Wednesday 26 August 2015

CHANGE YOUR MIND!! YOUR WORLD WILL BE CHANGE!!


Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS sentiasa dirahmati dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah olehNya. Kaya, Berjaya, Sihat dan Bahagia dunia dan akhirat.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Dalam hidup nie, semua orang nak hidup senang. Tiada siapa yang ingin alami kesusahan walau sebesar zarah.

Hatta mereka dilahirkan dalam keluarga yang tidak mewah apatah kaya.

Betul, betul..

CHANGE YOUR MIND !!
YOUR WORLD WILL BE CHANGE !!

Setahun yang lalu saya merupakan seorang penganggur tak berbayar. (Boleh baca DI SINI).

Semua majikan tak mampu nak gajikan saya. Kerana alasan pengalaman saya tak melayakkan diri untuk bersama dorang.

Hahaha..

Tak de, lah. Bukan rezeki saya kerja makan gaji dah.

This time, adalah peluang saya bekerja dekat dengan family. Bekerja dari rumah.

Berdiri atas kaki sendiri.. jatuh bangun, duduk saya.. semua sendiri.

Masuk kerja sesuka hati.. tiada siapa yang dapat menghalang dan memantau.

Dulu, bila bekerja selalu terkejar-kejar dan mengjaga segala-galanya sebab takutkan boss (Boleh baca DI SINI- kisah saya hampir dikambing hitamkan).

CHANGE YOUR MIND SAKINAH !! NOW OR NEVER !!

Maka setelah selamat menjadi penganggur bertauliah.. bermula lah episod hidup baru. Kehidupan sebenar seorang khalifah di bumi-Nya.

Mudah, ke saya membuat keputusan dan pilihan?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mudah ke? Betul, ke tindakan saya?

Tak menyesal?

Sesungguhnya, pada permulaan saya agak risau dan ragu-ragu dengan diri sendiri.

Mampu, ke aku?

Aku dah tiada apa-apa.. yang ada cuma, semangat dan impian nak hidup bebas dari belenggu kerja makan gaji. Nak bebas dari masalah kewangan yang selalu menghimpit diri di awal bulan..

Bukan akhir bulan, taw.

Biasa dapat gaji, 25 hari bulan. Tolak hutang dan perbelanjaan semua.. tinggal berapa sen je untuk survive. Alhamdulillah, gaji cukup-cukup makan. Cuma kurang mampu memberi lebih.

Di saat ada yang ingin meminta pertolongan, ada je alasan saya. Bukan tak nak tolong.. Faham-faham je lah. Kerja makan gaji dan selalu travel.

Hampir sebulan lebih saya merangka perjalanan hidup.

Keputusan menjadi Working-At-Home-Woman (WAHW), bukan perkara yang mudah kalau hati tak cukup kental. Semangat tak cukup kuat, Minda tak cukup positive, Keyakinan tak cukup tinggi.

Alhamdulillah, setelah bersujud dan istikharah saya redah je. Dengan zero knowledge dalam bidang perniagaan.

Kata mentor, saya : " Sakinah, U tak pernah berniaga. U tak perlu ambil risiko yang tinggi. Tak perlu ambil modal yang besar. Tak perlu bersusah payah nak cari kedai untuk mulakan perniagaan. U hanya perlukan modal yang kecil.. Iaitu HATI dan MINDA "

Kalau, lah sahabat semua.. agak-agak, boleh ke boleh? Logik ke logik ajaran mentor saya nie?

Cam tak logik kan? Hehehe..

Papepun, kerana dah nekad.. saya ikutkan dan dengar je apa kata mentor. Asalkan dia sanggup nak bantu saya. Ok, lah kan. Dia tak mintak bayar pun. Dia cuma mintak saya beri peluang kepada diri sendiri.

Bukan susah pun.

Dugaan?

Memang ada.. mana ada hidup tanpa dugaan dan cabaran.

Ini part yang ramai orang abaikan..

Semakin banyak cabaran, bermakna kejayaan hidup itu semakin dekat menghampiri kita.

Percayalah.

Mentor saya jugak pernah berkata :

" Untuk dapatkan sesuatu yang kita tidak pernah dapat.. kita perlu lakukan sesuatu yang kita tak pernah buat "

Amacam?

Ada berani?

" Hidup tanpa cabaran.. umpama hidup tanpa warna-warni. Pudar dan layu. Hati tak cukup kuat bila diuji. Diri akan mudah give up dan semangat mudah luntur. perjuangan terkandas di tengah jalan "

This is not me. SMS bukan begini..

Walau susah bagaimana sekali pun, akan saya usahakan hingga berjaya walau sejuta kali hingga ke titisan darah terakhir.

Chewah!! Dah macam berperang di medan perang lak.

Selama setahun nie, adalah pengalaman yang paling bermakna sebab melatih diri lebih menghargai dan menyayangi orang-orang sekeliling.

Membentuk diri lebih bijak dalam pengurusan masa. Untuk berjaya, salah satu cabaran paling besar adalah Time Management.


Alhamdulillah, dengan adanya Ilmu dan Mentor, perjalanan saya menjadi lebih mudah.

Bagaimana ini semua terjadi?

Key nya adalah, " Change Your Mind !! Your World Will Be Change !! "

Believe me. Hidup kita bermula dari minda yang menentukan siapa kita hari ini.

OK.

SMS doakan semoga sahabat semua dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan waktu untuk menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Anda kaya dan berjaya.

InsyaAllah.

Sila SHARE jika entry ini bermanfaat buat mereka di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS


019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment