Social Icons

Wednesday, 21 September 2016

3 CABARAN BEKERJA DI RUMAH YANG PERLU DIKUASAI

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga anda semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan pekerjaan.

Anda kaya dan berjaya.

3 CABARAN BEKERJA DI RUMAH YANG PERLU DIKUASAI

Jika anda perhatikan mungkin ramai antara kenalan kita yang berniaga secara online di kediaman masing-masing.

Mereka selalu je online termasuk lah saya sendiri.

Setiap hari ada je keluar naik kat wall kita kan.

Tak kurang jugak yang bekerja di luar sana.

Facebook dah jadi salah satu platform sosial media untuk meluahkan rasa, berkongsi cerita dan manfaat kebaikan.

3 perkara yang perlu kita ambil cakna bila bekerja sendiri.

Terutama di rumah atau dalam erti kata sebenar kita lah boss. Kita yang akan mengemudi empayar sendiri.

Tak run bisnes, tak de hasil.

Berbeza cabaran mempunyai majikan. Kalau tak kerja, at least dapat surat layang (jika berulang kali). Silap channel, kena terminate. Hahaha..

Papepun to me.. ada majikan ke tak de majikan, rezeki itu milik Allah. Jika kita yakin denganNya, yakin dengan apa yang kita lakukan niat keranaNya.. InsyaAllah pasti ada rezeki.

Ok.

Cabaran pertama yang perlu kita atasi adalah dari segi PENGURUSAN MASA.

Pastikan kita mengurus masa 24jam sebaik-baiknya.

Sila buat jadual. WAJIB ADA JADUAL supaya kita sentiasa berada di atas landasan yang betul.

Jika sebelum ni, kita pernah bekerja. Kita punch card jam 8pagi.

So, ia sama jugak sekarang. Cuma mungkin berbeza dari segi penggunaan masa tersebut. Mungkin, jam 4 pagi dah bangun tahajjud.

Dulu, jam 6pagi baru terhegeh-hegeh nak ke bilik air kan.

Ini contoh.

Bergantung dengan apa yang kita nak dalam hidup ini.

Bekerja di rumah bukan bermakna kita boleh goyang kaki, bangun tengah hari. Rezeki pun malu-malu nak masuk.

Actually, jadual ni berperanan untuk menjadikan diri kita lebih DISIPLIN. Lebih FOKUS.

Cabaran kedua adalah PENGURUSAN KELUARGA.

Saya akui, kebanyakkan antara kita memilih rumah sebagai tempat memulakan perniagaan kerana ingin melihat anak membesar di depan mata.

Kerana risau keselamatan anak kecil dengan pengasuh. Risau anak tak terurus di rumah. Asyik tapau makanan kat kedai je. Tak pun panaskan lauk yang sama. Selamat ke mereka guna alat elektrik.

Macam-macam fikir.

Kita selalu keluar awal pagi sebelum anak bangkit. Pulang lewat malam. Anak dah masuk tidur. Terabai sangat mereka.

Nama je ada keluarga. Tapi, tak pernah spend time dengan mereka. Sibuk je memanjang. Sibuk mengkayakan orang lain.

Tak salah untuk kita risau. Ini memang tanggungjawab kita sebagai ibu/bapa berikan yang terbaik buat anak-anak.

Saya ada tiga cadangan yang boleh anda implement dalam hidup anda.

Pertama : ambil maid sebagai pembantu rumah. Kita still fokus kepada bisnes. (Jika bekemampuan, tengok kewangan keluarga).

For me, better dari hantar anak ke rumah pengasuh jika bajet asuhan lebih tinggi dari bayaran kepada orang gaji.

Di sini, kita boleh memantau anak dari semasa ke semasa.

Kedua : Anak tetap dihantar ke rumah pengasuh macam biasa. Cuma, mungkin tempoh mereka di sana dipendekkan berbanding sebelum ini. Kita ambil mereka lebih awal.

Ketiga : Tak perlu pengasuh dan maid. Kita sendiri yang uruskan anak-anak dan rumah tangga. Ini cabaran besar sebagai peniaga.

Pastikan follow JADUAL WAKTU betul-betul.

Berbincang dengan suami dan keluarga leklok.

Cabaran ketiga adalah PENGURUSAN EMOSI.

Emosi kena sentiasa terkawal, usah lemah dan menyerah kalah. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah.

Amalkan zikrullah, Istiqfar, solawat kepada junjungan nabi Muhammad SAW, baca al-Quran dan solat di awal waktu.

Kadang EMOSI kita terganggu bila diuji.

Sesungguhnya ujian itu tanda kasih-sayang Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.

Sentiasa bergaul dengan mereka yang positive. Abaikan suara 'biawak' (bab kata Dr. Azizan Osman).

Sekali-sekali keluar lah berjalan. Luangkan masa dengan keluarga.

Jalan-jalan cuci mata je pun.
Reward diri untuk recharge energy.

Jogging pepagi ke pantai atau kemana-mana sebagai terapi kita dan juga anak-anak.
Opps!! terpanjang pulak sharing nie.

Ok, cukup sampai sini dulu.

Walau tak sempurna 100% dari perancangan harian. At least, kita berusaha untuk perbaiki yang kurang atau terlebih.

Jangan ingat bekerja dari rumah ni, mudah kalau kita tak kuat.

Papepun, all the best.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

SHARE jika anda rasa posting ini bermanfaat kepada mereka di luar sana.

Sekian, Wassalam.

Happy Working & Help Others To Help Others (HOHO).

Sakinah,
Working-At-Home-Woman.
sakinahms.blogspot.my

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies