Saturday 23 January 2016

4 TAHUN LALU : KENANGAN DI PANTAI PANDAK BERSAMA 4 SAHABAT BERBEZA NEGERI

Saya di Pantai Pandak, Dis. 2011.
 Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, berbahagia sentiasa di samping keluarga tersayang.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

4 TAHUN LALU : KENANGAN DI PANTAI PANDAK BERSAMA 4 BERBEZA NEGERI

Disember 2015, baru ni saya pulang ke Terengganu.

Dalam perjalanan pulang, kami sekeluarga singgah di perkampungan Pantai Pandak untuk mengziarah rakan emak.

So, nak tak nak kena lah lalu ikut jalan pantai nak ke Pantai Pandak.

Jalan ke Pantai Pandak.
Setelah 4 tahun meninggalkan kawasan yang satu masa lalu pernah menjadi saksi suka dan duka saya bersama 3 orang sahabat mencari rezeki di bumi Terengganu.

Saya bersama Husna.
First time, saya agak terkejut sebab banyak zink tertutup yang menghalang pandangan ke tempat kami selalu lepak bila free (dulu-dulu kala).

Pandangan Pantai Pandak dari Jauh.
Kadang, kami berjogging sepanjang pantai sehingga ke area batu-batuan yang cantik seperti dalam gambar di bawah.

Effa, Anis dan saya.
Kata seorang sahabat kami, area ni pernah menjadi tempat pilihan untuk pembikinan filem Hikayat Merong Mahawangsa. Saya sendiri pun tak pasti. Sebab, saya tak pernah tengok movie melayu nie. Hehehe.

Babak yang mana pun, saya tak pasti.

Yang pasti, tempatnya sangat cantik. Pantai dan batuannya mempunyai ciri-ciri bentuk muka bumi yang tersendiri.

Pernah jugak kami jadikan ia sebagai ilham seni pelajar-pelajar jurusan seni lukis dan seni reka pada ketika itu.

Rasa sedih jugak, bila tempat yang cantik dah dibina hotel (kata seorang penduduk kampung di situ).

Benar ke nak dibina hotel? Saya pun tak tahu apa nama hotel tue.

Apa-apa pun, hope keindahan dan kecantikkan Pantai Pandak masih boleh dinikmati oleh semua pengunjung tak kira siapa pun.

Suatu masa dahulu,

Dihujung minggu, saya selalu jugak melihat pasangan suami isteri yang dan berusia berjalan berpimpinan tangan dari arah batuan tersebut. Pada saya, ia satu ketenangan dan kebahagiaan yang sukar dicari.

Ada anak muda berjogging, berkelah dan bermain bola pantai bila tiba waktu petang.

Suasana pada waktu petang. Credit to http://www.eyriqazz.com/
Pada saya, Pantai Pandak ni banyak memberi nostalgia dan ketenangan kepada pengunjungnya. Kita boleh melihat percikan dan simbahan air dari pertemuan ombak pantai dengan batu-batuan yang sangat unik dan indah ciptaan Allah SWT.

Suasananya yang mendamaikan dan menyejukkan mata memandang, membuatkan diri kita terleka dan terpesona dengan kejadian alam yang mana saya tak dapat gambarkan dengan kata-kata.

Walau apa-pun, think positive.

Mudah-mudahan ia perkembangan baik dengan pembangunan itu nanti. Jika benar hotel yang bakal terbina, ia akan menjadi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat selain menjadi tarikan pelancong.

InsyaAllah.

Kenangan 4 tahun lalu, bersama 4 orang gadis berbeza negeri di Pantai Pandak.
SMS doakan semoga sahabat semua peroleh kebahagian dan ketenangan hidup dunia dan akhirat.

Anda kaya dan berjaya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment