Thursday 14 January 2016

SINDROM SENGGUGUT PELUANG UNTUK MANJAKAN DIRI

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga tersayang.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

SINDROM SENGGUGUT PELUANG UNTUK MANJAKAN DIRI

Setiap bulan saya sama seperti kebanyakkan wanita lain. Mesti akan mengalami pendarahan yang normal at least 5-7 hari.

Pelik, kan..

Kalau accident, mesti perlukan darah tambahan bila terlalu banyak berlaku kehilangan darah walau dalam masa tak sampai satu hari.

Berbeza dengan darah haid wanita. Indah dan besarnya kekuasaan Allah SWT. Walaupun, 7 hari darah mengalir keluar kita tetap mampu bergerak dan melakukan aktiviti seperti biasa.

Cuma mungkin ada yang terbatas bila mengalami sindrom senggugut yang teruk seperti saya.

Dulu, setiap bulan saya mesti terpaksa ambil MC semata-mata sebab sindrom ini.

Sebab sakitnya, tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.

Kadang, rasa nak terputus urat-urat di badan melawan sakit. Kadang cam orang nak bersalin pun ada. Yang pasti, keadaan saya memang sangat tidak selesa.

Sekejap rasa nak terberak.. tapi, pi ke toilet. Tak berak pun. Setiap setengah jam akan ke toilet. Ini hari pertama saya setiap bulan.

Fuh!! Hari pertama hingga ketiga saat paling mencabar jika period jatuh pada hari bekerja.

Kadang ada bulan-bulan yang pelik.. saya tak dapat tidur. Rasa panas je badan berpeluh cam dah nak sampai ajal. 

Hilang selesa makan. Muntah-muntah dan pening cam orang preggy pulak.

Tapi, ada bulan selesa makan menjadi-jadi.

Bila sakit, saya tak ubah seperti orang sedang dalam pantang. Berstokin dan berkain batik. Hehehe..

Itulah saya semasa bekerja dan menyewa di luar sebelum nie.

Alhamdulillah, sekarang.. senggugut saya dah semakin berkurang. Tidak seteruk dulu yang ambil masa 3 hari. Kadang 5 hari.

Sejak saya amalkan Gla Complex, Omega Guard, Ostematrix, SR Vita C dan B complex.. senggugut saya tak seteruk dulu.

Boleh dikatakan senggugut saat ini, lebih kepada untuk memanjakan diri sendiri. Sebulan, Allah bagi peluang dan rehat untuk tak fikirkan kerja dan tenangkan diri.

Cam bulan nie, ngada-ngada cikit.

Hari pertama siang hari ok. Malamnya, tiba-tiba lapar (padahal baru lepas makan), pening-pening dan mual je anak tekak.

Papepun, saya bersyukur sebab bekerja sendiri. Saya tak terikat dengan sesiapa. Tak perlu gagahkan diri pergi jumpa doktor untuk MC. Bayangkan lah, nak bergerak pun susah. Sebab tanggungjawab, bukti ketidakhadiran nak tak nak terpaksa jugak menunggu giliran di hospital. Jika hari baik, tak de orang.. tak pe lah. Hari kurang baik, menunggu lah berjam-jam.

Cam orang tak de arah.

Senggugut saya boleh dikatakan tahap teruk lah. Kadang, mudah tersinggung jika tersalah cakap. Jadi sensitive tiba-tiba. Mengalir air mata, susah hati tak tahu hujung pangkal.

Bahaya jika keadaan ini dibiarkan berterusan.

Orang pantang cakap sindrom meroyan. Huhuhu..

Hakikatnya, saya senggugut bukan berpantang.

Haa..

Siapa yang senasib cam saya boleh lah amalkan vitamin Shaklee yang sangat-sangat membantu saya atasi sindrom di atas tadi. Elakkan ambil pil tahan sakit ye. Ia memudaratkan buah pinggang nanti.

Emak saya cakap, emak dulu pun cam nie. Bahkan lebih teruk. Kata emak lagi, nanti dah kahwin. Hilang lah sakit tue. (Dalam kepala duk fikir, ada logik ke? Nak tahu logik ke tidak.. kena lah kahwin dulu. Baru lah tahu. Hehehe.. )

Ok, lah sahabat.

Setiap yang baik itu datang dari Allah SWT dan begitu lah sebaliknya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment