Friday, 30 October 2015

PADAH TINGGAL TELEKUNG SOLAT, PEHA LUKA DAN BERDARAH

Assalamualaikum dan salam Jumaat..

SMS doakan semoga sahabat bloggers dan pengunjung blog SMS sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia sentiasa bersama keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Aaamin.

Sedikit sharing dari peserta NECK.

PADAH TINGGAL TELEKUNG SOLAT, PEHA LUKA DAN BERDARAH

Setelah 3 bulan aku menganggur, akhirnya aku mendapat panggilan tepon dari wakil sebuah syarikat swasta.

Saya Puan ______ wakil dari syarikat __________ nak memberitahu yang Cik telah berjaya dalam temuduga yang lalu.

Cik perlu melaporkan diri pada tarikh sekian, masa dan tempat sekian, sekian.. "

Lama lah jugak aku di talian. Sebab, cam terkejut. Macam-macam lah soalan yang keluar.

Ok, selepas seminggu

Tiba hari melaporkan diri.

Memandangkan jarak tempat kerja baru dengan rumah dalam 1-2 jam perjalanan. Aku bergerak seawal pagi selepas subuh dengan segala barang keperluan.

Sebab, katanya dorang.. tempat tinggal semua dah disediakan.

Jadi aku just, cuci kaki je lah. Bawak barang asas serba sedikit.

Hurmm..

Time nie, aku belum ada transport sendiri lagi. Aku bergantung kepada abang aku je untuk menghantar dan mengambil jika nak pulang ke rumah.

Tempat kerja baru nie, terpencil.

Memang tiada kemudahan public transport. Ia bandar.. tapi, bandar dalam kampung yang jauh dari orang lain.

Dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa sawit.

Setibanya di perkarangan pejabat,

Aku agak terkejut.. sunyi sepi, tiada manusia.

Aku dah cuak.. Risau tersilap tempat.

Tiba-tiba ada seorang Gadis kecik je orang nya.

Aku pun bertanya kepadanya untuk kepastian.

Alhamdulillah.. tak silap lagi. Memang dah betul.

Allah Maha Besar dan terlebih dahulu merancang.. Si gadis tadi, rupanya bakal housemate aku.

Disebabkan masih terlalu awal untuk melaporkan diri.. So, dia pas dulu kunci rumah kat aku untuk masukkan barang ke dalam rumah.

Selepas mendapat kepastian dan kebenaran dari pihak admin by phone call, aku pun pi lah punggah barang.

Oh! No..

Mak Ai.. Rumah kami di tingkat 3. Tak de lift lah.

Banyaknya, anak tangga membuatkan aku mengah.

Nampak sangat aku dah terlalu lama tak bersenam. Semput dan berpeluh-peluh.

Bukan angkat barang apa pun. Baju dan beberapa dokumen penting.

Kerana tingkat tiga yang terlalu tinggi, membuatkan aku mengah dan banyak berhenti.

Selepas selesai urusan punggah barang, abang aku tinggalkan aku di pejabat sebab dia pun tak boleh lama-lama.

Dia kena masuk kerja.

Aku berfikir-fikir, cam mana aku nak ulang alik setiap hari ke ofis dengan jarak rumah yang tak de lah jauh mana. Tapi, kerana ofis di atas bukit dan jalan nak ke sana tinggal satu je. Iaitu jalan jauh.

Jalan dekat ditutup buat masa terdekat nie. Tanahnya runtuh akibat hujan lebat beberapa hari yang lepas.

Aku dah la tak kenal sesape nak menumpang orang. Huhuhu..

Ku intai-intai jugak jalan yang runtuh tue semasa melepasi rumah sewa tadi.

" Hurmmm.. kalau jalan nie, elok.. 15 minit je berjalan kaki. Tak de masalah lah. Small matter je. Dengan syarat pakai flat shoes lah. Kalau tak tertonggeng aku ke dalam gaung yang dalam tue... "

Semasa di Ofis,

Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pekerja.

Aku melaporkan diri dan sesuaikan diri dengan officemate yang ku rasakan cukup asing bagiku.

Rupanya, sebelum mulakan kerja.. Kami ada bacaan doa dan tazkirah pagi dari pihak majikan.

ok, lah. Not bad.

Maybe, sebab community tak ramai. So, boleh fokus.

Nak Solat, Tapi Tertinggal Telekung Solat

Jam dah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Aku duk berfikir-fikir cam mana aku nak solat nanti.

Ada surau ke?

Kecik je tempat nie. Tak nampak pun surau.

Aku pun bertanya kepada housemate ku jika dia nak pulang ke rumah. Aku nak tumpang sekali.

Tapi, agak mendukacitakan. Dia memang tak balik. Dan kebetulan dia tak boleh solat (Allah Bagi Cuti)..

Huhuhu..

Aku dah macam cacing kepanasan nie.

Selepas berfikir-fikir, aku pun membuat keputusan untuk redah jalan runtuh tadi.

Orang lain tak tahu pun. Aku senyap-senyap berbaju kurung pi redah jalan runtuh.

Maybe, yang nampak pun, Pak Guard.

Pak Guard dah pesan dan bos aku pun ada pesan tadi. Jangan lalu jalan nie. Bahaya.. dah ada yang accident jatuh 2 hari lepas.

Tapi, sebab aku tertinggal telekung. Aku terpaksa lah jugak redah dan tawakal.

Ngeri dan gayatnya aku.. Gaungnya terlalu dalam.. baki jalan tinggal sikit je. Tak de tempat untuk berpaut

Sekadar gambar hiasan.
Ada dalam 40 minit perjalanan pergi dan balik.

So, aku gunakan sebaik mungkin masa rehat untuk balik ke rumah.

Cuaca yang panas terik membuatkan peluhku semakin mencurah-curah seperti air paip.

Pehaku mula terasa pedih setiap kali selulit berselisih kiri dan kanan.

Perghhh...!! Sakitnya..

Hanya Allah yang tahu.

Ini lah padah menternak lemak terlalu lama. Berjalan sedikit dan melecit. 

Ku telankan pahitnya perjalanan hari pertamaku di sini.

Selepas sampai di Ofis aku cepat-cepat check peha yang terasa pedih semacam je tadi.

Huhuhu..

Melecit merah dan nampak daging peha berdarah.

Aku jadi serik.. aku terpaksa cover kesan luka tadi.

Kurangkan bergerak dan berjalan.

Alhamdulillah, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan di rumah. Petang tue, aku tepon abangku untuk pulang ke rumah.

So, aku belum sepenuhnya still di rumah yang pihak syarikat sediakan.

Sesampai di rumah, aku mencari cream sapu untuk rawat peha yang luka tadi.

Perghhh!! Pedihnya.

Tapi, aku perlu tabahkan diri.

Aku perlu kuruskan badan nampaknya. Ini bukan mainan lagi. Ini sudah darurat.

Peha luka dan berdarah walaupun berjalan tak sampai sejam.

Can u imagine?

Actually, kejadian nie bukan pertama kali.

Sebelum nie, dah pernah terjadi. Bila saya berjalan dalam jarak yang jauh dan lama. Selalu sangat jadi cam nie.

Saya pernah cuba diet untuk kuruskan badan.

Tapi, kesudahannya tetap sama.

Saya gagal dan terus gagal.

Sehinggalah saya join Program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Hidup saya mula berubah. Tiada lagi mengah dan melecit di peha walaupun berjalan jauh.

Syukur kepadaNya. Kerana temukan saya dengan NECK.

Kini, baru saya tahu untuk Kurus tak susah. Ia amat mudah.

Terlalu mudah.

Kita kena ada MENTOR, ELMU, STRATEGI, TINDAKAN DAN IMPIAN (M.E.S.T.I).

Inilah formulanya.

Tapi, saya cukup sedih dan kecian. Tak ramai orang sanggup berTINDAK. Mereka rasa selesa dengan kehidupan sekarang.

Nasihat saya, jika anda rasa selesa tanpa join program NECK. Tak pe. Itu pilihan anda. Saya tak boleh nak halang.
Tonton dan dengar di sini - https://www.youtube.com/watch?v=DZYMG_1mvno
Cuma nasihat saya, tolong fikirkan anak-anak jika anda seorang ibu atau bapa. Bayangkan mereka tanpa anda disisi kerana anda jatuh sakit atau sudah tiada di dunia ini kerana meninggal disebabkan sakit berpunca dari Obesiti.

Ye, ajal maut pertemuan itu semua bukan kerja kita. Ia urusan Allah.

Tapi, kalau kita tak berusaha. Tak de guna.

Sekurang-kurangnya, meninggalnya kita dengan usaha untuk kurus ikut kehidupan sebenar seorang muslim.

Contoh : Makan sebelum lapar, berhenti Kenyang dan Makan sedikit, bukan ikut nafsu nak mengketedarah.

Ok, sahabat.

Semoga perkongsian ini memberi 1000 manfaat dan kebaikan kepada anda semua.

*Sila SHARE kepada saudara-mara dan rerakan kita di luar sana.

InsyaAllah, akan lebih ramai Kurus Dan Sihat nanti.

Wallahualam.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment