Social Icons

Sunday, 23 August 2015

11 TAHUN : TABAH DAN CEKALNYA HATI WANITA MENJAGA SUAMI STROKE AKIBAT TEKANAN DARAH TINGGI

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tersayang.

Anda kaya dan berjaya.

Pernah tengok orang-orang tua terlantar sakit di hospital?

Pernah ziarah saudara-mara yang sedang sakit berbulan-bulan?

Mesti pernah kan?

Dan perasaan yang mampu terlahir ketika itu, hanyalah rasa simpati, sedih dan bersyukur sebab kita masih diberikan kesempatan untuk merasa nikmat sihat oleh Allah SWT.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya.

CEKAL DAN TABAHNYA HATI WANITA MENJAGA SUAMI STROKE HAMPIR 11 TAHUN

Semalam ada tetamu mai singgah rumah untuk berurut dengan emak saya. Yang nak diurutnya ibu mengandung (Si adik ipar).

Mereka datang berdua bersama dengan anak perempuan si kakak.

Si kakak dan anaknya tunggu di ruang tamu. So, saya pun sembang-sembang lah sementara menunggu si adiknya settle berurut.

Takkan nak wat tak tahu pulak. Hehehe.

Macam-macam topik disembangkan.

Mula-mula pasal masalah adiknya. Kemudian, Fibroid dan Cyst. Rupanya, ramai orang sekeliling dia kena fibroid. Ada yang dah dibuang. Ada yang time preggy je timbul. Pas bersalin hilang. Macam-macam lah.

Satu babak ke satu babak kami duk borak.

Part menyeramkan, kes rompakan kawasan rumah dorang. (Nanti kita story lain entry).

Dan hari ini, saya nak share pasal kisah kesetiaan, ketabahan dan kecekalan hati seorang wanita menjaga suaminya yang stroke hampir 11 tahun. Ini kisah emak dan ayah kakak tadi.


Menurut beliau, ayahnya jatuh sakit sejak tahun 2004 akibat tekanan darah tinggi.

Sebelum jatuh terlentang dalam bilik air time nak ambil wudhuk. Ayahnya, ada mengadu pening-pening dan sakit kepala.

Mereka tak expect perkara cam nie, nak jadi. Yelah, ayahnya dulu sangat aktif.

Selain darah tinggi, ayahnya ada jugak kencing manis.

Hurmm..

Mereka anak-beranak bawak ayahnya ke hospital. Si ayah tak sedarkan diri, agak lama jugak lah.

Doktor sahkan ayahnya, lumpuh/ stroke sparuh badan kiri.

Mereka tak dapat berbuat apa-apa melainkan makan ubat dan usahakan perubatan islam mahupun kampung.

Bertahun-tahun, pelbagai penawar dan supplement diusahakan. Tapi, ayahnya tetap sama. Cuma dah boleh bercakap seperti biasa. Tapi, masih mengharapkan bantuan anak-anak dan isteri untuk menjaga dan merawat.

Katanya lagi, ayahnya makan supplement sekejap je. Semua yang orang cakap bagus.. dibelinya.

Biasalah, orang tua. Kurang sikit sabarnya. Bila dah bertahun sakit dan terasa diri menyusahkan orang sekeliling. Sebab, tak nampak kesan dalam masa yang singkat. Terasa pahit cam hempedu lah. So, mudahlah berputus asa.

Tapi, bukan semua cam nie taw.

Kecian, saya mendengarnya. Anak-anak tak dapat nak buat apa-apa.

Baru-baru nie, ayahnya dimasukkan ke hospital lagi sebab tak sedarkan diri. Bacaan gula ayahnya terlalu tinggi. Walaupun, dah kurang makan benda-benda manis.

Saya dapat bayangkan. Cam kes, arwah dulu. Bacaan menjadi tinggi tiba-tiba. Bukan sebab pemakanan. Tapi, sistem dalaman dah tak berfungsi dengan betul.

Sekarang, ayahnya dah berusia 75 tahun. Masih terbaring kerana sokongan badan dah lemah. Tulang punggung dah tertanggal dari tempat asalnya. Tak dapat duduk seperti orang normal.

Ingatan pun dah mula ingat-ingat lupa.

Tabahnya, hati isteri yang menjaga dan berada di sisinya selama ini.

Allahuakhbar..

TIPS KESIHATAN DARI SMS

1. Mencegah sebelum terkena, merawat sebelum parah.

2. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan jaga 70% pemakanan dan 30% senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3. Ambil nutrisi tambahan untuk support kekurangan zat berpandukan Mentor.

Kalau dalam Program Now Everyone Can Kurus (NECK), kami sediakan Mentor dan Formula untuk bantu amalkan gaya hidup sihat.

Whatsapp : 0199164276
untuk dapatkan Ebook Formula Mudah MESTI Kurus dengan PERCUMA.
Walau apapun, SMS doakan semoga anda semua sihat dan berbahagia bersama keluarga dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Sila SHARE jika entry kali ini memberi manfaat kepada saudara-mara dan rakan-rakan di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies