Friday, 19 June 2015

RESEPI CAPATI SIHAT KAK YAM DARI NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)

Capati Sihat dan Sedap dari Kak Yam.
Assalamualaikum wbt..

Salam Ramadhan kepada sahabat muslim dan salam bahagia untuk semua :-)

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa dalam Ramadhan Al-Mubarak ini.

Makan kena beringat, ye.

Sebab, Negara Malaysia terkenal dengan Syurga Makanan.

Hari ini, SMS nak share satu resepi best dari Kak Yam yang merangkap peserta dan Crew Now Everyone can Kurus (NECK).

CAPATI SIHAT DAN SEDAP KAK YAM

First kena sediakan bahan seperti gambar di bawah :-

- 1 1/2 cawan Tepung Atta (Kak Yam guna jenama Alagappas 800g).

Abaikan Teh BOH tue.
Kalau refer cara buat kat belakang bungkusan resepi dorang guna 450gram 1 adunan. Tapi untuk 2 keping piawaian NECK, Kak Yam agak-agak tepung tu dibahagi kepada 4 menjadi 200gram.

- 1 sudu besar minyak Zaiton untuk 200gram tepung.

- Secubit garam (tak nak letak pun boleh).

- Air suam sedikit untuk pastikan tepung menjadi doh.

Peralatan yang diperluakan adalah :-

- Pencanai/ Penggiling/ apa yang boleh digunakan untuk menggiling cam gelas panjang atau botol berpermukaan licin pun boleh.
- Kuali leper
- Papan canai sebagai tempat menggiling.
- Mangkuk
- Kain napkin yang bersih/ kain lembap
- Dapur untuk memasak

Cara-caranya :-

:rice: Masukkan tepung Atta dalam mangkuk dan campurkan minyak zaiton. Kemudian gaul dengan hingga minyak rata bersama tepung tadi.

Cam ner nak tau minyak zaiton rata?? 
>>> bila tepung nampak mcm serbuk roti (macam kita buat doh tepung karipap).

Lepas tu letak garam (tak nak pun boleh) 

Campur air suam perlahan-lahan sampai jadi doh.

Uli dalam 5 minit.


Lepas tu tutup mangkuk doh dengan kain lembab dan biarkan 1/2 jam.

Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan bulatkn

Dohkan tepung mengikut saiz yang diingini.
Guna papan canai & roller utk menggelek doh capati menjadi bulat (masa ni jangan lupa taburkan tepung Atta cikit atas papan canai).

Sementara canai boleh ler panaskan pan. Pastu letak jer capati yang dah dicanai tadi dlm pan.

:hotsprings:Kejap jer masak capati nie. 4-5 minit siap.

Masa dalam pan, jangan lupa balik-balikkan selalu. Jangan masak lama nanti keras yea.

Nampak cam sedap, kan? hehehe.
Ok, lah.

Selamat mencuba resepi Capati Sihat dan Sedap Kak Yam ye, sahabat.

Dalam, NECK kami sentiasa berkongsi resepi dan masakan yang menarik dan mudah serta cepat untuk disediakan bagi seisi keluarga.

Nak rasai keseronokkan berNECK cam Kak Yam?

Jom! Join NECK Batch 6 yang akan bermula 1 Julai 2015 ini.

Bukan setakat seronok. Bahkan hidup semakin sihat sebab kami membantu anda amalkan gaya hidup berlandaskan sunnah dan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus NECK.


InsyaAllah, anda terpaksa kurus dan sihat.

SMS doakan semoga Ramadhan kali ini, akan lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Sila SHARE jika anda rasa resepi ini memberi manfaat kepada saudara-mara atau rakan-rakan di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment