Assalamualaikum wbt..
SMS mendoakan sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada di bawah lembayung dan rahmat Allah SWT.
Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
InsyaAllah.
Hari ini, SMS nak sambung Kisah Razzaq berhenti kerja selepas 30 tahun.
Jika ada yang belum baca, better baca kisah pertama terlebih dahulu DI SINI.
PROJEK TERAKHIR!! RAZZAQ SEBELUM BERSARA
Selepas mendapat kata putus dari pihak majikan, Razzaq pun berkongsi kegembiraannya dengan Man (kawan baiknya).
Dan rahsiakan dari pengetahuan si isteri.
So, projek ini akan mengambil masa 6 bulan untuk complete jika tiada kenkangan dari segi cuaca.
Seperti biasa beliau memulakan projek sebagaimana sebelum-sebelum nie.
Cuma kali ini, perasaan beliau tidak meletakkan tumpuan penuh kepada projek.
Dia membuat kerja ala kadar.
" Seperti melepaskan batuk di tangga "
Baik dari segi design, mutu dan kualiti barang serta semuanya. Sekadar memenuhi syarat majikan.
Berbeza sebelum ini.
Berbeza sebelum ini.
Setiap kali projek, tak kira besar mahupun kecil.. akan diberikan yang terbaik.
Hatinya berbisik ;
" Sudah banyak aku curahkan idea kepada company. Selama 30 tahun ini, dah macam-macam projek aku tak pernah kecewakan mereka.
Maybe, dorang pun dah tak kisah dengan projek akhir dari aku.
Sekadar syarat company sebelum aku dilepaskan.
Download Ebook PERCUMA bagaimana saya terpaksa berhenti kerja. Whatsapp : 0199164276 |
So, buat apa lah aku duk bersusah payah kepada sebuah villa yang bukan milik aku.
Hurmm..
Siapalah pemiliknya?
Biarlah..
Lagipun, boss dah berikan green light. Terpulang kepada aku.. pemiliknya tak kisah. "
Selalu, Razzaq akan ambil peduli siapa pemilik banglo/ villa sebelum memulakan idea design.
Tidak, untuk kali terakhir khidmat beliau.
AKHIRNYA, "TERATAK SINGGAHSANA RAZZAQ" COMPLETE
Alhamdulillah, selepas 6 bulan.. villa yang diberi nama " Teratak Singgahsana Razzaq " berjaya dibina.
Pihak company, mengadakan sedikit majlis perpisahan untuk beliau.
Selepas majlis, dia bertemu buat kali terakhir dengan majikan nya.
Boss nya memberikan segugus kunci kepada Razzaq.
" Razzaq... Ini pemberian ikhlas dari syarikat kepada kamu atas khidmat dan usaha bakti awak kepada syarikat selama ini.
Saya doakan semoga awak sentiasa berjaya dan bahagia dengan kehidupan baru nanti. "
Razzaq terkedu dan tidak terkata.
Rupanya projek akhir yang diusahakan selama ini adalah untuk dia.
Dia rasa menyesal atas kelekaan dan kealpaannya memikul amanah dan tanggungjawab untuk seketika.
Namun, masa yang berlalu tidak dapat diundurkan kembali.
MORAL OF THE STORY
Jadikan kisah ini sebagai pedoman kita semua.
Sentiasa FOKUS dan berikan yang terbaik dalam apa-apa pekerjaan kerana ianya adalah satu ibadat selagi tidak bercanggah dengan agama.
Fikirkan kesan dan akibat kepada masa hadapan dengan tindakan yang kita ambil pada hari ini.
Kerana kecuaian kita, boleh membahayakan nyawa orang lain terutama dalam isu pembinaan.
Ok, all the best kepada semua.
*Sila SHARE jika anda rasa kisah ini bermanfaat kepada saudara-mara ataupun rakan-rakan di luar sana.
InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment