Wednesday 4 February 2015

MENARIKNYA!! SHARIAH COMPLIANT PHOTOGRAPHER

Assalamualaikum dan selamat petang, sahabat Cinta Hati SMS semua.

Hari nie, SMS nak story satu kisah mengenai seorang sahabat lama yang amat SMS kagumi. 

Actually, saya kenal sahabat ini sewaktu di bangku sekolah menengah.

Kami bukannya rapat mana pun.

Tapi, memandangkan batch kami nie special (hanya perempuan sahaja). So, kalau nak cakap tak kenal tue.. bohong, lah kan.

Kebetulan, kami tak berapa nak ramai. Dalam 5 kelas kalau tak silap saya. Ingat-ingat lupa. Huhuhu..

Sekolah pun, kecik je. Bukan besar pun.

Saya dan sahabat nie, start berkawan masa form 4 dan form 5 di MRSM-YT Besut (Sekarang MRSM Besut).

'Haa..!! Siapakah insan bertuah itu?

Jom! layan citer SMS :-)

Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, dapat memberi sumber inspirasi kepada sahabat agar lebih berjaya.

INSAN BERTUAH YANG AMAT DIKAGUMI

Sahabat ini lebih dikenali dengan nama Hazirah. After habis study, kami membawa haluan masing-masing. Hinggalah ditemukan semula dalam Facebook.

Ini Hazirah yang dimaksudkan.
Saya nie, memang suka follow dan jejak kasih sahabat-sahabat lama. Menyambung kembali, ukhuwah yang terbina kata, kan.

Rupanya, dunia nie kecik je. Hahaha.. memang kecik, pun.

Kami belajar satu kampus. Tapi, tak pernah jumpa sebab berlainan fakulti. Masing-masing pun, sibuk dengan hal sendiri.

Struggle nak dapat first class degree.. Memang, saya tak pandang benda lain pun. Hehehe..

Masa saya amat berharga dan bernilai.

Begitu, juga dengan sahabat saya nie.

Facebook je, lah jadi penghubung kami dan sahabat yang lain.

Apa yang menarik pasal Hazirah nie.. Beliau belajar kursus teknologi makanan kalau tak silap saya.

Habis je belajar dia terjun ke bidang lain. Bidang Seni Fotografi. Jauh, lari kan.

Photoshoot untuk hari graduasi.
Tapi, pada saya.. Selagi, kita boleh survive. Kita nampak potensi diri.. tak salah cuba.

Dan Alhamdulillah saya sentiasa follow beliau. Memang mengagumkan.

Beliau ada juga mintak pandangan saya. Saya kan dari bidang seni. So, tak salah lah dia bertanya.
Beliau ada planning nak sambung belajar beberapa tahun lepas.So, saya cuba bantu yang terbaik untuk beliau.
Mentor saya sendiri pernah cakap:

"Kalau you nak berjaya.. you kena ada Mentor atau merujuk kepada yang lebih pakar atau arif. Dalam bidang tersebut."

Saya tak de lah, arif. Sekadar memberi pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman selama 7 tahun dalam bidang Art. InsyaAllah, boleh.

Ilmu kan, untuk dikongsi bersama. Semakin kita memberi dan berkongsi.. InsyaAllah, kita terpaksa kaya dan berjaya.

TEMURAMAH HHH PHOTOGRAPHY

HHH Photography nie, Hazirah lah orangnya. First time, saya tengok koleksi gambar yang dirakam oleh beliau amat-amat bagus dan ada value.

Saya memang respect lah, Hazirah.

Baru-baru nie, saya ada sembang dengan beliau mengenai bisnes yang sedang beliau jalankan.

Perbualan saya dengan beliau mengenai pandangan shariah compliant photographer.
Alhamdulillah.. semakin maju dan berkembang ke serata negeri. Apa yang menariknya.. konsep yang diterapkan ialah Photoshoot Muslimah.

Photoshoot family pun boleh :-)
Sekarang, amat kurang untuk kita mencari juru foto yang begini. Saya tak cakap.. mereka tak bagus.

Outdoor Wedding Photoshoot.
Cuma, kita ada pilihan kan.

One more thing.. kita perlu ingat!

Setiap gambar yang diambil.. mungkin akan digunakan untuk tujuan promosi. So, bayangkan gambar-gambar yang beraksi agak mengghairahkan.. tidak menutup aurat.

Contoh promosi HHH Photography
Tak dapat saya, bayangkan mata-mata yang memandang mereka ini.

Actually, aurat bukan kulit sahaja. Tapi, banyak lagi yang perlu dijaga.
Shariah Compliant nie,  merujuk kepada proses majlis dan banyak lagi.
So, sahabat yang masih bujang dan dalam proses untuk merancang majlis perkahwinan mahupun apa-apa sahaja majlis. Boleh lah, hubungi beliau (Hazirah Hj. Hamzah : 016 992 4916).

Beliau tidak mengambil tempahan pre-wedding kerana mengikut shariah compliant.
SMS doakan sahabat semua, berjaya dan bahagia dunia dan akhirat walau dimana jua berada.

InsyaAllah.

Thanks for reading.

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana yang sedang mencari-cari photoghrapher untuk hari bahagia mereka.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment