Wednesday 25 February 2015

8 TIPS MENGHALAU TIKUS NAKAL DALAM RUMAH

Assalamualaikum dan selamat pagi, semua.

SMS doakan sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com ini, sentiasa berada di bawah payung dan rahmat Allah SWT. Aaaminn.

Hari ini, SMS nak kongsikan Tips cam mana cara nak halau si tikus nakal yang menggelikan.

Sebut, nama tikus je.. dah buat bulu roma meremang semacam. Huhuhu..

KISAH AKU DENGAN TIKUS

Apa perasaan anda, sekiranya berjumpa dengan tikus yang besar dan berwarna hitam gelap?

Eeeee... yekkk!! Geli, kot.. Kalau, saya.. secara automatik akan terjerit cam orang kena histeria.

Menjerit sampai nak termuntah. Hahaha.
Pernah dapur tak berasap.. sebab, ada tikus kat dapur rumah. Menangis lah, sorang-sorang. Time tue, tak de orang kat rumah. Hahaha, lawak kan. 

2, 3 malam ni pulak, saya tak dapat nak tidur lena gara-gara kena kacau dengan tikus. Saya tak tahu, dia datang dari mana. Sebelum nie, ada. Pastu, dah hilang. Sekarang ni, ada pulak.. Makin menjadi-jadi. Huhuhu..

Agaknya, dia berhijrah dari rumah jiran-jiran kami rasanya. Al-maklumlah, saya duduk kawasan taman perumahan.

Bila tidur.. kami anak-beranak, memang tidur atas tikar sebagai alas beramai-ramai. So, bergelimpangan lah di ruang tamu kami adik beradik.

Ada, satu malam tue.. Saya pakai inai dengan adik-adik. So, inai tue memang pakai sampai ke pagi.. Nak bagi, merah pekat konon-kononnya (Tapi, tak merah pun).

Jam lebih kurang 2 pagi, saya terkejut dan tersentak! sebab, terasa sesuatu di jari tangan.

Apa, lagi... Menjeritlah, saya. Haru-biru, sekejap. Dia nak gigit, jari yang berinai nie...

Gggggrrrr.....!!!! Terjumpa pun, dah trauma. Inikan, digigit. Memang tak tidur lena lah malam tue dan malam-malam seterusnya.

Hinggalah, datang si hamba Allah nie, sebagai penyelamat.

Bukan, kucing tue. Ni, sekadar gambar hiasan.
Tiba-tiba, ada kucing bertamu kat rumah kami. Dia lah, yang jadi guard sekarang.

Alhamdulillah.. Sekarang, boleh tidur dengan lena. Tapi, still berjaga-jaga sebenarnya.

Sebab, saya pun takut kucing. Hahaha.. Cam mana, tue.. Nasib badan, lah Sakinah oii!

Dulu pernah jugak saya menyewa rumah teres dengan rakan-rakan bujang. Rumah tue, baru je renovate. Tapi... suka-suki dia je datang rumah kencing dan berak. Yang keciannya, bilik housemate saya jadi mangsa.

Huhuhu..

Itu kisah saya dengan housemate lah. Kalau ikutkan rumah sewa tue, baru lagi. 

So, conclusion nya.. si tikus, datang tak mengira kawasan. Di situ, ada anak dara.. di situ ada, dia. Hahaha..

Nak kata bersepah, kotor.. hari-hari, kami kemas. Sampai, 2,3 kali kemas taw. 

Sebab, tue lah saya panggil tikus nakal. Nakal sebab, cari anak dara dan nak gigit jari..

8 TIPS HALAU TIKUS-TIKUS NAKAL

Ini petua yang saya dapat dari En. Google lah.. cedok, sana sini then, gabung.. Thanks ya, kepada rakan-rakan blog. 

Jom, kita tengok apa tipsnya:

KAPUR BARUS

Tikus tak suka bau kapur barus.. So, hancurkan dan taburlah berdekatan kawasan 'playground' dia supaya dia tak datang lagi. Kihkihkih..

MINYAK PUDINA

Tuangkan minyak nie, pada kertas atau kain. Then, letakkan kat area 'playground' dia.

DAUN DURIAN BELANDA, DAUN PANDAN DAN JERING BERTANGKAI

Ada jugak, yang cadangkan gunakan 3 item kat 'palyground' dia. Try, la.. mana taw, menjadi :-)

PERANGKAP TIKUS

Sekarang banyak perangkap tikus, di pasaran. Online, pun ada. Pi je, cari kat kedai. Pastu, letaklah umpan apa-apa pun untuk pancing dia.

Kitorang guna, yang nie.
Saya tak tahu.. adik saya pi beli kedai apa. Selalu, dorang beli barang-barang mantainance rumah kat hardware.


Budak lelaki nie, akal dorang panjang cikit. So, tiada masalah ramai adik-adik lelaki. Yang bermasalahnya, si kakaknya penakut.

RACUN TIKUS

Boeh try racun tikus jugak.. Tapi, kalau ada anak-anak kecil kena berhati-hatilah. Risau, dorang pulak yang cepat daripada tikus. Pi, kutip makan.. Huhuhu..

KUCING A.K.A GUARD

Cam, saya story kat atas tadi lah. Saya gunakan kucing. Memang, senyap tikus-tikus tue semua. Alhamdulillah.. semalam, ada hasil jugak menjadi santapan si kucing. 

TUTUP LUBANG

Mana-mana lubang yang dirasakan tempat laluan dorang tue.. boleh ditutup, untuk elakkan dia semakin bermaharajalela.

Ada berani?
KEMAS RUMAH

Sentiasa pastikan rumah, berada dalam keadaan bersih, kemas dan tersusun.

Kat rumah banyak sangat makanan (kuih-muih) dan barang-barang.. Itu, yang dia seronok agaknya.

Inilah,serba sedikit tips yang SMS berjaya google. Asyik trauma, je. Kena lah buat sesuatu untuk solve problem nie, kan..

Tikus..
Tikus..
Riang ria, lah dia menyanyi gembira.
Ada orang cakap.. jangan marah-marahkan dia, taw. Nanti, dia dengar.. Dia makin mengganas. Orang yang cakap lah.. 

Apa-apapun, tikus kan makluk ciptaan Allah jugak. Setiap kejadian dan perkara yang berlaku mesti ada reason dari-Nya.

Wallahulam.

Ok, sahabat. Cukuplah dulu untuk hari ini :-)

SMS doakan semoga sahabat semua sentiasa berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

PELUANG BUAT DUIT HARI-HARI DENGAN MOBILE SPA TERENDAH DAN TERHEBAT DI PASARAN MALAYSIA. HANYA SERENDAH RM2999 UNTUK 11 COURSE 4-5 JAM TRAINING POWER. WASAP : 019-9164276 UNTUK PENEMPATAN TRAINING ANDA !!

Proven Succes TWB dari Egypt.

RM176 untuk 2 hari sahaja bersama TWB.

RM250 untuk facial dan body massage bersama TWB.

Repeat Appoinment bersama beautician TWB.

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment