Tuesday, 20 October 2015

ARKITEK TERBAIK BERHENTI KERJA SELEPAS 30 TAHUN

 Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

ARKITEK BERHENTI KERJA SELEPAS 30 TAHUN PENAT MENGABDIKAN DIRI KEPADA BOSS NYA

Razzaq (bukan nama sebenar) merupakan seorang arkitek yang sangat berkaliber dan berpengalaman dalam bidang seni bina.

Beliau sangat disegani oleh semua pekerja dan jugak pihak atasan.

Kerana performance beliau yang sangat-sangat superb!!

Cam mana, boss tak sayang? Dia tak pernah gagal dalam mana-mana project mahupun tender. Kiranya, menjadi orang harapan boss lah nie.

Sejak dari zaman muda hingga dah beruban. Dia masih setia dengan majikannya.



Ada satu hari tue, dia keluar lepak dengan kawan baiknya, seorang usahawan berjaya.

Dia meluahkan rasa ;

" Man,

Seronok aku tengok ko. Ko bebas kemana-mana. Tak terikat dengan sesape pun.

Kadang, aku cemburu tengok kesenangan masa ko Man. Boleh melancong sana-sini sesuka korang laki bini.

Aku nie, bukan setakat nak melancong.. nak cuti pun susah Man.

Ada je kerja yang tak pernah sudah. Projek sana-sini yang duk menanti kat atas meja ofis nun.

Past satu, satu..

Bukan aku tak suka.. aku suka dengan kerjaya aku sekarang. Cuma aku rasa kekurangan sesuatu. Aku tak de ruang waktu bersama keluarga. Aku selalu sibuk dengan kerja.

Ko, tahu kan.

Walaupun tiap-tiap tahun, aku dianugerahkan pekerja cemerlang. Anugerah arkitek terbaik.. Ia tak sama.

Aku miss sesuatu. (Air muka Razzaq kelihatan mendung dan keruh seperti menanggung beban yang banyak).

30 tahun masa aku banyak dihabiskan dengan orang luar. Masa dengan anak-anak bini sangat-sangat dhaif.

Kecian kat dorang.

Apa pendapat ko, kalau aku berhenti kerja? (Sambil merenung jauh ke luar cermin kaca cafe).

Aku nak habiskan sisa-sisa usia aku dengan dorang. Yang aku rasa sangat singkat sekarang. Entah esok atau lusa aku dah tak de.

(Razzaq melahirkan kekesalan waktu yang berlalu). "

Man bersetuju dengan Razzaq. Dan memberi sedikit nasihat;

" Bagi aku, belum terlambat untuk ko membuat pilihan. Aku setuju dengan ko, Zaq.

Ko, buatlah permohonan berhenti kerja untuk bersara lebih awal.

Mesti boss ko faham, walaupun mereka berat hati untuk melepaskan. Mereka perlu akur dengan ko.

Dah banyak khidmat bakti ko curahkan kepada company.

InsyaAllah. Dorang faham. "

BOSS TERKEJUT!! RAZZAQ NAK BERHENTI

Keesokkannya, Razzaq berjumpa dengan majikannya dengan hati yang ceria bersama seribu harapan dan impian baru.

" Ye, Razzaq.. Jemput duduk. Ada hal apa nie, awak nak jumpa dengan saya seawal pagi nie?

Nampak ceria semacam je. Cam dapat projek besar..... "

Dia memulakan bicara, setelah dijemput duduk..

Razzaq mengeluarkan sepucuk surat dari sebalik kotnya yang tetap kemas dan segak walaupun rupanya telah dimamah usia.

Pada mulanya, boss Razzaq agak terkejut dengan keputusannya yang tiba-tiba itu.


Whatsapp : 0199164276 untuk ebook Terbaik yang memberi
inspirasi kepada kita semua. Sementara ia masih PERCUMA.
Sebab, Razzaq seorang yang sangat tekun dan jika ada sebarang permasalahan  akan dibincangkan secara telus dan berhemah.

Angin tak de, ribut tak de.. tiba-tiba sangat dia nak berhenti..

Boss nya masih berusaha memujuk Razzaq untuk teruskan khidmat beliau.

Tapi,

Razzaq menolak, walau diberikan tawaran kenaikan gaji dan tawaran-tawaran lain, dia tetap tekad dengan keputusannya.

(8 minit berlalu..)

Razzaq berdebar-debar menanti jawapan dari majikannya yang kelihatan agak berat untuk memberikan jawapan.

" Baiklah Razzaq. Saya terima permohonan awak nie. Tapi, dengan satu syarat... "

.
.
.
.
.
.
.
.

" Awak tolong designkan sebuah villa.. dan saya nak awak yang handle projek nie hingga selesai.

Boleh ke boleh? "

Razzaq mengangguk menandakan persetujuan darinya. Dia dah tak kisah apa syaratnya, asalkan dia dapat berhenti kerja dan spend masa bersama keluarga.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak beliau berhenti kerja.

Cuma permohonannya ditangguhkan untuk selesaikan projek akhir tersebut.

Ia bergantung kepada tempoh projek.

So, apakah kesudahan kisah Razzaq ini?

Nantikan sambungannya di lain entry.

SMS doakan semoga anda semua sentiasa happy, ceria dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment