday 6 March 2020

INSAF : KELAWAR MENJADI PUNCA PENEMUAN NOVEL CORONAVIRUS

Bismillahirahmanirahim.

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa penemuan dan ikhtibar kepada kita semua berkaitan Novel CoronaVirus yang telah meragut ramai nyawa manusia di seluruh dunia terutamanya di China.

Novel CoronaVirus atau sekarang lebih dikenali sebagai Covid-19 dikatakan berasal dari sebuah daerah di negara China iaitu Wuhan pada Disember 2019.

Dan puncanya adalah dari pemakanan haiwan yang telah diharamkan dalam Islam seperti kelawar, tikus, katak dan macam-macam lagi sumber makanan eksotik yang telah dijual di sana. Makanan ini dijual dengan mudah secara langsung.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kau melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah daripda apa yang telah diberikan Allah kepadamu  sebagai rezeki yang halal dan baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman." (Surah Al-Ma'idah, ayat 87-88, muka surat 122).

"Sesungguhnya DIA hanya mengharamkan ke atasmu bangkai, darah, daging babi, dan daging haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain daripada Allah. Tetapi barang siapa yang terpaksa memakannya, bukan kerana menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka tiada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah Al-baqarah, ayat 173, muka surat 26).

Anda boleh melihat sangat banyak video di kongsikan di youtube keadaan pasar basah di sekitar Wuhan yang menjual makanan pelik-pelik. Saya tak sanggup nak kongsikan sebab terlalu geli hingga termuntah.

Pada pandangan saya, kenapa di Wuhan? Sedangkan jika diselidiki di tempat dan negara-negara lain ada jugak yang menjual makanan eksotik seperti ini.

Pengalaman saya sendiri pernah ke Kemboja pada tahun 2010, katak dan macam-macam makanan pelik di jual di RnR mereka tanpa was-was. Bahkan di Malaysia pun ada yang menjualnya oleh masyarakat bukan Islam.

Cuba ada ambil ikhtibar dan pengajaran dari kes Corona ini. Bukan masa untuk menunding jari kepada si pembawa virus. Bukan salah si katak atau si kelawar. Mereka pun makhluk Allah. Allah tidak menjadikan mereka sia-sia.

" Telah terlihat kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, Allah mahu mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar." (Surah Ar-Rum, ayat 41, muka surat 408).

Tetapi ini sebenarnya ujian buat kita seluruh ummat Islam terutamanya. Saat ini Allah sedang uji kita dengan kekuatan iman, kepercayaan kepada agama dan kebergantungan kita kepada Allah Yang Maha Agong, Maha Hebat dan Maha Berkuasa, Maha Mulia.

Dalam keadaan seluruh dunia takutkan sebaran Virus Corona, hanya si Tukang Cuci sahaja yang dimuliakan di Tanah suci Mekah saat ini.  

Sunyi tempat yang menjadi Magnet Kekuatan Ummat Islam saat ini. Yang dimuliakan hanya tukang cuci dan pekerja-pekerja serta masyarakat sekitarnya sahaja selepas kerajaan Arab Saudi menyekat kemasukkan jemaaah dari luar negara akibat sebaran Virus Corona atau Covid-19.
Sehinggakan sekecil-kecil virus itu mampu meragut ramai nyawa tersebar ke seluruh dunia dalam tempoh yang singkat dan pantas. Walaupun si mangsa mungkin tidak pernah makan kelawar, katak, ular tetapi ia berlaku melalui sebaran pernafasan akibat virus yang datang dari pembawa yang pernah bersin, selsema dan demam sebelum ini.

Virus makhluk Allah yang hidup, guys. Allah memiliki seluruh kerajaan langit dan bumi termasuklah virus ini.

Allah takkan menjadikan sesuatu kejadian itu tanpa asbab. Ambillah pengajaran dan ikhtiarkan untuk melindungi diri anda dan keluarga. Bukan serah bulat-bulat tanpa usaha sebagaimana di sebut dalam ayat Al-Quran di bawah ini :

"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap kasar dan berkeras hati, sudah tentu mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonlah keampunan untuk mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal." (Surah Ali-Imran, ayat 159, muka surat 71).

So, saranan saya berpegang teguh lah dengan ayat-ayat Allah. Perbanyakkan solat taubat dan hajat mohon keampunan dan pertolongan dari Allah.

Mari amalkan doa ini sebagai salah satu usaha kita bersama..

Selain itu, amalkan lah pencegahan awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), WHO dengan menjaga kebersihan diri, kurangkan atau elakkan ke kawasan ramai orang, lebih baik berada di rumah dan juga ambillah nutrien tambahan untuk Immune Booster anda.

Dapatkan Set Immune Booster anda dan keluarga sementara stock masih ada dengan penjimatan sebanyak RM202.40. Jom ! Whatsapp Kinah, 019-916 4276 untuk vitamin fresh from HQ.

Ini pernyataan yang dikeluarkan oleh Orthomolecular tentang keperluan nutrisi bagi mempertingkatkan sistem Pertahanan badan anda.



Dan ini pula nasihat oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad tentang Vitamin C pada 25 November 2019:


Mencegah itu lebih baik dari merawat. Jangan tunggu virus sampai dekat kepada kita baru nak mencari penawar. Sedangkan Vitamin C memang diperlukan oleh badan setiap hari sepanjang masa. Bukan sebab virus baru nak kena makan Vitamin C.

Badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C itself. Kita perlu ambil dari sumber makanan sama ada buah atau sayur-sayuran atau pun suplemen sekiranya tidak mampu bekalkan buah dan sayur-sayuran yang sihat dan bebas racun mahupun bahan kimia berbahaya sepanjang masa.



Jika anda ingin dapatkan Set Immune Booster Shaklee, segeralah hubungi saya sebab stock semakin susut disebabkan Kes Coronavirus ini sebagaimana sukarnya untuk dapatkan Mask ketika ini.

Bagus mencari Mask, tapi lagi bagus persiapkan perisai tentera dari dalam iaitu pertingkatkan sistem imunisasi anda dan keluarga.

Promosi ResV Shaklee beli 6 Free 1. Whatsapp : 019-916 4276 untuk details produk.

ResV ialah produk keluaran terbaru dan terbaik shaklee yang 30% jauh lebih power dari Vivix. 
Sekian, terima kasih kerana setia membaca sehingga ke ayat terakhir.

Saya doakan semoga anda yang membaca posting ini diberikan kesihatan, bebas dari virus Corona dan kebaikan pahala yang berterusan dunia dan akhirat.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat, mari sama-sama tekan button SHARE supaya lebih ramai peroleh kebaikan dan ambil ikhtibar.

Ok.

Sakinah,
SID : 1168494
Your Trusted Bisnes Leader and Shaklee Distributor,
019-916 4276.

No comments:

Post a Comment