Tuesday 12 January 2016

PERAM BUAH CIKU GUNA SABUT KELAPA TUA

Assalamualaikum wbt..

Lama tak makan buah ciku.

Seingat saya, last zaman kanak-kanak dulu.

Saya ni, memang liat cam getah nak makan buah-buahan tempatan kalau bukan emak atau arwah ayah yang carikan.

Lagi pun, saya bukan suka sebab kandungan gula (kemanisannya) tinggi sangat. Tak tertahan.. Bila terlebih makan, rasa nak ke toilet berulang kali.

Melainkan, saya duk bawah pokok buah. Hehehe..

Al-kisahnya,

Dulu-dulu, emak akan ambil sabut kelapa untuk gosok kulit buah ciku nie sampai licin.

Katanya, cara-cara nak bagi ciku masak. Nanti, peram dalam bungkusan kain pelikat.

Selepas 3,4 hari atau seminggu.. nanti, boleh lah dimakan.

Kami adik-beradik excited tunggu buah ciku masak. Tiap-tiap hari tanya. Dah masak belum..

Bila dah besar, saya berfikir. kenapa perlu digosok?

Kenapa perlu memeram?

Kenapa kena tunggu?

Kenapa tak boleh makan terus bila dah dipetik?

Macam-macamlah persoalannya.

Rupanya kini, baru saya faham..

Dalam hidup ni, bukan semuanya boleh diperolehi secara terus (on time). Ia perlu mengambil masa, usaha kerajinan dan kesabaran.

Jika sabar, kita boleh makan hasilnya yang manis atas usaha sendiri. Sebab manisnya, selepas beberapa tempoh matang.

Tapi, dalam manis itu pasti ada pahit dan tawar. Pasti, ada buah yang busuk. Buah yang keras(tak menjadi). Walau usia peraman dan usaha tetap sama. Tapi.. bukan semua akan menjadi sebagaimana yang diimpikan.

Dalam hidup ni, apa yang penting.. usaha, focus dan usah mudah menyerah kalah.

Selebihnya, serahkan kepada Allah SWT untuk menentukannya. Kerana takkan bergerak satu zarah tanpa izin Allah.

Peringatan kepada diri sendiri jugak.

SMS doakan semoga sahabat semua kaya, bahagia dan berjaya hidup dunia/akhirat.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment