Social Icons

Tuesday, 24 November 2015

JOURNAL MENUJU HAJJAH : SIAPAKAH MAHRAMKU??

Assalamualaikum dan salam bahagia semua..

SMS doakan semoga segala urusan kita semua dipermudahkan olehNya dan berjalan lancar serta diberkati dunia dan akhirat.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Hari ini, SMS nak kongsikan sedikit tentang journey untuk ke rumah Allah.

Sejak beberapa hari yang lalu, hati terpanggil-panggil untuk ke sana. Rasa rindu bertamu walau belum pernah jejakkan kaki.

Indahnya kuasa Allah.. hanya mereka melaluinya sahaja akan memahami apa yang SMS katakan ini.

Bukan bermaksud sahabat tak faham. Sebab tue, lah SMS nak share dengan anda semua. Supaya kita sama-sama dapat rasakan nikmat dan rindu untuk ke sana.

NAK KE SANA... SIAPA MAHRAMKU??

Sedikit mendukacitakan bagi diri SMS yang berstatus bujang nie.

Sekarang, kerajaan Arab saudi mengeluarkan peraturan baru. Mana-mana wanita yang berusia 45 tahun dan ke bawah pada tarikh tersebut (kerja haji/umrah) wajib bertemankan mahramnya.

Wanita wajib bawa mahram.
Kalau dulu, tak de masalah.

Sekarang, sebelum rancang nak ke sana lebih baik lah kita fikirkan dan cari siapakah mahram yang bakal turut serta nanti.

Bagi mereka 45 tahun dan ke atas, tiada halangan dengan izin Allah.

Huhuhu..

Nak kena kahwin cepat-cepat nie (Semoga dipermudahkan lah. Siapalah mahramku??Wallahualam).

Jangan ada yang salah faham pulak. Selain suami masih ramai yang layak asalkan dia sah berstatus kan mahram kekal kita.

Sebut pasal mahram nie, saya ada satu kisah seorang sahabat yang ingin kerjakan umrah buat kali pertama pada tahun lepas (2014).

Segala persiapan dan urusan sudah sempurna sepenuhnya. Dia pergi dengan rombongan kawan-kawan kami tanpa mahram dan suami.

Sehari sebelum bertolak, dia mendapat khabar permohonannya untuk ke sana gagal. Visa tak lepas sebab syarat mahramnya tak complete.

Allahuakhbar.

Keciannya.

Walau apa-pun, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dariNya.

So, usah bersedih wahai kaum wanita senasib denganku. Pasti ada hikmah dari Allah.

Saya ambil ini sebagai cabaran.

Bila dan siapakah mahram saya?

Sahabat tunggu lah khabar berita gembira dari SMS.

InsyaAllah.

SMS doakan semoga anda semua peroleh kebahagiaan, kejayaan, Kekayaan dan Keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam bahagia.

*Sila SHARE supaya lebih ramai kaum wanita bersedia dengan syarat ini.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies