Assalamualaikum wbt..
SMS doakan sahabat pengunjung setia blog Cinta Hati Sakinah, sentiasa berbahagia di samping insan-insan tersayang. InsyaAllah.
Petang nie, SMS nak kongsikan sedikit ilmu untuk pengetahuan sahabat semua.
Ianya sangat-sangat penting, taw.
PERLU KE KITA AMBIL TAHU APA ITU BMI
Haa.... Perlu, ke?
Dan tahu ke kita, apa itu BMI?
Baru-baru nie, saya ada buat sedikit survey kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan mengenai BMI.
Ada juga survey yang dilakukan melalui online sahaja, seperti di bawah.
"Nama saya Lina.. umur 22 tahun. Tinggi 153cm, dan berat 109kg. BMI tue, apa ya kak?"
Hrmmm...
Kecian, taw dorang nie.
Dorang tak tahu pun apa itu BMI.
Boleh dikatakan, 1 per 10 dari mereka yang gemuk.. tak tahu apa itu BMI.
BODY MASS INDEX (BMI)
BMI ialah sukatan lemak badan berdasarkan kepada tinggi dan berat seseorang lelaki dan perempuan.
BMI = Berat (kg) / [ Tinggi (m) x Tinggi (m) ]
Penting, ke untuk kita faham apa itu BMI? Penting, jugak untuk kita semua.
Actually, bukan BMI yang mempengaruhi kadar kegemukan mahupun obesiti seseorang.
Actually, bukan BMI yang mempengaruhi kadar kegemukan mahupun obesiti seseorang.
Pada saya, BMI ini adalah sebagai garis panduan kepada kita untuk amalkan gaya hidup
yang sihat.
Tak perlu kira BMI pun, untuk tahu anda seorang yang obes mahupun gemuk. Jika, anda seorang yang berani menerima hakikat keadaan yang sebenar.
" Cuba berdiri kat depan cermin sorang-sorang. Tengok dan selak part yang mana terlebih dan part mana yang terkurang "
Amacam?
Banyak pelampung tak?
Jangan menjerit cam orang histeria dah lah, ya. Hehehe..
KEKURANGAN BMI
Kadang-kadang, bukan semua orang yang BMI tinggi di kategori kan OBESITI. Tapi, Kalau orang OBESITI.. Sudah semesti mempunyai BMI yang tinggi.
Jangan pening, taw.
BMI mempunyai beberapa kekurangan dalam mengkategorikan seseorang itu terlebih gemuk.
1. BENTUK BADAN- Ini lebih merujuk kepada ahli bina badan. Kalau kita tengok badan dorang tough dan berketul-ketul kan. Berat dorang memang confirm-confirm tinggi. Tapi, badan dorang sihat dan fit.
Dalam pengiraan BMI, lemak dan otot adalah sama. Tiada beza.
2. STRUKTUR TULANG- Sesetengah orang mempunyai rangka dan struktur tulang yang besar dan padat taw. Contoh, cam saya sendiri. So, BMI saya akan terlebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat yang sama dengan saya.
Jadi, bila anda dah faham dengan penjelasan saya di atas. Maka, anda sendiri dapat menilai selesakah anda keadaan diri sekarang. Cukup fit kah? Sihat, kah?
Pandang Cermin, tanya diri sendiri :-)
BMI tak dapat menilai setakat mana tahap kecerdasan dan kesihatan anda.
Jom! baca ebook di bawah untuk tambah dan tingkatkan ilmu pengetahuan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat bersama Cinta Hati Sakinah.
Ok, sahabat. Sampai sini, dulu. Thanks for reading :-)
Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana yang mencari-cari cara nak kurus dengan sihat yang mudah.
SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana yang mencari-cari cara nak kurus dengan sihat yang mudah.
SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Jom! Amalkan Gaya Hidup Sihat.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
No comments:
Post a Comment