Wednesday, 17 June 2015

30 MENU LAZAT SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H DARI RAKAN NECK

Assalamualaikum wbt dan Salam Awal Ramadhan.

Apa pkhabar sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah, hari ini?

SMS mendoakan semoga sahabat semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.


InsyaAllah.

Esok akan bermula perjuangan kita sebagai umat islam dalam melawan hawa nafsu dari makan dan minum serta melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah satu kewajipan bagi mereka yang sudah baligh.

Melainkan, insan-insan terpilih yang dikecualikan dengan bersebab.

Pagi tadi, SMS dapat telegram dari rakan NECK mengenai 30 menu menarik di bulan puasa nanti.

So, SMS nak kongsikan dengan anda di sini.

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN


1. Tilawah al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.

3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

4. Memberi makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.

5. Solat fardhu 5 waktu secara berjamaah setiap hari.

6 Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.

7 Sunat dhuha setiap pagi. Jika tidak sempat.. jangan dilupakan doa DhuhaNya.

8. Sedekah setiap hari minima seringgit.

9. Pastikan sahur setiap hari.

10. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

11. Tadarus al-Quran sambil berusaha memahami maksudnya.

12. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.

13. Kurangkan berkunjung ke bazar-bazar ramadhan.

14. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

15. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.

16. Jauhkan aktiviti yang lagha.

17. Zikir harian, banyakkan berdoa.

18. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.

19. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah SWT.

20. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

21. Menjaga dan menghubung silaturrahim.

22. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tapi bertelanjang).

23. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.

24. Tidak berlebih-lebihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.

25. Perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat rawatib.

26. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki).

27. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

28. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.

29. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

30. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang ditetapkan.

Sama-samalah kita, Ikhlaskan hati kerana Allah.. hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.

Dan di kesempatan ini, SMS ingin memohon seribu kemaafan atas kekhilafan dan keterlanjuran bicara mahupun gurau senda sepanjang kita bersua.

Setiap yang baik itu, datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa berjaya dan bahagia hidup dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry ini bermanfaat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment