Social Icons

Wednesday, 29 April 2015

PERJALANAN KURANG SELESA AKIBAT KEPUTIHAN TANPA ALFALFA

Keputihan akan mengganggu keintiman suami isteri.
Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat SMS hari ini?

SMS doakan semoga anda semua berada di dalam lindungan dan rahmat dariNya.

InsyaAllah.

Hari ini, hari pertama saya berseminar Intensif Magnet kekayaan dan Kejayaan (IMKK).

Alhamdulillah, saya selamat sampai di kediaman Emak dan abah Kak Maria (My mentor) petang semalam.

Sepanjang berada di KL nie, saya akan sentiasa bersama dorang. Kerana Emak dan Abah Kak Maria pun turut serta dalam seminar ini.

Semalam.. sebelum saya tiba di rumah dorang saya berjumpa dengan dua orang kenalan baru.

Seorang di Hentian Bas Pekeliling (Rina) dan lagi seorang di stesen monorel (Kak Zaiha).

Entry kali nie, saya nak share pasal Rina.

TERASA CAM DAH LAMA KENAL WALAUPUN FIRST TIME JUMPA

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 2.00 petang.

Kondaktor bas memberitahu yang destinasi kami dah tiba.

So, saya siap-siap lah apa yang patut. Check barang, risau ada yang tercicir pulak karang.

Sambil mata melilau tengok orang mula turun ke bawah untuk ambil bagasi masing-masing.

Dalam hati, saya terdetik " ramai jugak rupanya, yer. Tak Pe, lah.. kita bagi laluan kat dorang turun dulu. "

Kiranya, saya orang last yang turun.

Saya pun tak de lah rushing mana. Just enjoy my journey :-)

Setelah turun, saya menarik nafas seketika dan mencari tempat berlabuh untuk fikirkan perjalanan seterusnya.

Sambil memerhati sekeliling dan melihat orang ramai yang berpusu-pusu ke anak tangga monorel.

Dan mencongak-congak melihat pak cik teksi yang menanti rezeki mereka.

Saya tak de lah interested nak naik teksi. Even, kakak (Kak Lang) Kak Maria advice untuk ambil teksi. Katanya, lebih dekat jarak berbanding naik LRT.

Saya memang kurang yakin dengan pak cik teksi.

Tambahan sorang-sorang anak dara. Huhuhu.

Saya memang dah decide nak naik LRT. Biarlah lambat, saya lebih suka melihat telatah masyarakat kota dari pak cik teksi tue.

Lagi pun, saya tak mahu susahkan Kak Lang yang sedang bekerja tika ini.

So, saya cuci-cuci mata dulu.

Dah lama sangat saya tak naik KL, taw.

Dah banyak perubahan. 

Last tahun 2011 (betul-betul survive. Berkelana di kota metropolitan). Dan 2014 (itu pun orang bawak guna kereta).

Sambil-sambil bersembang dengan sorang kenalan baru, namanya Rina.

Borak-borak dan terbit lah soalan pasal Shaklee.

Pergi mana-mana, mesti orang fikir saya buat shaklee. Padahal, saya tak sebut lagi pasal Shaklee nie.

Hehehe.

Dasyat betul, shaklee effect.

ANDA TAHU ??

Rupanya, Rina sekeluarga memang pengguna setia Shaklee.

Oic.

Tapi, kecian pulak dengar cerita dia.

Dia sekeluarga ambil Alfalfa.

Dia story lah yang dia kurang selesa nak berjalan jauh sekarang, sebab Alfalfa dah habis. Dia dah order. Tapi, tak sampai-sampai. Dah lama, order. Tak tahu lah, apa masalah nya.

Katanya :

" Rina suka dan selesa makan Alfalfa. Masalah keputihan dah tak de. Kalau dulu, nak ke mana-mana mesti jadi tak selesa. Sebab, keputihan Rina agak teruk.

Lagipun, badan jadi bertenaga je bila ambil Alfalfa nie."

Alhamdulillah, bagus Rina.

Saya share lah cikit apa yang saya tahu pasal keputihan dan Alfalfa.

KEPUTIHAN PADA WANITA 

Perkongsian ini adalah berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan rakan-rakan wanita SMS di luar sana.

Untuk makluman sahabat, KEPUTIHAN adalah normal di kalangan wanita. Jika ianya, lendir putih, jernih tanpa bau dan tidak gatal.

Tetapi, ianya menjadi masalah jika berlaku sebaliknya seperti berwarna putih kekuning-kuningan, berlendir likat, berbau dan gatal..

Haa.. anda perlu lakukan sesuatu supaya ianya tidak mengganggu kehidupan seharian anda.

Keadaan ini berlaku adalah kerana berlaku jangkitan kuman di bahagian miss 'v' mereka yang bermasalah.

Saya faham, sebab saya sendiri mengalaminya.

Kita akan menjadi tidak selesa. Kurang berkeyakinan dan yang paling stress bila nak solat. Terasa diri kotor sangat-sangat.

Betul, betul..

Nampak je, cam remeh-temeh.

Tapi, kesannya agak tak selesa kan. Sehingga berjumpa dengan "Raja segala Tumbuhan" iaitu Alfalfa yang berfungsi seperti Kacip Fatimah.

The Father of All Foods.
KEISTIMEWAAN ALFALFA

Alfalfa (Medicago Sativa) ialah tumbuhan berakar tunjang yang memanjang sehingga 20 kaki ke dasar bumi. Tumbuhan biasa hanya mampu pergi sekitar 1 meter sahaja panjang akarnya.

Wow !!

Menariknya.

Thats why, Alfalfa berkhasiat sebab bebas dari pencemaran alam sekitar.

Ianya mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya mampu menyerap mendapan zat dan pelbagai mineral yang tidak tercemar.

Daun alfalfa akan dituai apabila mencapai tahap matang yang sangat banyak dengan klorofil secara semulajadi untuk dikeringkan menjadi serbuk dan dikompres dalam bentuk tablet.

Pastu, kan.. Rupanya, Alfalfa dah digunakan dan dimakan oleh manusia sejak 2500 tahun dahulu lagi.

Sebab ianya sangat kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Saya share lah dengan Rina, bukan setakat keputihan je yang Alfalfa bantu. Tapi, banyak masalah-masalah lain.

Cam saya, ia banyak membantu masalah resdung, detok dalaman untuk turunkan berat badan, cuci hati, darah dan usus, sembelit, gastrik dan lemak-lemak yang mendap.


Sangat banyak sebenarnya yang Alfalfa dapat bantu dalaman kita sebab itu dipanggil "Raja Segala Tumbuhan."

Saya suka buat masker dengan Alfalfa nie. Rasa fresh je :-)

Rina ada tanyakan jugak mengenai set Gain Weight. So, saya cadangkan dia ambil Mealshakes, Vita-Lea dengan B Complex.

InsyaAllah, kita serahkan kepadaNya yang merawat.

Tidak akan bergerak satu-satu zarah tanpa izinNya. Inilah yang saya pegang sehingga ke hari ini.

K, lah sahabat.

Terima kasih kerana masih setia membaca sharing kali ini.

SMS doakan semoga anda semua sentiasa sihat, bahagia dan ceria di samping pasangan dan keluarga masing-masing.

Aaaminnn.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini memberi manfaat kepada mereka di luar sana terutama kepada kaum wanita.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies