Friday 2 January 2015

PENGALAMAN PERTAMA KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA SI GADIS KEMBAR

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah dan rakyat Malaysia yang sedang ditimpa musibah, sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT.

Sebelum SMS meneruskan cerita, marilah kita sama-sama berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang sedang bertarung dan berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan banjir besar.

DULU KECIK SEKARANG DAH BESAR

Kita telah meninggalkan tahun 2014 yang penuh dengan suka duka dan pahit manis kehidupan. Sesungguhnya, tiap apa yang berlaku adalah tanda kasih dan sayang dari Allah Yang Maha Esa kepada hamba-hamba-Nya yang khilaf.

Pejam celik, pejam celik.. adik-adikku si kembar dan besar rupanya. Terasa baru je, sekejap duk tengok dorang dengan botol susu masing-masing.


Nak tidur.. (6 tahun lepas)
Baru je, tengok si tembam terkedek-kedek merangkak dan berlari.

Tak tahu siapa..? kakak ke adik. Confius. Hehe..
Nampak cam kakak.. tapi, tak tahu lah klu tersalah orang.Hehe.
Sekarang, dorang dah kurus dan tinggi cam budak-budak lain. Malah, agak tinggi dan besar antara kawan-kawan dorang.

Yeke?

Ha'a. Kakak dia je yang syok sendiri. Haha..
Sejak kenal Mealshakes.. hari-hari request. 
Hari graduasi 2014 : " Cepatlah.. lambat dah nie. Cikgu tunggu dah.. "
Inilah muka-muka bahagia dorang.
Rambut dorang pendek cam lelaki.. Saya yang potong. Hahaha.. Mengamuk, sakan bila dorang tengok rambut panjang dah jadi cam lelaki.

Tak tahan tengok dorang merana sebab berjangkit kutu kat sekolah. Ini risiko, bila anak-anak kecil terdedah dengan dunia luar. Satu tadika terkena.. datang dari mana. Wallahualam.

BELANJA SEKOLAH UNTUK ADIK-ADIKKU

2015 was coming..!!

Hahaha..

Hidup ku, agak huru hara seminggu dua nie.. melayan kerenah si kembar dan abang-abangnya yang nak mula masuk ke alam persekolahan.

Nak kena beli baju sekolah, beg sekolah.. semua lah.. Dua orang taw. Serentak untuk gegurl.. Banyak belanja untuk awal tahun 2015.

Kalau boboy, kurang sikit. Perempuan, boleh katakan lebih separuh dari lelaki. Ribu-riban jugak habis untuk belanja adik-adik.

Frozen di mana-mana. Dasyat betul, pengaruhnya. Saya pun tak tahu cam mana cerita frozen ini.
Tambah pulak dengan adik-adik lelaki lagi. So, perlu bijak merancang.

Papepun, kami bersederhana sahaja dalam segala perkara. Elakkan ajar dorang berboros dan membeli barang-barang mahal. Duit boleh digunakan untuk hal-hal lain seperti yuran-yuran sekolah.

Sekarang.. pasar raya bersepah. Tumbuh seperti cendawan selepas hujan. So, tiada masalah untuk mencari barang. Hanya akan jadi masalah kalau, tiada wang.

Saya dah melalui zaman tiada duit nie.. Alhamdulillah, sekarang dipermudahkan oleh Allah. 

Duit bukan segala-galanya.. tapi, tanpa duit.. kita tak dapat nak beli segala-galanya, kan.. hehehe..

Syukur kepada Allah SWT. Saya dan abang-abang dah mula berniaga. Abang saya usahakan bisnes pertanian dan sorang lagi bisnes insurans. Mak dan adik perempuan buat tempahan kuih karipap segera dan banyak lah lagi.

Saya pulak.. Sahabat semua mesti dah taw kan. Saya bantu keluarga dan orang ramai dengan supplemen kesihatan dan kecantikkan semulajadi untuk insan-insan tersayang. Alhamdulillah..

HARI ORIENTASI SI KEMBAR

Hari nie, hari orientasi dorang. Dah dua tiga minggu, kakak dengan adik asyik duk tanya.

" Kak sa, hari ini hari apa? Lagi berapa hari nak sekolah?"

"Kak sa.. kalau kakak tidur jam sekian, sekian, sekian.. kakak kena bangun pukul berapa?"

"Kak sa.. nanti kat sekolah cikgu marah kakak dengan adik tak kalau kakak bangun lewat?"

Macam-macam soalan ditanya.. Hehehe..

Gambar pagi tadi, sebelum pergi ke sekolah untuk orientasi.

UJIAN BAGI MEREKA SI KEMBAR

Kakak dan adik ditempatkan kelas berbeza. Kakak kelas kelima.. manakala adik, kelas ketiga. Kelas disusun mengikut abjad nama.

Siti Aisyah : Kelas 1 C
Siti Khadijah : Kelas 1 E

Dah cuba buat rayuan.. tapi, tak dilayan. Cikgu cakap, tak pe lah. Nanti, exam belajar lah elok-elok. Boleh duduk, kelas sekali. Keciannya..

Ada jugak cikgu yang setuju untuk mereka duduk kelas bersama. Saya pun, kurang faham lah.

Mereka tak pernah berpisah sejak lahir lagi. Walaupun, ramai yang nak ambil mereka jadi anak angkat. Tapi, kami tak bagi. Sesusah cam mana pun, mak masih boleh jaga anak-anak emak. ( Itu kata-kata emak suatu masa dahulu).

Mereka saling sayang-menyayangi. Saya tak tahu lah, cam mana masa depan mereka nanti. Jangan lah susah nak berenggang.

Kakak ok, je. Adik yang cam sedih.. Adik manja dengan kakak. Dalam nakal-nakal adik, manja sebenarnya orangnya. Tidur pun, nak kena tidur sekali. Kakak hilang sekejap pun, dah risau mencari.

InsyaAllah, dorang mampu berdikari. Doakan ya, sahabat.

PREPARE BEKALAN UNTUK KECERDASAN MENTAL DAN FIZIKAL ADIK-ADIK

Memandangkan si kembar dan abangnya akan bersekolah pagi dan petang setiap hari. Jadual untuk tiap-tiap hari pun, cam padat je. Mesti, akan kepenatan dan tidur awal nanti.

Risau jugak.. risau dorang tak biasa dan kurang perform. Ye lah, sebelum nie.. jam 12 tengah hari dah balik dari tadika. Sekarang, bangun seawal pagi, pergi sekolah. Pastu get ready untuk sesi petang ke kelas agama. Malam, mesti time buat homeworks.

So, saya dah prepare siap-siap mealshakes untuk dorang bersama vitamin untuk kanak-kanak. InsyaAllah mereka akan lebih bertenaga, cerdas dan cergas walaupun, kelas sampai ke petang.

Sejak dorang ambil nie.. memang nampak perbezaannya. Aktif je memanjang.. otak pun, bijak kalahkan kita nie. Hahaha..

Ada je, idea-idea dan sentiasa berfikir ke depan.
Mealshakes campur pelbagai perisa. Sedap katanya, dorang. Cam ais cream.
Vita-Lea telah diformulasi semula. Setelah hampir setahun tiada di pasaran.
Best dan seronok dengan kerenah dorang yang tengah membesar nie. Membuatkan hidup SMS dan family sentiasa terisi dengan warna-warna kebahagiaan. Alhamdulillah..

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, sahabat rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan mahupun ibu bapa di luar sana.

SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment