Monday 16 February 2015

35 TAHUN BAHAGIA MEROKOK - DISAHKAN MENGHIDAP DIABETES (GANGRENE)

35 tahun merokok.
Assalamualaikum, kepada semua pengunjung setia blog Cinta Hati Sakinah.

Suka saya doakan sahabat pengunjung blog ini, sentiasa dikurniakan tubuh badan yang sihat walafiat agar kita semua dapat menjalani tanggungjawab sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini sebaik-baiknya.

Lebih kurang 8 bulan dah, arwah ayah SMS pergi meninggalkan kami semua. Saya pernah ceritakan dalam entry yang lalu serba-sedikit tentang arwah ayah.

35 TAHUN BAHAGIA MEROKOK

Cuma hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman menjaga ayah sewaktu hayatnya disahkan menghidap penyakit kencing manis (Type : Gangrene).

Selama 35 tahun lebih ayah merokok. Hari ini (Hari kejadian), kami dikhabarkan dengan sesuatu yang tidak pernah diduga.

Kisahnya, berlaku sekejap je. Dalam dua minggu, ayah dengan kami.

Untuk makluman sahabat, kadang-kadang ayah pulang ke rumah di Terengganu untuk uruskan kebun dan ladang. Bila semua dah selesai.. ayah akan balik semula ke rumah kami, di Kuantan nie.

Sebelum arwah jatuh sakit.. Ayah berada di Terengganu. Saya lah yang hantar ayah pulang ke sana sebab kebetulan jiran berdekatan baru je meninggal dunia akibat kanser usus.

Al-Fatihah, untuk arwah jiran saya.

Saya tak sangka, selepas hampir sebulan lebih.. Ayah pula dijemput untuk mengadap illahi.

HATI MENIDAKKAN, AKAL MENGIYAKAN

Pada pagi tue.. saya tepon ayah. Saya bertanyakan khabar. Dan saya maklumkan yang saya dah kena terminate kerja. Boleh baca di sini : Kerana Takbur Nikmat, Pekerja Menjadi Mangsa.

Ayah ok, je lah.. Cuma ayah cakap, ayah sakit kaki. Kaki ayah luka, terkena kasut boot (Kasut Phua Chu Kang).

Saya dah rasa pelik.. Cam mana, boleh terluka bila kena kasut.

Saya rasa sangsi.. saya tanya ayah, lagi. Ayah pijak paku ke? (Kalau luka je, secara automatik saya akan terbayangkan kaki terpijak paku).

Ayah cakap, tak lah. Kena kasut tue je. Nanti, ok lah tue. 

Maybe, kasut tue pecah kot.. Ada lah, kena kat mana-mana. Pastu, saya tanya ayah dah taruk ubat belum.

Ayah cakap dah.

Ok, saya harap tak teruk. Tapi, dalam hati saya kuat merasakan sesuatu yang saya tak pernah bayangkan.

2, 3 hari selepas tue, saya tanya ayah lagi. Ayah cakap, ok. Cuma tak leh nak solat hajat lah. Sebab kaki, sakit. (Saya ada mintak ayah doakan permohonan kerja saya)

Saya cakap, tak pe.. Yang penting, keadaan ayah selamat dan sihat.

Hati saya, rasa semakin tak sedap. Rasa pelik, sangat. Ayah cam sorokkan sesuatu. Ayah tak cakap yang ayah kena kencing manis.

Sehinggalah, jiran tepon mak.. gitaw suruh datang ambil ayah kat rumah sana.

Keadaan ayah dah teruk.

Bila kami tepon ayah.. Ayah cakap, keadaan ayah ok. 

Pagi tue, kebetulan saya bercuti. Kami anak-beranak bergegas balik ke Terengganu  untuk ambil ayah bawak pulang ke Kuantan.

Apa nak jadi.. jadilah.

Ayah marah..

Ayah cakap keadaannya, ok. Tak yah, datang ambil.

Hati saya makin tak sedap.

Perjalanan yang jauh.. dirasakan sekejap, je. Saya pun, tak tahu berapa saya speed. Yang pasti, saya kena speedtrack. Huhuhu..

ORANG RAMAI DI RUMAH AYAH

Time kami sampai, orang ramai mula datang untuk bantu kami pujuk ayah untuk pulang kerumah di Kuantan.

Hati saya sentap dan menangis melihat keadaan ayah yang dah jauh berbeza. Tidak terurus.

Kaki berbau busuk kerana luka.

Jangan biarkan kaki anda jadi begini.

Saya tak tahu.. Ayah tak bagi jiran cakap kat kami.

Saya nak menangis. tapi, saya tahan. Saya tabahkan hati. Kuatkan diri. Sebab saya perlu drive dalam keadaan tenang dan relax.

Saya cari segala dokumen kesihatan ayah.

Yes ! Benar apa yang saya sangkakan selama ini. Ayah sorokkan dari kami.

Doktor sahkan ayah penghidap kencing manis. Tarikh laporan pun masih baru 3, 4 hari.

Nasib baik ada adik lelaki sekali.

So, selepas orang ramai datang mintak maaf dengan ayah. Kami pun, bergerak balik ke Kuantan yang ambil masa 8 jam perjalanan (sepatutnya, 2,3 jam sahaja).

Tapi, kami ambil laluan pantai kerana memikirkan keadaan ayah yang mungkin akan sentiasa nak buang air kecil. Laluan highway, susah nak cari tandas nanti.

Sambil drive..sambil google cari maklumat keadaan dan cara rawatan terbaik untuk ayah. Saya bergilir-gilir dengan adik.

Memang betul.. setiap sejam ayah rasa nak kencing je.

So, kami banyak berhenti.

Sampai kat rumah dah lewat malam.

Sesungguhnya, perjalanan kami amat mencabar. Sebab, dalam kereta kan sempit. Ayah tak selesa dan penat duduk.

Biasalah mulut memang tak berhenti mengomel bila ayah terjaga. Bila nak sampai? Lambat lagi ke? Macam-macam taw.

Saya sabarkan je.. Nak nangis. tapi, tahan. Satu demi satu masalah datang. Saya perlu kuat. (Saya dalam proses diberhentikan kerja).

Alhamdulillah..

Lega bila, ayah tidur.

Ini, baru ayah. Tambah pulak dengan adik yang kembar tue.

Papepun, alhamdulillah.

Adik-adik faham. Dorang cuba tak meragam.

Pemandu kena kental. Hehehe.

Inilah dulu sedikit kisah perjalanan ayah ke Kuantan.

Nanti, SMS sambung lagi kisah ini di lain hari. Cam mana, kami adik-beradik jaga ayah sewaktu hayatnya.

Sebelum itu, saya nak hadiahkan ebook PERCUMA kepada pengunjung blog Cinta hati Sakinah.

TYPE : " SAYA NAK NECK PERCUMA"
kepada SAKINAH : 019-916 4276

Siapa nak?

Whatsapp atau telegram kepada SAKINAH:019-9164276. Type, "SAYA NAK NECK PERCUMA!! "

SMS doakan anda semua  sihat, kaya dan bahagia dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

Sila SHARE entry ini, jika anda rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana.

Wassalam.

Salam Sayang,
Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~



019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com


No comments:

Post a Comment