Sunday 11 September 2016

PESAN BONDA : DOA HARI ARAFAH SETAHUN SEKALI


Assalamualaikum wbt..

Hari ni, saya nak share dengan anda satu posting yang menarik dari FB Pages : PESAN BONDA.

DOA HARI ARAFAH DARI FB PESAN BONDA

Hari Arafah sudah hampir tiba.

Sudahkah kita membuat senarai doa yang mahu kita pohon kepada Allah?

Berikut adalah beberapa doa yang kita boleh masukkan dalam senarai doa hari ini, InsyaAllah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan lah mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan lah agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari perhitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan-Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash-Mu.

12. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan-Mu, kehebatan-Mu dan kekuasaan-Mu.

13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk-Mu dan Nabi-Mu Muhammad (SAW).

14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

15. Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaan-Mu.

16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan lah niatku hanya untuk-Mu semata-mata dan lindungi lah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan diri. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmatMu.

17. Ya Fattah, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Allah, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada-Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, berkati lah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari-Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada-Mu Ya Allah.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku/suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh-Mu.

28. Ya Allah, lindungi lah kami dari syaitan, jin dan arak yang menyesatkan. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan pujuk rayu mereka.

29. Ya Allah, ampuni lah dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripada-Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan seluruh umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari serta menunaikan solat wajib di awal waktu.

InsyaAllah, waktu Wuquf di Arafah akan bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pada 9 Zulhijjah bersamaan 11 September 2016 Waktu Malaysia [05.30 pm - 11.00pm (jangkaan)].

Gunakanlah waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab.

Selamat Beribadat!

Sekian, sharing dari FB Pesan Bonda.
Tq, to Pesan Bonda.

Salam Sayang, Salam Bahagia.
Selamat Menyambut AidilAdha buat semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my

No comments:

Post a Comment