Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua..
SMS doakan semoga sahabat setia dan pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.
Pagi semalam, saya dengan adik-adik pi jalan-jalan lepak, ambil angin pantai kat Pantai Rekreasi Balok.
PANTAI REKREASI BALOK, BESERAH (KUANTAN)
Apa yang menarik kat pantai nie?
Bagi saya kalau nak kata menarik, tak de lah menarik sangat. Even, signboard di tepi jalan besar nampak cam best je, cam gempak je aktiviti.
Simpang nak masuk ke pantai, akan berjumpa dengan singboard nie. |
Actually, ia bergantung kepada kita. Saya tak pasti, samada aktiviti tersebut wujud atau tidak. Sebab, time kami pergi mostly kat pantai ni ramai yang berkelah dengan family.
Yang pasti, ada resort dan homestay.
Cam kami sekadar singgah ambil angin pantai, hirup udara segar sambil-sambil layan si kembar yang suka sangat nak pi playground.
Tak kisah lah cam mana rupa. Asal boleh bermain.
Kanak-kanak riang katakan. Otak dorang sedang berkembang. So, kita tak boleh halang dorang. Nanti, terbantut pulak asyik memerap kat dalam rumah. Hehehe..
Alhamdulillah, si kembar dan adik-adik yang lain bukan jenis yang berjalan ke rumah kawan-kawan sesuka hati. Dorang hanya akan berjalan jika kakak, abang-abang atau emaknya yang bawa.
Kadang-kadang je, buat angin pening dia bertapa kat rumah jiran sebelah dengan kakak Aisyah (Anak Mak Cik Tie). Tak pun, jiran baru rumah sebelah lagi satu (Kalau ada anak-anak kecik).
Kecian, jugak..
Dorang jarang keluar. So, kita layankan je lah.
Saya time kecik dulu bebas ke mana-mana sebab membesar di kampung, kawasan pedalaman.
Berbeza dengan adik-adik.
Saya banyak habiskan masa masuk semak, terjun sungai, pi air terjun, tangkap anak ikan, udang dan panjat pokok walaupun saya ni perempuan. Tapi, itulah hakikatnya. Time kecik saya memang lasak, tak sedar diri. Emak selalu bising-bising, sebab maghrib baru nampak batang hidung. Kihkihkih..
Oppss!! Sorry, duk melalut zaman dulu kala pulak :-)
Ok, jom saya kongsikan sedikit gambar untuk tatapan sahabat semua.
Nanti, boleh lah plan dengan family untuk berkelah kat sini.
Saya suka suasananya yang tenang dan banyak pokok-pokok yang memayungi kawasan sekitar pantai.
Alhamdulillah, semuanya ciptaan Allah.
Hai, saya kakak. |
Layankan je, si budak nie. Kakaknya, tak mahu main. Terpaksa lah abang yang besar naik sekali. |
Dah penat bermain, baru lah nak landing kat bawah pondok. |
Pandai betul.. senyap-senyap, dia berselfie. |
Kes memjuk balik.. disoroknya kunci kereta sebab tak nak balik lagi. |
Lepak sekejap, cam cantik je pagar nie. Tempat ni, sesuai kalau nak wat wedding photoshoot. Hehehe.. |
Inilah sedikit gambaran kawasan Pantai Rekreasi Balok.
Ok, selamat berjalan-jalan dan bercuti bersama keluarga ye.
SMS doakan semoga anda dan anak-anak sentiasa happy, sihat dan bahagia dunia akhirat.
InsyaAllah.
Sekian,wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Sekurang-kurangnya, percutian anak-anak lebih bermakna walaupun ianya percuma. Apa yang penting kasih sayang dan perhatian. Sekali sekala, bawak lah anak-anak ke luar dari rumah untuk perkembangan minda mereka. InsyaAllah..
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment