Social Icons

Friday, 7 August 2015

KISAH SEDEKAH 30SEN DI HARI JUMAAT

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu di samping keluarga tersayang

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Saya ada dapat satu story dari teman-teman seperjuangan yang cukup menyentuh hati kecil ini.

Actually kisah ni dah famous. Dah tersebar luas kat mana-mana media. Tapi, saya nak kongsikan jugak.

Jom! kita baca bersama.

KISAH SEDEKAH SYILING 30SEN

Cikgu : Kenapa Amin tak rehat?
          
Amin: Mak saya beri 30sen sehari  Cikgu ...

Kat kantin 30sen ni dapatlah beli karipap je satu.

Segan lah, saya cikgu beratur panjang-panjang.. dapat beli karipap satu jaa.

Jadi saya kumpul duit hari ni untuk makan hari esok.

Dapat lah saya mkn karipap dengan air sirap 30sen.

Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu).

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak.

Di zaman 2014 ini masih ada pelajar yang membawa 30sen ke sekolah.

Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sangat besar ertinya..
         
Cikgu : Kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ya?

Amin: "Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin, cikgu." jawab Amin dengan bersahaja.

"Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.." 

Mata saya dah berkaca... saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lagi.

Ya Allah Ya Tuhanku, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan lah pintu rezeki mereka. Semoga mereka tidak lagi berada di dalam kemiskinan.

Allahuakhbar..
Allahuakhbar..
Allahuakhbar..

Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 30sen yang diberi untuk makan, dia sedekahkan 30sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..

Betapa mulia hati si kecil ini. Di saat teman-teman yang lain bermewah, dia masih mampu memberi, berfikiran matang dan berbelanja dengan bijak.

Termalu saya sendiri. Huhuhu..

Sahabat,

Marilah sama-sama SHARE kisah ini. Ia nampak simple, tapi memberi 1001 pengajaran kepada kita semua.

InsyaAllah.

SMS doakan semoga sahabat SMS semua berbahagia dan berjaya walau dimana jua berada.

Sehingga kita bersua kembali di lain kisah.

Sekian, wassalam.

Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS


019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies