Social Icons

Sunday, 11 September 2016

PESANAN BUAT BAKAL HAJI : DOA HARI ARAFAH


Assalamualaikum WBT..

Hari ni, hari Arafah. Antara waktu paling mustajab untuk berdoa dan sunat untuk berpuasa pada hari ini.

Saya tercari-cari ilmu dan tips yang boleh dipraktikkan apabila saya dijemput ke sana suatu hari nanti.

Dan InsyaAllah, Travelog Haji dari blog mariafirdaus.com menjadi salah satu rujukan saya sehingga diizinkan Allah menjadi tetamuNya.

So, hari ni saya nak share dengan anda DOA ARAFAH untuk manfaat bersama pembaca semua.

Doa ini cukup terkesan dihati.

Apabila membaca, seperti kita berada di sana.

Jom! baca dan hayatinya.

PESANAN BAKAL HAJI : DOA ARAFAH

"Bismillahirahmanirrahim..

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa seluruh ummat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah di pohonkan oleh Rasulullah SAW, dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah SAW.

Ya allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab, dan berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami, supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami kearahnya, selamatkan kami Ya allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyul ‘azim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami Ya Allah.

Tambahkanlah Ya Allah kepada kami, ilmu, iman dan amal, hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang ada di dalam hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyul ‘azim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan keagungan kerajaan Engkau dan masa depan kami di akhirat nanti.

Ya allah jadikanlah kami hambaMU yang hanya mengabdikan diri kepadaMU dengan sebaik-baiknya, berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan apa-apa yang diperintahkan oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMU yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas kematian nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada dalam kubur, jadikanlah kubur

kami satu taman dari taman-taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju mahsyar, selamatkanlah kami Ya Allah, semasa berada di padang mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naugan arasy Engkau Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampukanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMU ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.

Ya Allah, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam nabi kami al-Kauthar, selamatkan kami semasa menyeberangi titian sirotal mustaqim dan masukkanlah kami kesyurgaMU bersama-sama orang-orang yang mulia di sisiMU Ya Allah.

La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyul ‘azim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, apalah kiranya Engkau akan lakukan pada petang, saat dan ketika ini kepada seorang hambaMU yang hina yang mengaku berdosa dan bersalah, yang merayu kepadaMU di atas kejahatan, yang bertaubat kepadaMU kerana dosanya, yang memohon keampunan kepadaMU kerana kezalimannya, yang mengharap kemaafanMU kerana kesilapannya, yang merayu kepadaMU supaya tercapai segala hajatnya, yang mengharapkan kelimpahan rahmatMU pada tempat wuquf ini, walaupun dengan dosa yang begitu banyak laksana buih di lautan.

Ya Allah kami sekalian keluar menuju kepadaMU dan berhenti di perkarangan rumahMU, kepadaMU lah kami meletakkan segala harapan kami, kepadaMU lah kami memohon kemurahan rahmat, kami takut kepada dosa kami, oleh itu kepadaMU lah kami berlindung dari bencana dosa kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah yang memiliki seluruh hajat orang-orang yang memohon, yang mengetahui seluruh kandungan hati orang-orang yang tidak merayu.

Ya Allah, Engkau telah sediakan sajian kepada setiap tetamu dan kami sekalian adalah tetamu kepadaMU, oleh itu kurniakanlah syurga sebagai sajian-MU kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami setiap rombongan dikurniakan hadiah, setiap pelawat dikurniakan cenderahati, setiap pemohon dikurniakan pemberian, setiap yang berharap dikurniakan habuan, setiap yang memohon rahmat mendapat rahmat-MU.

Maka kami sekalian datang berkunjung kerumah-MU yang mulia ini dan berada di tempat ibadah yang agong ini dengan harapan mendapat rahmat dan keampunan-MU, oleh itu janganlah hampakan harapan kami semua Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini ya Allah, dengan berkat nabi kami Muhammad SAW. Dan dengan berkat amalan kami yang ikhlas kepada-MU Ya Allah.

Allah Humma Ya Allah, wahai Yang Maha Mendengar.

Tidak mungkin kaki kami mampu melangkah ke tempat ini kecuali Engkau yang menguatkan.

Tidak mungkin tergerak di hati kami ingin menunaikan haji kecuali Engkau yang menggerakkan.

Tidak mungkin seringgit pun kami miliki kecuali Engkau yang memberikan.

Tidak mungkin kami sihat kecuali Engkau yang menyihatkan.

Tidak mungkin kami dapat membantu tubuh ini berwudhuk kecuali Engkau yang mengajarkan.

Tidak mungkin lidah ini dapat menyebut namaMU kecuali Engkau yang membimbing Ya Allah.

Betapa ramai makhluk yang Engkau ciptakan. Betapa sedikit yang berada di Arafah ini Ya Allah.

Ya Rabb…

Dengan apa kami mensyukuri nikmat haji ini Ya Allah, Kecuali berharap kepada-MU.

Terimalah haji kami ini Ya Allah,
Terimalah haji kami ini Ya Allah,
Terimalah haji kami ini Ya Allah..

Allahummaj’al hajjan mabruura, wa sa’yan masykuura wa dzanban maghfuura.

Rabbana dholamnaa anfusanaa wa illam taghfirlanaa watarhamnaa lana kuunanna minal
khosirin.

Ya Allah, ampuni seluruh dosa-dosa kami.

Engkau menjanjikan haji yang mabrur. Bersih dari dosa seperti bayi yang baru dilahirkan. Alangkah indahnya jika kami Engkau pilih demikian Ya Allah.

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui betapa menderitanya diri kami dengan lumuran dosa. Betapa sengsaranya hidup kami dengan menutupi aib. Betapa hinanya diri kami dengan maksiat.

Bersihkan kami Ya Allah,
Bersihkan dosa kami ya Allah,
Ampuni dosa kami kepada orang tua kami,
Ampuni jikalau mereka menyesal melahirkan kami,
Ampuni dosa kami kepada keluarga kami Ya Allah, kepada anak-anak kami.

Ampuni Ya Allah jika di sekujur tubuh kami ada harta haram,
Dirumah kami banyak barang haram,
Padahal Engkau mengharamkan ke syurga bagi yang di tubuhnya ada daging haram,
Berikan kesempatan kami untuk menyucikan diri dari harta haram Ya Allah,
Jauhkan sejauh-jauhnya Ya Allah,
Cukupi diri kami dengan rezeki-MU yang halal.

Ya Allah ampuni jikalau kami sering menzalimi hamba-hambaMU yang lemah,
Berikan kesanggupan bagi kami untuk terpelihara dari kezaliman.

Ya Samiul Alim, Duhai Yang Maha Mendengar, hanya Engkaulah tumpuan harapan kami.

Jadikan kaum muslimin ini menjadi suami yang benar,
Menjadi ayah yang jujur,
Menjadi lelaki yang soleh,
Menjadi Kaum muslimah ini menjadi isteri yang solehah,
Menjadi ibu yang solehah,
Menjadi muslimah yang terpelihara,
Kurniakan kepada kami Ya Allah,
Keturunan yang lebih baik daripada kami,
Lindungi dari kederhakaan dan kehinaan dunia dan akhirat.

Ya Allah berkahilah sisa umur kami,
Berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami,
Berkatilah ilmu yang Engkau kurniakan,
Berkatilah sisa umur ini.

Allahummaghfir lilmu’miniin wal mu’minat muslimin wal muslimat, al ahyaai minhum wal amwaat…

Ya Allah selamatkan umat Islam Ya Allah,
Selamatkan umat Islam Ya Allah,
Jangan biarkan Engkau saksikan kami terhina seperti ini,
Persatukan hati kami Ya Allah.

Bangkitkan para pemimpin yang mencintai-MU dan mencintai umat-MU,
Tolonglah saudara kami yang teraniaya di penjuru mana pun Ya Allah,
Jangan biarkan kaum zalim berjaya atas kaum beriman Ya Allah,
Jangan biarkan kaum yang ingkar kepada-MU menzalimi kaum yang bersujud kepada-MU.

Bantulah saudara kami pejuang-pejuang Islam dan Ummat islam di Palestine, Iraq, Afghanistan dan seluruh pejuang agamaMU.

Ya Allah mereka dalam genggamanMU ya Allah,
Ya Allah cegahlah kezaliman keatas umat-MU Ya Allah,
Ya Allah, selamatkan negeri kami Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha tahu keadaan negeri kami,
Jangan biarkan ummat-MU seramai ini ditindas dan di hina.

Bangkitkan Ya Allah,
Jadikan negeri kami negeri yang memancarkan cahaya Islam,
Menjadi negeri yang rahmatan lil’aalamiin.

Ya Allah kurniakan kepada kami pemimpin yang soleh,
Para pemimpin yang mencintai ummat-MU,
Para pemimpin yang teguh hidup di jalan-MU,
Para pemimpin yang benar-benar menjadi suri tauladan bagi kami.

Ya Allah yang Maha Agung,
Undanglah kami, keluarga kami dan keturunan kami, dengan orang-orang yang berbuat baik kepada kami.

Ya Allah, izinkan kelak kami bertemu dengan MU yg Allah,
Bertemu dengan Rasul-MU,
Bertemu dengan kekasih-kekasihMU.

Rabbana aatina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa Qiina Adzabannar..
Rabbana taqobball minna innaka anta samiul ’alim watub alayna innaka..
Antattawaburrahiim Subbahaana rabbika rabbil ‘izzati ‘ammaa yaashifuun..
Wasalamun alal mursaliin Walhamdulillahirrabil alamiin."

Terima kasih kepada blog mariafirdaus.com (Boleh baca di sini untuk travelog haji mereka).

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Selamat Berpuasa kepada yang berpuasa hari ini,
Dan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha buat seluruh umat islam sedunia.

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies