Monday, 9 November 2015

BRISK WALK SAMBIL MENGENDAP DENGAN KEMBAR

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

SMS doakan semoga semua pembaca dan pengunjung blog sakinahms.blogspot.com berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia disamping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah..

Semalam saya dengan si kembar pi riadah petang.

Lately, jarang sangat kitorang buat outdoor aktiviti. Macam-macam perkara berlaku.

Kes culik, jerebu dan cuaca yang tak menentu.

Alasan je tue.. Kihkihkih..

Hakikatnya, dorang ni petang-petang mengadap tv tengok cerita sinetron 'Buku Harian Baim' tue.

Puas dah ajak, dorang tak layannya SMS. SMS kurang berani nak keluar sorang-sorang. Risau kena kaco.. Better berjaga-jaga sebelum terkena kan.

Kalau keluar dengan dorang, orang akan fikir anak SMS. Kiranya, secure lah sikit :-)

Semalam tadi, hari sabtu. Tak de sinetron. So, dorang bersemangat nak ikut.


Just briskwalk.. hirup udara luar, cuci mata. Kitorang spend time dalam 2 jam cam tu lah.

Kat bawah ni, saya share sikit gambar gelagat dorang.

Ini je mainan dorang. Kutip apa yang terjumpa. Tapi, seronok.. Nampak dorang happy.
Kakak berbaju putih, adik berbaju pink.
Dalam duk berjalan-jalan tue, sampai kat sebuah rumah nie. Rumah Cikgu Yie. Adik lelaki SMS ada kat situ. Tengah belajar silat.

Kat hujung sana, ada rumah Cikgu Yie. 
Kitorang stop jap, minum air sambil mengendap dorang bersilat. Hahaha..

Berani nak pi dekat. Takut..

So, kita intai je dari celah-celah lalang kemuncuk.


Pastu, kitorang teruskan briskwalk ke Tasik Taman Pelindung.

Tak sempat pusing habis pun tasik. Sebab dah lewat petang dan banyak berhenti kutip bunga-bunga liar. Kena berpatah balik, nanti gelap maghrib pulak.

Cantik, kan bunga nie.
Haa.. Cantik, tak adik? Hehehe..
Kakak pulak duk mengutip bunga putih nie.
Semoga kasih sayang dorang berdua takkan pernah berhenti. Karakter kembar ni, lain sikit. Dorang saling perlu memerlukan. Adik hilang sekejap je dari pandangan. Terus tercari-cari, tanya mana adik. Adiknya, pulak jenis nakal nak sakat kakaknya. Alhamdulillah, rahmat dan kasih sayang Allah kepada kami sekeluarga. Diambil arwah abang. Dikurniakan 2 nyawa yang saling bertaut.
Sebelum balik, singgah kat surau sekejap lepaskan hajat kecil masing-masing. Banyak sangat minum air. (Ambil jalan dekat. tadi jalan jauh) Kihkihkih..

Dah sampai simpang rumah kitorang.
Ok, selamat sampai ke rumah kitorang.

Sehingga bersua kembali ye, sahabat.

SMS doakan semoga sahabat semua sentiasa sihat, bahagia dan berjaya walau dalam apa jua bidang dan tindakan.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment