Tuesday 10 February 2015

10 KEADAAN MANUSIA APABILA JATUH SAKIT YANG MEMBAWA MAUT

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan anda semua kaya dan berjaya walau dalam apa jua pekerjaan.

SMS yakin.. masih ramai di luar sana dibelenggu dengan 1001 masalah dan kemelut kemiskinan.

Namun sahabat.. jangan jadikan kemiskinan dan masalah sebagai halangan untuk kita amalkan gaya hidup sihat, berjaya dan bahagia.

Ramai masyarakat Malaysia hari ini, hidup miskin pada nama sahaja. Tapi, mereka tidak sedar. Hakikatnya, mereka sangat kaya. Kaya nikmat dari Allah SWT.

Alhamdulillah..

Kerana tuntutan kerja dan nafkah hidup.. mereka abaikan satu nikmat kesihatan anugerah dari Allah.

Kesihatan adalah nikmat yang paling besar dari-Nya.

BILA MANUSIA SAKIT.. HILANG SEGALA NIKMAT HIDUP

Kenapa saya cakap begitu?

Yelah, sahabat.. Cuba bayangkan, keadaan orang sakit cam mana?

Tak kisah lah, apa-apa jenis penyakit yang kritikal seperti sakit buah pinggang, strok, lemah jantung, barah dan banyak lagi penyakit-penyakit lain.

Sekadar gambar hiasan.
Keadaan mereka yang terlantar menunggu masa :

1. Mereka tiada selera makan. Sedangkan, badan kita memerlukan tenaga dari makanan.

2. Mereka tidak dapat uruskan diri sendiri dengan sempurna kerana tiada tenaga.

3. Mereka tidak dapat bergerak aktif seperti orang lain.

4. Tidak dapat bekerja normal seperti biasa.

5. Minda tidak dapat berfikir dan menjadi semakin lemah.

6. Mula menginsafi diri kerana berlaku kejam dengan tubuh badan yang tidak menjaga kesihatan di usia sihat.

Penyakit hari ini.. datangnya dari kesilapan diri kita yang tidak menjaga hati dan perut. Sumbat je, semua macam mak nenek. Dah macam tong sampah. Huhuhu..

Kecian, perut dan hati.

7. Memerlukan perhatian dan pertolongan orang lain. Jika ada saudara-mara, tak pe lah. Kalau hidup sebatang kara. Merempat dan menangislah mengenangkan nasib diri di katil hospital.

8. Yang sedihnya.. kebanyakkan dari pesakit, mula abaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Mereka sangkakan bila sakit, tidak perlu solat. Tidak berdaya nak solat.

Kita kan, ada rukhsah dalam ibadat.

So, sementara masih segar dan sihat nie. Belajar-belajarlah solat orang sakit cam mana ya.

Kita belajar.. bukan bermakna kita, ingin jatuh sakit terlantar. Tapi, dengan ilmu ini kita dapat sampaikan kepada orang lain yang memerlukan bantuan.

Sesungguhnya, kesakitan itu penghapus dosa-dosa silam.

Kasihnya Allah SWT kepada Hamba-hamba-Nya.. menghapuskan dosa kita supaya di padang masyar nanti. Timbangan kita lebih kepada kebaikan. InsyaAllah.

Sakit ini adalah teguran dari Allah sahabat, supaya kita muhasabah diri dan perbanyakkan bersujud dan memuji-Nya.


9. Lesu dan tidak dapat tidur nyenyak kerana takut memikirkan ajal yang semakin dekat.

10. Hilang kawan-kawan. Ketika sakit.. kita baru sedar, siapa teman siapa sahabat, siapa lawan.


Tapi, jangan bersedih sahabat.


Apabila malaikat maut datang menjemput.. sekiranya, sudah tiba ajalmu. Tiada guna lagi, sahabat, kawan karib, sanak-saudara dan harta menggunung.

Di saat dan ketika ini, hanyalah amalan kita yang diterima dan juga redha kedua ibubapa ataupun suami bagi seorang wanita bergelar isteri. InsyaAllah.


Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan menjaga pemakanan serta amalkan gaya hidup sihat untuk mempertingkatkan Ibadat kepada Allah SWT. 

FREE TO DOWNLOAD
Saya doakan anda semua, sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat. 

InsyaAllah.

Thanks For Reading :-)

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment