Wednesday, 28 October 2015

MISS MY LATE BROTHER

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

SMS doakan semoga sahabat sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.


MISS MY LATE BOTHER

Lewat petang itu, ketika saya sibuk menyiapkan tugasan projek akhir semester.. saya dapat cal dari Abang Kie di Terengganu.

Saya tanya, ada pape ke tepon?

Teruk punyer adik.

Nak kena ada pape baru, boleh tepon. Kihkihkih..

Dia just nak bertanya khabar.

Sebab, sangat diakui. Semester ini, saya sangat-sangat sibuk dan
sangat jarang tepon family atau abang saya.

Saya selalu jugak bergayut tepon.. berbual manja seperti pasangan kekasih sedang bercinta.

Bila abang tepon, saya tak de fikirkan apa-apa.

Just panggilan rindu dari seorang abang kepada adiknya yang dah lupa diri (Hahaha).

Perbualan kami sekejap je, dalam 10 minit.

Saya terpaksa mintak diri untuk siapkan kerja yang dah nak dekat dateline.

Perbualan kami sampai di situ je.

Selang 2 minggu kemudian saya mendapat cal di waktu yang lebih kurang sama.

SELEPAS 2 MINGGU

Saya mendapat call dari emak.

Mula-mula berkias tanya saya tengah buat apa? Ada Abang Rie tepon tak tadi?

Saya cakap tak de.. kenapa, mak?

Fikiran saya dah berubah 45 darjah.

Emak cakap, Abang Kie masuk hospital. Tak sedarkan diri.

Saya tanya kenapa?

Emak cakap tak tahu.. Tunggu Abang Rie tepon.

Ok, saya yang tengah buat kerja dah tak senang duduk.

Tergamam dan rasa dunia sendiri mula berputar-putar.

10 minit kemudian..

Emak call semula. Emak cakap...

Kemas-kemas barang dan usahakan untuk balik walau cam mana pun. Abang Kie dah tak de.

.

.

.

.

.

Saya meraung seperti orang kena histeria. Saya menangis tanpa henti.

Roomate dan kawan-kawan yang lain, mula panik melihat saya. Sebab, dorang tak tahu pokok pangkal cerita.

Saya cuma cakap Abang Kie dah tak de.

Saya tak dapat terima kenyataan. Saya menangis dan terus menangis sepanjang perjalanan pulang.

Alhamdulillah dalam kesedihan dan diri tidak stabil, ada sahabat baik temankan pulang ke kampung.

Rasa cam lambatnya, kereta ni bergerak. Si pemandu lak cuak sebab tak tahu jalan dalam keadaan saya yang tak tenang.

Nasib baik lah ada dorang.

Kami bergerak lewat petang dan saya sampai di kampung selepas isya'

Suasana di rumah kelam dan suram. Saya melihat orang ramai.

Saya mencari-cari sesuatu..

Saya melihat sekujur tubuh terbaring kaku dalam keadaan tersenyum bahagia.

Saya menangis dan terus menangis.

Saya menjadi lemah. Saya tak dapat kawal diri.

Allahuakhbar..

Semua memori lalu bermain di fikiran.

Satu persatu..

Hanya kepadaNya ku memohon dan bergantung harap dan kekuatan.

Semoga arwah Abang Kie tenang di sana bersama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah buatmu Abangku yang tiada galang ganti.

Tiada sesiapa pun mampu melayan adikmu sebagaimana dirimu.

Allahuakhbar.

7 tahun sudah berlalu. 

Semoga adikmu ini, sentiasa tabah, kuat dan sabar menghadapi tiap-tiap dugaan dan cabaran yang mendatang.

InsyaAllah.

Sekian, coretan dari Adikmu.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment