Social Icons

Thursday, 12 February 2015

AL-FATIHAH UNTUK DATO' HJ. HASBULLAH AWANG (PENGULAS SUKAN NEGARA)

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

SMS baru berkesempatan menulis sedikit coretan untuk petang ini.

Tengah hari tadi, dalam jam 2.00 petang.. saya terbaca satu posting bergambar "AL-FATIHAH" secara tak sengaja di media prima TV3.

Terkejut saya dengan gambar itu.

Namun, siapa kita untuk melawan takdir Allah SWT. DariNya kita datang.. kepadaNya jua, kita kembali.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Dato' Hj. Hasbullah Awang yang disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

SAYA SUKA DENGAR BELIAU MENGULAS

Saya bukan lah seorang peminat tegar sukan bola sepak atau apa-apa jenis sukan. Dari kecik lagi, memang tak berapa nak minat. Huhuhu..

Tapi, disebabkan semua abang saya suka tengok bola. Maka, adik perempuannya nie.. terpaksa dengar walaupun tak tengok.

Satu yang saya suka bila mendengar berita atau ulasan sukan ialah suara emas Allahyarham yang sangat unik bagi saya.



Zaman dulu-dulu, mana ada Astro. Harapkan RTM dan TV3 je lah. So, setiap kali berita atau acara sukan berlangsung pasti akan dengar suaranya yang bijak bermain dengan intonasi suara.

Even sukan tue, tak de lah menarik mana pun. Tapi, pandai beliau mengulas dan mengolah.

Itulah yang membuatkan saya terkejut cam kurang percaya.

Saya percaya.. seluruh rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan negara pasti merasakan kehilangan beliau yang sudah sinonim dengan dunia sukan.

Sekali lagi, saya ucapkan salam Takziah kepada keluarga Dato' Hj. hasbullah Awang atas kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah.



Marilah kita, sama-sama doakan semoga Allahyarham di tempat di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan masuk ke syurga tanpa dihisab. 

InsyaAllah.

Thanks For Reading.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies