Friday 13 February 2015

PERGIMU TIADA GALANG GANTI - TENANGLAH DIKAU DI SANA TUAN GURU DATO' HJ. NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Assalamualaikum wbt..

Di saat ini, dah ketika ini.. sekali lagi, SMS merasakan amat sedih dan hiba.

Baru tengah hari tadi.. dikhabarkan pemergian suara emas sukan negara Datuk Hj. Hasbullah Awang ke rahmatullah (boleh baca DI SINI).

Malamnya pula, kita dikejutkan dengan berita yang amat SMS takut dan risau.

Seluruh rakyat Malaysia dan perjuang islam turut berdukacita dengan berita kehilangan seorang Mujahid Islam yang sudah tidak asing lagi iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Tidak mampu diri ini, ungkapkan kata-kata untuk menyedapkan hati dan terpaksa redha menerima hakikat pergimu tiada galang ganti.

Sesungguhnya, Allah lebih menyayangi diri beliau. Setiap yang hidup itu pasti akan mati, sahabat.

Indahnya, kuasa Allah SWT. Perginya Tok Guru di malam jumaat yang mulia.


Allahuakhbar.

5 BULAN LEPAS, AKU DI SINI.

Pada September 2014 yang lalu.. saya bersama keluarga bertolak dari bandar Kuantan untuk berjumpa dengan Tok Guru untuk pertama dan akhir kalinya.

Perasaan saat dan tika itu.. terasa berdebar-debar dan takut pun ada.

Yelah, saya amat-amat menghormati dan menyanjungi beliau. Terasa diri terlalu hina dan tidak layak untuk berjumpa mahupun berada di kediaman Tok Guru yang mulia.

Ini baru Tokoh Ulama'.. cam manalah perasaan berjumpa junjungan besar Nabi Muhammad SAW kita.. Layak, ke diri ini?

First time, jejakkan kaki ke perkarangan masjid Pulau Melaka sekitar jam 4.30 pagi. Terasa syahdu dan nyaman suasana ketika itu.

Inilah perkarangan Masjid yang pernah saya pergi. Dan hari ini, keadaan semakin syahdu dengan puluhan ribu manusia tidak mahu lepaskan peluang terakhir bersama Tok Guru.

Saya melihat, orang ramai mula datang untuk tunaikan solat subuh berjemaah seorang demi seorang di kala orang lain masih lena dibuai mimpi.

Indahnya, jika kita hidup dikelilingi insan-insan yang mulia.

Allahuakhbar.

ABANG SAYA CAKAP:

Tangan Tok Guru lembut seperti kapas sewaktu bersalam dengan Tok Guru walaupun sudah berusia.

Katanya lagi, seperti kulit bayi yang baru dilahirkan. Lembut dan suci.

Saya sedih dan takut sebab, semakin ramai insan-insan di sekelilig mula meninggalkan kita semua. 
Saya dah anggap Tok Guru cam atuk saya sendiri.
Tahun lepas, Tok Sedara yang menjadi tempat rujukan keluarga kami pun dah pergi mengadap Ilahi.
Keadaan Tok Guru yang uzur tidak menghalang beliau untuk turut serta berjemaah bersama dengan jemaah-jemaah yang lain.

Apabila, mendapat perkhabaran ini.. Hatiku menjadi risau dan takut dengan kematian dan hari kiamat yang semakin dekat.

Salah satu tanda kiamat mula hampir- Ramai orang-orang soleh meninggalkan dunia yang fana ini.

Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya di antara tanda kiamat ialah ilmu (agama) dihilangkan, timbul kejahilan (dalam masalah agama), perzinaan berleluasa, arak banyak diminum, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan lima puluh orang perempuan." - (Riwayat Bukhari & Muslim)

BEGITU BESAR PENGORBANAN DAN PERJUANGAN TGNA

Saya juga tak melepaskan peluang untuk saksikan siaran langsung, di kaca RTM.



Jenazah Tok Guru diusung oleh 5 orang anak lelakinya dan rakyat Malaysia.
Allahuakhbar.. limpahan umat manusia membanjiri kawasan perkuburan dan perkarangan rumah Allahyarham TGNA di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Jalan raya terpaksa ditutup kerana orang ramai berpusu-pusu untuk bersama Tok Guru buat kali terakhir.

Abang saya pun tidak lepaskan peluang.. dia bergerak malam tadi, ke sana. Saya tak tahulah sempat atau tidak dia berjumpa Tok Guru buat kali terakhir. 

Sudah pasti, kita semua akan merindui Tok Guru..

Terlalu besar pengorbanan dan perjuanganmu untuk menegakkan syiar islam, TGNA.

Tenanglah.. berehatlah dikau bersama orang-orang beriman dan para solehin.

Semoga dikau diangkat martabat bersama para syuhada' dan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW yang mulia di alam sana, Tok Guru yang tiada galang ganti.

Akan kami teruskan perjuangan ini sebagai umat islam selagi jasad bernyawa.


Terima kasih Tok Guru..


SEDIKIT BINGKISAN DARI BICARA INI DEMI ILAHI OLEH TOK GURU

" Dunia dan akhirat ini bukan nama bagi dua buah negeri tetapi ia adalah dua kefahaman. Kita tidak dihalang, bahkan dibenarkan untuk mengambil manfaat di dunia, tapi dalam masa yang sama turut menyimpan untuk bekalan kelak.

Jika kita menyimpan segala keseronokan dan sanggup bersusah payah hidup di dunia ini demi kesenangan akhirat, percayalah bahawa pemikiran seperti itulah yang dianjurkan dan membawa kebahagiaan kelak.

Moga segala gerak-geri kita di dunia pinjaman ini akan memberi manfaat di negara abadi nanti.."

Terima Kasih, sahabat.. kerana masih setia membaca coretan ini.

SMS doakan semoga pembaca blog Cinta Hati Sakinah sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

Salam Takziah dari Sakinah Mat Said (SMS) sekeluarga untuk ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekian, Wassalam.

Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said


No comments:

Post a Comment