Sunday 24 January 2016

TIPS KURUS NECK : KENAPA PERLU KURANGKAN GARAM?!

Assalamualaikumwbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pembaca blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang.

InsyaAllah..

Pernah dengar orang kata, garam tak elok. Banyak makan garam, nanti darah tinggi. Nak turunkan berat badan, elakkan dari mengambil garam yang berlebihan?

Betul ke?

Tapi, kenapa ye?

Mesti ramai yang tak tahu kenapa mesti kurangkan. Kalau kita tahu.. tak de lah ramai rakyat Malaysia yang Obesiti dan kena serangan jantung atau darah tinggi meningkat naik secara tiba-tiba kan?

TIPS KURUS NECK : KENAPA PERLU KURANGKAN GARAM?!

Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.

Sebab tue, nama sebatian kimianya Sodium Chloride (Teringat zaman belajar gabungan unsur atom subjek kimia dengan cikgu Azmi kat maktab dulu. Saya lah pelajar suka tidur dan pening bab nie. hehehe).

Ok, dalam diet harian kita.. garam ni, salah satu sumber nutrien yang kecil/ mikro sahaja. Sangat sedikit. Tak perlu terlalu banyak. Kalau kurang pun tak boleh. Kalau lebih lagi lah tak boleh.

Habis tue, cam mana?

Sebenarnya, sodium dah wujud secara semulajadi dalam sumber makanan kita seperti bawang putih, daging dan banyak lagi. Jadi pengambilannya haruslah terkawal supaya tidak berlebihan dari sepatutnya.

Untuk makluman anda, kita boleh mengambil garam tidak lebih dari 6gram sehari bersamaan dengan satu teh. Manakala kanak-kanak kecil, mesti kurang lagi dari kita.

Secara purata, seorang dewasa di Malaysia mengambil garam sekitar 9gram sehari. See? Banyakkan?

Dari mana tue?

Hurmm.. sudah semestinya, dari sumber pemakanan yang tidak sihat seperti makanan dalam tin, kerepek-kerepek, makanan segera dan jugak makanan terproses.

Ini purata sahaja, k.

Saya sendiri rasa lebih dari itu yang masuk ke dalam badan.

ai.. saya masih tak faham, apa pentingnya kurangkan garam dalam makanan?

Ok, Sodium ni fungsinya adalah untuk mengawal air dalam badan (eloktrolit), membantu dalam menghantar isyarat saraf (neurotrasmitter), mengekalkan PH darah dan kontraksi otot.

Tapi, kalau berlebihan boleh memudaratkan sehingga berlaku komplikasi jantung dan jugak hypertension(darah tinggi).

Amacam? Dah faham? Boleh bayangkan apa kepentingannya..

Nasihat saya,

Kawal pengambilan sodium anda, check label pemakanan dan sebaiknya masak sendiri makanan dari dapur anda untuk seisi keluarga.

Kadang, makanan sihat di pasaran seperti roti wholegrain itu pun mempunyai kandungan sodium yang tinggi. So, berhati-hati dalam memilih.

Haa.. ni, had maksima sodium sehari yang boleh diambil :

Di atas tadi, kita ada highlight 6gram(6000mg) garam untuk sehari. Maka, Sodium akan menjadi 6000mg x 40% = 2400mg sodium sehari sahaja.

SMS harap dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu proses penurunan berat badan anda semua.

Ingin panduan lebih details, terancang dan selamat? Jom! bersama team Now Everyone Can Kurus (NECK) di batch 13 yang mana banyak lagi ilmu-ilmu menarik dan sihat akan dikongsikan dengan anda nanti.

InsyaAllah.

Hubungi, Sakinah Mat Said (SMS) : 019-916 4276.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment