Friday 12 June 2015

CABARAN 30 HARI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa di bawah lindungan dan payung rahmat Allah SWT.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Sedikit perkongsian dari Kuliah Muslimah pada 13 Jun, Sabtu lepas di Surau Al Mustaqim bersama Ustazah Noraini.

Untuk renungan Bersama & Muhasabah Diri...

CABARAN 30 HARI BULAN RAMADHAN

Amalan Harian yang boleh kita amalkan untuk memborong pahala Ramadhan ini. InsyaAllah. 

1.Bangun malam (sekitar jam 3 atau 4 pg) 

-Sebelum sahur tu ambik kesempatan ini.
Boleh la ajak anak-anak sama.
Digalakkan kalau nak mandi dan ambil wuduk.

*Solat sunat Tahajud sekurangnya 2 rakaat
*Solat sunat Taubat - kalau sempat buat 2 rakaat.
*Solat sunat Hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).

* Solat sunat witir 3 rakaat.

2. Sahur - seeloknya masak ala kadar tetapi berkhasiat.

3. Solat sunat sebelum Subuh.

4. Solat Subuh.

5. Baca Al-Quran 2 helai lepas subuh.

6. Solat sunat Dhuha 2 rakaat.

7. Solat Zohor.

- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
- Baca Al-Quran 2 helai.

8. Solat Asar

- solat sunat sebelum
- baca Al-Quran 2 helai.

9. Solat Maghrib
- solat sunat selepas
- baca Al-Quran 2 helai.

10. Solat Isya'
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
- solat Tarawih 8 rakaat
- baca Al Quran 2 helai.

11. Sebelum tidur baca 
- Surah Al-Mulk
- Surah Sajjadah
- Surah Al-Waqiah

12. Setiap hari mesti Sedekah, walaupun sedikit.

*tips baca Al-Quran 2 helai (bersamaan 4 mukasurat)

setiap selepas solat fardu = 5 x 4 = 20 m/s sehari atau bersamaan 1 juz sehari.

Sebulan Ramadhan InsyaAllah kita boleh khatam Al-Quran

* Jika tak dapat buat semua, lakukanlah yang termampu sebaiknya...

Jom sebarkan & kita pakat-pakat buat amal soleh..

InsyaAllah.

Sharing dari sahabat niaga SMS. Terima kasih, kepada beliau. Semoga ilmu ini menjadi pencen kubur beliau dan juga sahabat pengunjung blog SMS.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment