Thursday 4 June 2015

THE POWER OF SUBMISSION (DOA) - 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah, berada dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Aminn.

Hari ini, SMS nak kongsikan satu kisah berkaitan The Power Of Submission (DOA). SMS baru je, selesai membaca topik ini dalam Buku 21 Formula Hidup Luar Biasa.

HUBUNGI CINTA HATI SMS : 019-916 4276 UNTUK TEMPAHAN. 
So, rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan perkara yang sedang dilalui yang mana, ianya sama kisahnya seperti di dalam buku tersebut.

UJIAN ITU PENYUCIAN JIWA

Ini kisah benar.. Setahun yang lalu.

Kisah bermula,

Aku sedang bercuti di kampung bersama keluarga. Aku mengambil cuti yang agak panjang. Hampir 3 minggu. Untuk menghabiskan cuti tahunan.

Minggu terakhir percutian, aku mendapat panggilan telefon dari pihak majikan.

Aku dikehendaki masuk segera ke pejabat kerana ada hal penting.

Hatiku mula tak keruan. Pagi esok ku rasakan terlalu panjang.

Aku bertanyakan rakan pejabat. Apa yang berlaku?

Mereka mintak aku bersabar dan just tunggu & jumpa bos pagi esok. 

Keesokkannya.. 

Hari yang dinantikan telah tiba. Aku masuk ke ofis pada pagi itu.

Perjumpaan aku dengan bos mengambil masa yang terlalu lama. Berjam-jam, lamanya.

Sebab, aku mempertahankan hak aku. Aku ditipu. Aku difitnah. Aku tak buat semua itu.

Namun, semuanya telah terlambat. Pihak HR, dan majlis tertinggi telah sebulat suara bersetuju melucutkan jawatan aku. Aku diberi masa sebulan untuk selesaikan urusan kerja dan semestinya mencari pekerjaan baru.

Bermula saat itu, kisah aku tersebar ke seluruh department.

Aku dipulaukan.. Macam-macam tanggapan orang kepada aku.

Aku membuat rayuan supaya kes aku dibicarakan semula. Aku terus berusaha dan berdoa kepadaNya.

Kadang-kadang, aku menangisi sendiri dengan apa nasib yang berlaku kepadaku.

Aku membayangkan keluarga di kampung, ayah yang sedang sakit, kereta yang perlu dibayar. Hutang-piutang. Banyak perkara yang perlu dibayar. Cost rawatan ayah.

Aku jadi kurang bersemangat bila ke tempat kerja. Kerana majikan aku sendiri dah buang aku jauh-jauh dalam semua acara dan program. Nama aku dikeluarkan dari jawatankuasa program.

Walau hakikatnya, mereka kekurangan tenaga kerja di saat itu. Kerana fitnah manusia. Dia jadi kurang professional.

Aku kuatkan semangat. Aku teruskan kerja yang mana ada. Sebenarnya, aku memang dah tak de kerja. Semua kerja dan projek aku ditarik.. Aku datang kerja cam orang bodoh. Tak tahu untuk apa tujuan.

Aku penat meraih hati manusia. 

Aku pujuk diri ini. Aku bersujud dan berdoa kepadaNya.

" Andai inilah kesudahan episod ceritaku di sini. Aku redha.. Andai benar, aku di fitnah.. Hanya KAU yang layak membalas setiap perbuatan mereka itu. Bukan, aku. Aku hanyalah hamba-MU yang lemah dan tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Mungkin ini, adalah hukuman atas dosa-dosaku yang lalu. Aku alpa kepada-MU. Aku melewat-lewatkan solat. Aku mengutamakan kerja melebihi dari tanggungjawabku kepada-MU. Aku tak sempurna, aku lemah. Terlalu banyak kekhilafan yang aku lakukan. Ampuni dosaku, Ya Allah. Dosa kedua ibu-bapaku........ "

Lebih kurang begini lah doa ku kepadaNya Yang Maha Esa.

Dalam sebulan aku ulang-alik uruskan ayah di kampung yang sakit. Gajiku pulak dibekukan.

Aku menjadi semakin lemah.. Aku menangisi nasibku lagi. Di saat rakan-rakan mendapat gaji mereka. Aku hanya berputih mata. Mengenangkan ayah yang memerlukan rawatan untuk penyakitnya. Aku gagal mengeluarkan belanja sebab wang simpanan ku sudah hampir habis.

Aku membuat rayuan lagi. Memohon mereka menyegerakan gajiku. Keadaan ayah semakin kritikal. Permohonan rayuan kerjaku telah gagal.

This time..

Aku harap, rayuan permohonan gaji mampu mengubat sedikit kedukaan dan kerisauan di hati ini. Keadaan ayah membuatkan aku, semakin lemah di perantauan. 

Tapi, tanggapan ku salah. Sehingga ayah ku menghembuskan nafas terakhirnya pada malam 1 Ramadhan.. gaji ku masih dibekukan.

Walaupun, aku memohon untuk kesekian kalinya bagi menyelesaikan urusan pengjenazahan ayah.

Aku menangisi nasibku. Aku rasa aku lemah. Aku hanya ada aku dan DIA (Allah SWT).

Tiada siapa yang mampu bantu aku. Walaupun bekas majikanku yang terdahulu. Dia pernah cuba. Dia pun dah tak mampu bantu aku dapatkan kembali kepercayaan majlis tertinggi.

Aku redha..

Aku redha.. Di saat hari ayahku meninggal. Aku melihat pelangi indah di langit. Seolah-olah aku melihat ayah tersenyum bahagia. Ketika aku dalam perjalanan pulang untuk uruskan jenazah ayah. Ayah meninggal ketika aku jauh darinya. Aku di tempat kerja buat kali terakhir untuk dapatkan gaji bagi merawat ayah.

Siapa sangka.

Aku merasakan seperti yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran.. Ayah pergi buat selama-lamanya.

Aku terduduk lagi. Aku jatuh lagi. Aku rasakan kotor dan hinanya diri ini.

Nikmat kerjaku ditarik. Nikmat kasih sayang ayahku ditarik. Aku baru nak merasa nikmat kasih sayang seorang ayah yang sudah lama hilang. Sebelum nie, kami berjauhan dari ayah hampir 7 tahun. Ayah jarang pulang ke rumah.

Bila ayah sakit. Aku rasa syukur sangat-sangat. Sebab, kami dapat jaga ayah.

Bila sakit ayah nampak cam dah nak sembuh. Aku bahagia. Aku rasa happy walaupun di saat itu, aku hilang pekerjaan. 

Itulah aku..

Setelah Menganggur..

Setelah beberapa bulan aku menganggur. Aku ditemukan dengan seseorang (sepasang suami isteri).

DOWNLOAD PERCUMA SEKARANG !!
Dalam tempoh itu.. Aku sentiasa berdoa kepadaNya hinggalah kini. 

Merekalah yang banyak bantu aku. Hidupku kini lebih bahagia dan tenang.

Aku dah bergelar seorang usahawanita yang dulunya malap. Kini semakin bersinar seperti permata dan berlian.

Kini, baru ku sedar. Rupanya, Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik dari pekerjaan terdahulu kepadaku.

Sebab jika difikir-fikirkan dan direnung-renungkan.

Aku selalu sibuk dengan hal dunia. Aku solat dihujung waktu. Aku tiada masa bersama keluarga. Hujung minggu ku bekerja. Non-stop. No rest. Aku penat dengan majikan yang suka cari silap aku. Majikan yang ajar aku buat perkara yang salah. Ajar aku pecah amanah.

Astaqfirullah Al Azim..

Walaupun aku lemah.. Aku takkan sesekali buat perkara yang salah dari segi agama. Walaupun, terpaksa hilang pekerjaan sekali pun.

MORALNYA..

So, moralnya. Walau apapun dugaan mendatang. Onak dan duri menghimpit.. Yakinlah denganNya. Doalah kepadaNya sepanjang masa.

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Aku (berdoa), maka (jawablah) sesungguhnya Aku amat dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu. "

(Surah Al-Baqarah, 186)

Allah tak makbulkan doa kita bukan kerana DIA tidak mendengar. Tapi, ditangguhkan DOA itu untuk balasan yang lebih baik.

Mungkin, kita belum layak. Atau mungkin juga, jika dikabulkan doa.. kita akan ditimpa malapetaka. So, dielakkan dan dipelihara kita dari musibah yang lebih dasyat. Begitulah, kasih sayang Allah.

Dan mungkin juga.. Diri kita, kolam jiwa kita masih berkeladak.. DIA sedang mendidik kita menjadi lebih kuat, tabah dan matang serta dekat kepadaNya. DIA rindukan kita. Rindukan kasih sayang kita. 

Jangan risau.. Semua perkara dalam dunia ini adalah hak miliknya. Jika Allah suka kita.. Semuanya akan diberi mengikut kesukaanNya dan kelayakkan kita.

So, sama-samalah kita buat DIA suka kita. 

InsyaAllah.

Sila SHARE, jika anda rasa ia membantu dan memberi manfaat kepada saudara-mara mahupun rakan kita di luar sana.

SMS doakan semoga anda semua sentiasa sihat, kaya, bahagia dan berjaya dunia dan akhirat. 

Aminn. 

Sekian, wassalam. 
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS


019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment