Thursday 21 January 2016

THE POWER OF SYUKUR : SYILING 10 SEN

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Alhamdulillah bersua kita kembali di sini. Hari ni, saya nak kongsikan perkara di luar talian.

THE POWER OF SYUKUR : SYILING 10 SEN

Pagi tadi, cam biasa rutin harian saya akan mengemas rumah sebelum masuk ofis. Dalam duk mengemas dan menyapu tu, tiba-tiba tersapu duit syiling. Saya kutip dan tengok.. rupanya, syiling 10sen.

Teringat saya pesanan Dr.Azizan Osman (DAO) semasa di program IMKK nya pada tahun lepas, 2015 iaitu The Power Of Syukur pada hari hari terakhir kami.

Pada petang itu, selepas habis sessi modul bersama beliau.. semua peserta diminta berdiri dengan satu laungan je. "Switch". 

Kami submit doa bersama-sama DAO. Semua mata terpejam rapat menghayati tiap bait-bait doa itu yang cukup menginsafkan (Dalam bahasa melayu). Ada yang mula tersedu-sedu menangis termasuk aku sendiri. Kerana membayangkan wajah insan-insan tersayang. Terbayangkan kesusahan dan kesempitan hidup yang membelenggu keluarga kami beberapa tahun kebelakangan ini.

Allahuakhbar 3x..

Seusai sahaja mengaminkan doa, kami diminta membuka mata masing-masing. Tak sangka, kami dihujani dengan timbunan duit kertas. Yang terlalu banyak. Semua peserta berebut-rebut mengambil dan mencapai duit yang jatuh di sekeliling mereka.

Walaupun, ia hanya sekadar wang kertas palsu. Tapi, Alhamdulillah.. mesej The Power Of Syukur berjaya disampaikan.

Tak kurang jugak, ada yang tidak mempedulikan wang jatuh ke badan mereka. Kerana mereka tahu, itu hanya wang kertas palsu.

Mesej nya di sini :

Walau berapapun, nilai yang kita perolehi.. kita seharusnya bersyukur. Walau berapapun, wang atau rezeki itu berada di depan mata kita, kita seharusnya grab ia. Bukan ignore sahaja. Dengan syarat ianya halal dan jika hak orang lain, kita pulangkan kepada tuannya.

Kenapa SMS berkata begitu?

Sebab, kalau yang kecil ini pun kita tak mampu bersyukur dan menghargai bagaimana Allah ingin berikan yang lebih besar. Allah sedang uji kita dengan mendatangkan kepada kita sekecil-kecil nikmat yang jika di kumpul dan dimanfaatkan ia adalah nikmat yang paling besar dalam hidup kita.

Bayangkan, jika setiap hari saya terjumpa syiling 10sen, 20sen, 50sen di dalam rumah saya yang mana ia mungkin milik ahli keluarga yang tercicir. Dan saya kutip masukkan ke dalam tabung.. Sebulan, setahun.. ia boleh menjadi banyak. Dengan duit itu, kita boleh membantu orang sekeliling kita. Melalui sedekah mahupun zakat.

Ia ibarat seperti poket yang koyak tanpa disedari, jika dibiarkan duit itu bersepah dimana-mana tanpa arah tujuan. Kadang, kita tidak sedar. Tapi, itulah hakikatnya..

Wallahualam.

Sama-sama lah kita perbaiki yang mana kurang, pertingkatkan dan pelihara yang mana sedia ada untuk kehidupan yang lebih baik dunia dan akhirat.

Semakin banyak kita bersyukur, Semakin banyak yang Allah akan berikan dalam bentuk dan nilai yang tidak disangka-sangka. InsyaAllah.

Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment