Social Icons

Wednesday, 18 February 2015

YANG SEDAP ITU PENYAKIT!!

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga sahabat semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT dunia dan akhirat.

Aaminn..

Siapa suka makan Mihun Sup?

Mesti ramai yang suka, kan..

Kalau sahabat nak taw.. ni, favorite SMS.

Nak nak.. Sup daging. Perghhh!! kikis periuk. 

Tak senonoh punyer perangai anak dara. Hehehe..

SUP MENGGEMUKKAN JIKA TIDAK DIKAWAL

Percaya ke percaya?

Memang betul, sahabat.. Sup boleh menggemukkan. Bahkan, boleh meningkatkan kolestrol dalam darah.

Cam mana, ianya boleh dikatakan gemuk pulak..

Ok, kita tengok kepada Sup Daging (Favorite, nie). Daging kan tinggi kolestrol.. tinggi lemak compare dengan ayam dan ikan.

Bila kita masak sup.. kita akan reneh supnya, lama kan? Supaya dagingnya, empuk dan mudah dikunyah.

Kalau sahabat nak taw.. Semakin lama, kita reneh.. semakin tinggi kandungan lemak yang berjaya dikeluarkan dari isi daging tadi (Cam nak jawap soalan manipulasi sains time sekolah rendah pulak. Hehe.)

Nampak minyak tue.. itu minyak lemak dari daging taw. Bila sejuk, dia akan beku semula.
So, makan daging tak de lah memberikan masalah sangat. Yang bermasalah hirup kuahnya, yang marvelous tue. Meleleh air liur, terbayangkan sup daging yang berasap-asap dan berapi pulak tambah dengan cili api. Memang, terangkatlah siapa yang makan :-)

Jarang orang je, makan sup.. tak hirup, kuah. Disebabkan kuah yang sedap lah.. buatkan kita menambah-nambah sup lagi.

Betul, tak?

Ini saya, dulu lah.

PERGI MANA-MANA, CARI SUP JUGAK!!

Sebelum saya saya join program Now Everyone Can Kurus  (NECK!) 2014, saya tak sedar dan tak pernah tahu apa yang saya makan itu boleh mengundang bahaya dan memudaratkan diri sendiri.

Main belasah, je makan.. Lagipun, saya sangkakan sup nie makanan paling selamatlah untuk kurus.

Kalau pergi mana-mana, saya akan intai-intai menu ada tak sup yang sedap dan kaw-kaw. Kat Shah Alam, last option Ani's Sup Utara.

Saya pernah story dulu (DI SINI). Saya nie, memang kurang suka makan nasik. Bukan tak makan. Cuma bila hidup bujang (sebelum nie), saya prefer makan di kedai. Cepat dan mudah.

Tapi, ongkos tinggilah sikit.

Even, seawal pagi.. kalau ada sup. Memang saya akan makan sup je. Mind set tue, dah lama train. Makan sup hari-hari pun, tak kisah asalkan sedap.

KEDAI BAWAH JAMBATAN

Saya ingat lagi, tiga tahun lepas saya mengajar di Terengganu.

Ada satu kedai tue, memang famous lah. Saya panggil kedai bawah jambatan. Sebab, memang kat bawah jambatan pun. Hehehe.

Dan saya tak pernah taw, apa nama kedai tue sampai ke hari nie..

Boleh dikatakan tiap petang saya akan ke sana dengan kawan untuk dinner. Dan menu pilihan saya, semestinya beehon sup daging. Memang sedap, sup daging dia. Sahabat pun, boleh try.

Kawan saya nie, dah biasa. Memang saya akan order sup daging, hari-hari.

Ada satu hari tue, sup daging dia tak de.. Frustnya, hati kalah orang mengidam. Sedih, sangat. Sampai saya ada terfikir. Aku nie, kenapa? Dah kena, jampi-jampi ke?

Tak de, lah. Saya memang camtue. Since umur 16 tahun (mula survive sendiri).. itulah menu wajib saya kat luar. Jimat, murah dan sedap. 

Makan pun, sekali sehari je. Breakfast memang, saya skip. Saya akan makan lunch or dinner.. tak pun, lunch dengan dinner. Tapi, breakfast tak de dalam senarai.

Cakap, kat orang sebelah. Kecian..

Benarlah, orang kata.. Skip breakfast kita akan cepat tua. Tua dari usia.


Ternyata benar.

Bila kita skip breakfast.. kita akan rendahkan metabolisma sendiri. Maka, bermulalah, episod bam bam dalam hidup Sakinah Mat Said sehingga mendapat pangkat OBESITI Tahap I.



Menyesal sekarang tak guna.. Kita yang buat silap.

Tapi, sahabat. Biar menyesal sekarang dari langsung tak pernah ada kesedaran untuk menyesal, kan?


Cam mana hidup saya mula berubah. Boleh download baca ebook di bawah yang amat memberi sumber inspirasi kepada sesiapa yang nak kurus.


FREE!! TO DOWNLOAD.
SHARE kepada rakan-rakan atau sedara-mara anda jika, rasa kisah ini memberi manfaat kepada mereka di luar sana.

InsyaAllah.

SMS doakan semoga sahabat semua.. sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat. 

Thanks for reading.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies