Sup Tulang Gear Box. |
Assalamuaalaikum dan salam bahagia semua :-)
SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu di samping keluarga tercinta.
Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
InsyaAllah.
GADIS PENJUAL SUP GEAR BOX DI BAZAR BESERAH
Sedapnya, makan "Sup Gear Box"...
Meleleh air liur, habaq hang.
Hahaha..
Cam ni lah, kesedapan bagi mereka yang memang hantu Gear Box.
Ok, dipendekkan cerita.. dulu ada seorang gadis bujang berniaga di bazar Ramadan.
Dia jual sup Tulang Gear Box.
Setiap hari memang semua supnya habis.
Mungkin, sebab tak de jual kat gerai lain kot.
Sepanjang bazar tue.. jika ditilik-tilik, memang tak de. Kalau ada pun, sup daging.
Hurmm..
Asal bukak je gerai, mesti orang mai beli.
Satu hari tue, ada seorang abang nie datang lewat.
Kecewa dia. Tak dapat rasa sup Gear Box.
Si gadis tu, pesan.. mai awal sikit esok.
Keesokkanya, dia datang awal dari biasa. Tapi, nasibnya tak baik. Tak de rezeki. Huhuhu..
Nampaknya, bersungguh betul abang tue. Akhirnya, hari keempat baru lah dia dapat merasa sup Tulang Gear box si gadis Beserah tadi.
MORALNYA
Moralnya, untuk dapatkan sesuatu kita perlu bersabar dan usah berputus asa.
Mungkin hari nie, kita gagal.. tapi, hari ke-10 kita baru berjaya. Bayangkan jika kita berhenti di tengah jalan? Mesti kita takkan merasa manisnya sebuah kejayaan.
Begitu juga, dalam perniagaan dan apa jua bidang.
Untuk berjaya perlu berusaha, fokus dan bersabar.
Haa..
Gadis penjual Sup Tulang Gear Box tue sebenarnya, SMS. Hehehe..
Dulu SMS sempat lah berniaga di bazar Ramadhan.
Sup tue, adik lelaki yang masak. Saya tolong jual je.
Cam mana jualan selalu mendapat permintaan tinggi?
Rahsianya, kita perlu sentiasa senyum dan ikhlas begitu jua dalam masakan.
Sebab, senyuman itu adalah salah satu magnet tarikan kekayaan dan kebahagiaan.
Ok.
SMS doakan sahabat semua sentiasa kaya, berjaya dan bahagia serta diberkati oleh Allah SWT dunia dan akhirat.
*Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini bermanfaat.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment