Friday, 27 November 2015

JOURNAL MENUJU HAJJAH : WAJIB!! DAFTAR DI TABUNG HAJI WALAUPUN MELALUI SWASTA

Credit to Mr. Google Image.
Assalamualaikum wbt dan salam bahagia serta salam ceria :-)

SMS nak tunaikan hajjah di usia muda, yang mana ia menjadi tuntutan rukun islam kelima.

"Cam mana nak ke sana? Paling kurang pun nak kena ada RM10 000 dalam akaun (Pakej Muasassah).

Dan mampu ke, diri ini nak ke sana sebab kawan-kawan aku pun turn dorang 2074 yang aku taw. Hidup ke aku lagi aku time tue?"

Inilah antara suara anak-anak kecil yang bermain dihati kecil SMS.

SMS teringat soalan Dr. Azizan Osman (DAO) kepada seorang peserta semasa menghadiri program IMKK bulan 5 baru-baru nie.

Peserta ini, berkongsi impiannya dengan semua orang. Antara salah satu Impian beliau adalah membahagiakan ibunya. Beliau nak hantar ibunya ke mekah untuk mengerjakan umrah dalam tahun ini. InsyaAllah.

Dan DAO bertanya : "Apa yang awak buat untuk tunaikan Impian tersebut? Dah taw nak pergi bila? Travel agency mana yang u pilih? Dah isi borang....."

Banyak lah soalan-soalan yang ditanya oleh DAO.

So, dari situ.. ia memberi ilham kepada saya untuk mencapai sesuatu saya perlu mulakan langkah-langkah untuk ke arah impian tersebut.

Apa yang saya buat?

Yup! Saya membuat survey dan daftarkan haji. (Ceritanya di next entry).

WAJIB DAFTAR HAJI WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN

Ok, cam tak logik kan.. giliran haji pada tahun 2074. Lagi 59 tahun. Ini, kawan saya. Saya cam mana pulak? Time tue, saya dah hampir 90 tahun jika 2074.

Saya mula membuat bacaaan di blog-blog tentang haji dan umrah.

Antara pesanan bloggers yang sudah menunaikan ibadat umrah/haji yang saya rasakan patut diambil cakna :-

1- Tunaikan lah haji di usia muda sebab ibadat ini memerlukan fizikal yang kuat dan sihat (banyak berjalan dan bergerak). Bayangkan kita pergi di usia tua dengan kudrat yang tidak sehebat di usia muda. Pasti banyak perkara yang terbatas untuk dilakukan.

Kita bukan kata tak layak. Cuma usia jugak memainkan peranan yang besar dalam ibadat umrah/haji.

2- Tak perlu tunggu duit yang cukup baru nak berdaftar. Bukak lah akaun sekarang dan daftarlah jika dengan KWSP pun boleh jika belum ada tunai RM1 300 (Boleh baca di sini).

Daftarkan untuk anak-anak sekali. At least, mereka tak perlu jadi seperti kita.

3- "Buat apa nak berebut dengan Tabung Haji? Pakej kan, ada? Nanti cukup duit, aku daftar dengan pakej swasta lah. Bukan susah pun.. "

No.

Jika ada yang terfikir cam nie. Sila ubah anggapan anda itu.

Walau dengan apa cara sekalipun anda pergi, wajib daftar dengan Tabung Haji. Sebab, kita ada kouta yang perlu dipatuhi.

4- Jangan sombong, memandang rendah, berprasangka buruk kepada orang lain.

Ada sesetengah orang bila dapat taw jiran atau ada jemaah yang gagal ke sana sebab ada beberapa masalah yang menghalang mereka menjadi tetamu Allah, mulalah nak mengata itu ini. Bukan ingin diambil ikhtibar.

Ini ujian mereka dan sebenarnya, ia ujian kita yang mendengarnya.

Kita sendiri belum pasti bagaimanakah perjalanan kita nanti. So, sentiasa doakan yang baik-baik kepada mereka.

5- Daftar awal, dan sentiasa berdoa memohon kemudahan dan rezeki yang melimpah ruah dan mencukupi dariNya untuk kesana. Dijemput menjadi tetamu VVIP walau dengan apa pakej sekalipun.

Rahmat dan kasih sayang Allah, tiada siapa sangka. Ramai je yang pergi dengan pakej paling murah kerana itu je mampu. Tapi, kerana CintaNya kepada kita semua.. Allah tidak pernah tersilap membuat perhitungan.

6. Pastikan pergi bersama mahram bagi jemaah wanita bawah usia (baca di sini).

So, SMS doakan semoga kita semua akan dijemput untuk kesana bila sampai waktunya nanti.

Sama-samalah kita ingat-memperingati oleh kerana kita semua bukannya manusia sempurna. Ada masa, saya pun terleka dan teralpa.

Yang penting jaga niat, jaga hati, jaga tutur bicara.

InsyaAllah.

Banyak lagi SMS nak share. Tapi, tak pe lah. Kita sambung di entry seterusnya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini memberi manfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan sekeliling kita.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment