Tuesday 14 April 2015

RAHSIA HIDUP DISEBALIK SEGULUNG IJAZAH

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :-)

SMS doakan anda semua sentiasa berbahagia dan berjaya walau di mana jua anda berada.

InsyaAllah.

Cantik tak gambar kat sebelah nie?

Bam bam kan?

Huhuhu.

FLASH BACK KENANGAN LALU

Kisahnya pada pagi hari..

Nak beratur untuk ambil tempat kat dalam dewan.. tiba-tiba, ada staff UiTM a.k.a sahabat lama tegur.

" Hai, Sakinah.. Lama tak jumpa. Semakin sihat sekarang. Bahagia nampak".

Waaa... sentap!!

Lelaki taw.. malunya.

Tapi, wat relax je. Cover cun di hari bersejarah sebagai graduan kan.'

Hahaha.

Sakinah,
Sakinah..

Lucu bila diingatkan semula.

Tapi, saya bukan nak kisahkan pasal saya yang bam bam nie.

Saya nak kongsikan tentang perjalanan hidup saya sebagai seorang graduan yang berkelulusan ijazah kelas pertama dengan selempang merah lagi tue (dalam gambar).

Seronok, ke pakai selempang?

Alhamdulillah, hadiah untuk Emak Ayah.

Ini yang saya usahakan.

Selain dari convert pinjaman PTPTN kepada biasiswa.

Akhirnya, saya berjaya capai matlamat untuk Anugerah naib Canselor (ANC).

Ia bukan sesuatu yang mudah. Namun, ia tak susah pun bila kita taw cara dan ada matlamat.

Perjalanan hidup saya bukan sampai di sini sahaja.

Masih panjang dan jauh lagi.

5 TAHUN UNTUK SEGULUNG IJAZAH

KO BIJAK.. KO PANDAI.. TAPI, TIADA SIAPA TAHU SAYA PELAJAR TERCOROT

Kawan-kawan sekeliling saya selalu cakap.. "  Ko, tak pe lah. Ko, pandai. Ko, bijak. Ko, budak MRSM".

"Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah berikan (cakap dalam hati je lah)"

Hehehe.

Saya geli hati sebenarnya.

Itulah modal dorang.

Apa kaitan budak MRSM dengan bijak?

Saya pernah gagal.

Berkali-kali saya gagal.

Saya pelajar tercorot di Maktab.

Saya pelajar yang selalu failed di maktab.

Setiap bulan.. result saya selalu ungraded.

Sampai saya rasa tak berguna sangat-sangat. Buat malu emak ayah je.

Saya pelajar yang sangat lemah.

Bayangkan, 11 subject saya ambil.

Semua subject sains (Biologi, fizik, kimia) dan matematik (matematik moden, matematik tambahan) saya berwarna merah.

Saya malu..

Tapi, orang tak tahu apa saya buat.

Saya curi masa.. saya mencari cikgu. Saya buat extra tutorial dengan cikgu.

Hasil tetap sama. Tapi, saya tak pernah berhenti mencuba dan berusaha.

Dan alhamdulillah.. hasilnya, amat memberansangkan bagi seorang pelajar yang lemah.

Saya dapat 5A, 3B dan lulus semua subject.

Bukan bijak pun. If bijak, dah lama saya seangkatan dengan rakan-rakan fly ke overseas jadi doktor dan engineer (Budak MRSM kan, selalu akan jadi doktor dan engineer).

Selepas tamat maktab.. kami bawa haluan masing-masing.

Saya ambil jalan jauh.. buat diploma dengan UiTM dan 2 tahun degree dengan UiTM jugak.

Kiranya, saya keluaran produk MARA la nie.

Hehehe.

KENALI DIRI DAN BAKAT TERPENDAM

3 tahun saya di UiTM kampus Machang merupakan satu tempoh masa yang sangat panjang.

Saya mula mengenali macam-macam arus budaya dan ragam manusia.

Sebelum ni, asyik dikelilingi budak-budak bijak je.

Right now! Saya berada di fasa Graduan iaitu fasa mengenali hidup dan bina jati diri kita.

Jika tersalah langkah.. akan tersadung dan terjunam ke lembah kehancuran.

Iman kena kuat.

Hati kena kental.

Saya pun, bukannya best students. Budak biasa-biasa je.

Sehingga lah saya sambung degree.

DEGREE AJAR SAYA KEHIDUPAN SEBENAR

Segalanya, mula berubah.

Terasa berlaku satu anjakan pradigma.

Saya beriltizam dan berniat untuk hadiahkan Selempang Merah untuk Emak dan Ayah.

Saya aktifkan diri di kolej untuk bina leadership dan ini juga salah satu cara saya cuba disiplinkan diri dengan pelajaran.

Sebab, di peringkat degree.. kami mempunyai banyak masa terluang jika dibiarkan tanpa perkara yang berfaedah.

Berbeza dengan diploma yang jadual dan kelasnya yang terlalu padat.

Alhamdulillah, permohonan saya berjaya.

Saya dilantik menjadi wakil pemimpin pelajar di kolej perempuan.

Maka bermulalah episod hidup.. saya mula ditinggalkan kawan-kawan.

Mereka banyak enjoy zaman belajar.

Sometimes, memang ada perasaan cam bestnya dorang. Tapi, fikir-fikir balik. Apa yang best.

Pi shopping dan tengok wayang.

Itu bukan saya. Sekali sekali boleh lah, menyelam sambil minum air :-)

Maaflah, saya sedar asal usul diri saya.

Saya mengharapkan PTPTN je untuk support belajar.

Takkan nak berjimba-jimba dengan duit tue. Family saya, bukannya orang berada seperti rakan-rakan yang lain.

Saya ada tanggungjawan kepada keluarga.

So, back to my dream. Anugerah Naib Chanselor (ANC).

Saya stress ke?

Tak lah.. i'm happy.

Masa saya sentiasa terisi dengan perkara berfaedah.

Ada masa free je, saya akan ke library.

Saya siapkan assignment yang diberi.

Sebab saya tahu.. masa saya terbahagi kepada dua. Pemimpin pelajar dan tanggungjawab akademik.

Sahabat nak tahu..

Kawan-kawan saya selalu tak siapkan assignment yang diberi. (Bukan semua)

Sometimes, saya pelik jugak lah. Dorang banyak masa. Tapi, assignment tak siap. Huhuhu.

Dorang fikir.. duedate lambat lagi. Sebab tue, siap ke tak siap ke sama je pada dorang.

Kecian, kan?

Course saya nie, pelik cikit. Duedate, memang lambat. Tapi, everyweeks lecturer nak tengok progress. Ini yang penting. Jika salah.. kita boleh perbetulkan.

Cuba anda fikir.. Kalau kita tak buat, cam mana lecturer nak bantu.

Walau sibuk cam mana sekali pun.. saya akan luangkan masa untuk siapkan kerja walaupun kadang tidur lewat pagi.

Orang lain, dah tidur.. saya masih berjaga.

Syukur, alhamdulillah.

Saya diberikan kekuatan oleh Allah SWT walaupun ramai kawan-kawan yang bercakap macam-macam.. Saya sombong, lah. Saya kedekutlah (sebab tak join dorang graduate diploma).

Duit saya tak mengizinkan untuk bawak family tengok saya naik pentas hari graduasi diploma. (Saya ambil keputusan biarlah korbankan hari graduasi nie).

Saya gunakan duit untuk cameraphone (Ini lebih penting untuk graduasi degree)

Itu jugak lah, saya semakin berkobar-kobar untuk dapatkan ANC.

Nak bawak Emak Ayah datang gradusi yang penuh makna.

Alhamdulillah, pengorbanan dan perjuangan saya berjaya membuahkan hasil.

Semakin kita mendekati kejayaan.. Kita semakin mengenali siapa kawan dan siapa lawan.

Inilah rencah hidup yang sebenar.

Walau apa-apa pun, sahabat..

Kita masih memerlukan kawan. Jangan sampai putus kawan pulak. Berkawan biar berpada-pada.

Yang mana, yang baik.. boleh diambil. Yang mana kurang baik dijadikan sempadan.

Ok?

Selamat maju jaya dan cemerlang hidup dunia akhirat.

Anda boleh download dan baca ebook di bawah ini, yang telah banyak mengubah pemikiran dan minda luar sedar saya.
Alhamdulillah.

Sehingga kita bersua kembali dalam rentetan kisah perjuangan saya dalam dunia MLM.

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana terutama anak muda dewasa ini.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment