Social Icons

Sunday, 6 December 2015

DUNIA KAMI : DI PERKAMPUNGAN NELAYAN & RUMAH TRADISIONAL MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Assalamualaikum wbt dan selamat bercuti bersama keluarga.

Hari ini, saya nak cerita sedikit aktiviti kami ketika pulang ke kampung beberapa hari yang lepas.

DUNIA KAMI YANG PUNYER : MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Pagi tue,

Sebelum saya keluar rumah dengan emak ke Batu Enam, Terengganu, saya ada berjanji kat adik-adik nak bawak dorang jalan-jalan ke Muzium Negeri Terengganu.


Memandangkan dorang tak pernah lagi pergi.. So, rancangnya cam tu lah.

Tapi, tengah hari tue,

Setelah pulang dari Batu Enam.. saya rasa penat sangat. Ye lah, semalam non-stop saya drive dan pergi ke sana-sini.

Awal pagi tadi, keluar pulak.

Sampai rumah kampung dah hampir jam 4 petang.

Adik-adik dah merengek-rengek tuntut janji.

Saya rest sekejap.. solat jamak dan jam pun menunjukkan jam 4.30 petang.

Dalam duk berfikir lagi nie. Cam mana nak pi Muzium? Mesti, tak sempatnya.

Nak ke sana pun ambil masa 30 minit.

Cam mustahil lah..

Saya pun dapat idea. Pujuk dorang untuk cancel planning. Kita pergi muzium esok pagi sebelum pulang ke Kuantan. (Dalam hati, larat ke aku nak drive nanti. Non-stop nie).

Tak pe, lah. Itu belakang cerita.

Nasib baik, saya ada bawak balik supplemen Shaklee.. Ia sangat membantu perjalanan saya.

Antara bekalan vitamin yang dibawa pulang ke kampung.
Ostematrix sangat membantu untuk siapa yang selalu travel.
Makan 4 biji sebelum tidur,
InsyaAllah pagi esok hilang rasa sakit-sakit dan lenguh badan.
Ikutkan saya, malas nak pi dah Muzium. Penat sangat badan. Risau pulak terjadi pape time memandu. Lagi pun, saya dah banyak kali ke sana untuk buat research pasal sejarah Seni Islam di Negeri Terengganu suatu masa dahulu.

Yang bestnya, Muzium nie.. even dah pi berulang kali. Tak pernah rasa bosan. Saya suka keunikkan seni dan seni binanya.

So, saya gagahkan diri jugak supaya adik-adik peroleh sesuatu pada petang itu.

On the way nak ke Muzium.
Kalau ikutkan pengalaman yang lepas.. kena stay sekurang-kurangnya 2 jam di Muzium baru dapat jelajah keseluruhan kawasan.

Itupun, tak boleh berlama-lama.

Sedangkan Muzium Negeri sangat luas untuk diterokai.

Maka, ini lah yang berlaku di petang hari tersebut....

Muzium Negeri. Tak dapat masuk Galeri Pameran. sebab, dah tamat
waktu operasi (sampai jam 5.00 petang).
Signage dan jalan menuju ke kawasan sangkar burung-burung dan binatang
hutan/ kampung seperti ayam, landak, dan banyak lah lagi.
Bergambar di tepi sungai sambil hirup udara segar.
Kapal Besar.. Actually, ada 2 kapal. Tapi, ada pengantin tengah wat photoshoot.
Rumah lama, orang dulu-dulu.
Galeri Perikanan. Tak dapat masuk sebab dah tutup.
(Bukak sampai jam 5.00 petang sahaja). So, naik kapal-kapal dan boat di luar sahaja.
Kolam Ikan, angsa, itik dan semua spesies burung yang tak boleh terbang
tinggi. Time kitorang sampai kat sangkar ni, ada seekor burung terlepas.
So, suasana jadi haru-biru dengan suara kawan-kawan dorang bising.
Satu apa pun saya tak faham. Yang paling kuat berbunyi si angsa.
Huhuhu.. Kecian.apa-apa lah dorang cakap. Mesti, duk risau kawan dia
tak jumpa lubang nak masuk sangkar.
Perkampungan Melayu.
Rumah Tradisional Terengganu.
Kat sini, berlaku sesuatu yang tak terduga.

Saya tengah duk syok bergambar dengan si abangnya. Si adik pi ke toilet. Selepas keluar toilet, dia berlari-lari, kejar-mengejar.. riang-ria budak, kan. Memang betul-betul riang lah.

Sekali, nasib kurang baik.. dia pi berlari kat tanah lembik dan basah (berselut).

Bayangkan apa berlaku..

Gedebakkk....

Cam buah nangka jatuh.

Adik, tergelincir dan tersapu lah tanah berselut tue.

Maka, kotor lah baju. Bukan calang-calang kotornya.

Pi basuh pun still tak hilang kesannya.

Sampai basah kuyup. Kereta jauh kat atas sana.

Nak tak nak, dia terpaksa lah jugak pakai baju basah sementara tunggu nak sampai ke kereta.

Alhamdulillah, ada cardigan saya dalam kereta. Boleh lah tukar sementara nak sampai rumah.

Huhuhu..

Aisyah..

Aisyah..

Pasti dia akan ingat kejadian nie.

Kami terpaksa skip lawatan ke rumah-rumah lain. Lagipun, senja dah mula menjengah.



Sebelum balik, kami singgah lalu Taman Tamadun Islam (TTI) sekejap. Untuk cuci mata..

Next time lah masuk melawat replika masjid kat TTI nie.


Alhamdulillah, petang yang berbaloi walaupun penat dan adik terjatuh.

Sampai tertidur dia dalam kereta.

Hehehe..

Ok, lah sahabat.

Salamat bercuti dan berbahagia selalu ye.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies