Social Icons

Wednesday, 22 April 2015

10% HARAPAN TIPIS PEMBEDAHAN JANTUNG DAN KAKI

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang.

Berjaya walau dalam apa jua pekerjaan dan bidang yang diceburi.


InsyaAllah.

Anda pernah dibedah?

Pernah merasai perasaan menanti saat-saat anda ditolak masuk ke bilik pembedahan?

Dikelilingi beberapa orang doktor pakar dan nurse yang membantu kelancaran pembedahan adalah satu pengalaman yang mengerikan.

Seriusly, sangat ngeri. Terasa seperti nyawa kita menjadi mainan dorang.

Tersalah langkah, tersilap teknik.. maut menanti.

Itulah perasaan saya di saat itu.

Hakikatnya, ajal maut itu semua adalah hak Allah. Bukan manusia.

" AWAK PERLU DIBEDAH DENGAN SEGERA "

Saya berjumpa doktor sebelum operasi pembedahan dijalankan :

Kenapa dengan saya doktor?

Apa masalah saya Saya tak sakit, kan?

Bertubi-tubi soalan dilontar kepada doktor separuh abad ini.

Namun tiada sepatah pun keluar dari mulutnya.. melainkan senyuman untuk menenangkan diriku yang dalam keresahan.

Selepas 10 minit berlalu :

Ok, Sakinah.. i nak u bertenang dan relax, k?

Banyakkan istiqfar dan ingat Allah.

Actually, jantung u ada masalah.

Kena infection.. jika dibiarkan akan membawa bahaya. Sebab, sekarang sedang merebak ke bahagian sistem badan bawah.

Ke bahagian kaki.

Sebab tue, kaki u kebas-kebas sekarang dan apa yang u alami saat ini.. itu adalah tanda-tanda infection semakin merebak.

U perlu buat pembedahan segera. Dah tak boleh ditangguhkan lagi.

Saya terpana dan terkelu seketika. Tiada lagi persoalan yang keluar melainkan bertanyakan risiko pembedahan.

Betul, ke doktor? Cam mana risikonya?

Pihak kami belum dapat bagi jaminan yang pasti. Cuma dari laporan keadaan u, harapan adalah amat tipis.

10-90.

10% pembedahan berjaya.

Setelah berfikir masak-masak, dan terpaksa berterus terang kepada family. Saya pun bersetuju untuk lakukan pembedahan tersebut.

SEMASA DIBEDAH

Setelah berfikir dan mendengar nasihat emak.. saya pun, bersetuju untuk dibedah dan memohon family doakan kejayaan operation ini.

Perasaan?

Takut memikirkan saat-saat kematian semakin hampir.

Sedih memikirkan emak. Saya belum berjaya bahagiakan emak. Banyak lagi perkara yang saya belum dicapai untuk happy kan emak. Terlalu banyak.

Adik-adik yang masih memerlukan perhatian saya.

Hati saya menangis.

Walaupun saya dibius.. tapi, kesan torehan dan macam-macam oleh doktor amat terasa.

Saya tak mampu menjerit. Hanya air mata yang mengalir.

Terutama semasa doktor operate bahagian pergelangan kaki. Satu tak tahu apa fungsinya.

Tapi, sebelum dibedah. Doktor ada cakap yang kuman saya dan merebak ke bawah kaki.

Sakit sangat.. lagi sakit dari period pain.

Sakitnya cam nyawa dah hujung-hujung hayat.

SELEPAS 8 JAM PEMBEDAHAN

Saya melihat orang ramai menangisi keadaan saya. Saya tak tahu apa yang dorang cakap. Sepatah pun, saya tak faham.

Saya bingun.

Saya berada di alam lain.

Serba gelap dan kaki serta badan semakin sakit-sakit.

Saya menangis dan menjerit.

Tiada siapa pedulikan saya.

Sehingga saya terlena dan terjaga semula.

TERJAGA DARI MIMPI YANG PANJANG

Astaqfirullah al azim..

Saya hanya mampu mengucap panjang dan melihat jam di dinding.

Jam 2.37 pagi (Hujan renyai-renyai).

Rupanya, saya bermimpi.

Saya meraba kaki dan seluruh badan.

Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat.

Lantas saya bangkit untuk ambil wudhuk dan mengadap sang pencipta. Memohon keampunan dan kekhilafan atas dosa-dosa semalam.

Kerdilnya, diri ini.

Kerdil sekerdilnya.

Terima kasih, ya Allah atas nikmat mimpi sebagai peringatan kepada diriku.

Sehingga kita bertemu lagi sahabat.

Terima kasih, kerana masih setia menghabiskan bacaan SMS kali ini.

Kisah mimpi yang memberi 1001 ikhtibar kepada hambaNya yang kerdil.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini bermanfaat.

SMS doakan semoga anda semua kaya, bahagia dan berjaya hidup dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com


Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies