Wednesday 13 April 2016

30 TIPS KELUARGA BAHAGIA OLEH DR. FADZILLAH KAMSAH

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga sahabat pembaca dan pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, berbahagia selalu.

Tadi saya ada membaca sedikit forum dan blogwalking mengenai Tips Keluarga Bahagia dan Ibu/bapa.

So, saya nak share sikit dengan anda semua yang mungkin dah tahu. Mungkin, ada yang belum tahu, kan..

Sama-samalah kita persiapkan diri dari semasa ke semasa.

InsyaAllah.

JOM! BACA 30 TIPS KELUARGA BAHAGIA OLEH DR. FADZILLAH KAMSAH

Buat mereka yang bergelar suami, jom! baca 30 tips keluarga bahagia oleh Dr. Fadzillah Kamsah di bawah ini :

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi seorang suami yang terbaik.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup berkongsi suka dan duka bersama-sama.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri, setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari, telefon isteri ataupun hantar SMS.

5. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.

6. Amalkan makan bersama setiap hari.

7. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.

8. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin.

9. Bantu isteri melakukan kerja rumah.

10. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.

11. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.

12. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami.

13. Jadikan penawar hati kepada isteri.

14. Sentiasa taat kepada semua perintah Allah.

15. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.

16. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.

17. Jadilah suami yang pemaaf.

18. Pimpin dan tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan penuh kasih sayang.

19. Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role-model.

20. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.

21. Ajak isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain bersama-sama.

22. Cintai isteri sepenuh hati.

23. Sentiasa berubah secara positif.

24. Pamer keprihatian dan kematangan yang tinggi terhadap keluarga.

25. Tingkatkan ilmu berkenaan agama.

26. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga.

27. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri.

28. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri.

29. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas.

30. Mahir dalam menguruskan keluarga.

Cukuplah, sampai di sini sahaja point yang saya petik dari pembacaan tadi.

Semoga ia bermanfaat kepada kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga anda dunia akhirat.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


WhatsApp : 019-916 4276 untuk dapat ebook Kisah Motivasi :
Sorry Boss!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja ini Sekarang !!
Ebook yang sangat memberi inspirasi tinggi kepada semua pembacany

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment