Thursday 24 December 2015

BERAPA RAMAI ANTARA KITA SAYANGKAN RASULULLAH??

Assalamualaikum wbt dan Salam Maulidur Rasul Ya Rasulullah, Kekasih Allah dunia/ akhirat.

Terasa sebak pepagi cam nie.

Sebak rasa diri terlalu jauh dengan Baginda Rasulullah SAW.

Lagi sebak bila dengar lagu ini. Baca, nyanyikan dan hayatilah setiap bait-bait ayat ini.

Letakkan dimanakah diri kita.

CINTA NABI KEPADA UMMAT"

"Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir air mataku,
Kerna pancaran ketenanganmu..

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku kucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu..

Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu..

Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Kami rindu padamu..

Solawat salam ke atas Baginda Ya Rasulullah.. (2x)

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku dakap dirimu,
Tiada kata yang dapat aku ucapkan,
Hanya Tuhan sahaja yang tahu..

Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu..

Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Kami rindu padamu..

Ku tahu cintamu kepada ummat,
Ummatmu ummati,
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami,
Syafaatkan kami..

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir air mataku,
Kerna pancaran ketenanganmu..

Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu..

Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Kami rindu padamu..

Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Terimalah kami sebagai ummatmu..

Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Kurniakanlah syafaatmu..

Ku tahu cintamu kepada ummat,
Ummatmu ummati,
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami,
Syafaatkan kami..

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir air mataku,
Kerna pancaran ketenanganmu..

Solawat salam ke atas Baginda Ya Rasulullah..

Berapa ramai antara kita yang sayangkan Rasulullah sebagaimana sayangnya baginda kepada kita semua?


Tepuk dada, tanya hati.

Hari nie, terlalu ramai anak-anak muda jauh dari pegangan agama dan sunnah baginda.

Mungkin jugak sebab dunia dah akhir zaman.

Baru-baru ni, saya ke Kursus Pra Perkahwinan.. ramai sangat peserta lelaki yang bersidai kat luar merokok, ambil bekalan oksigen tambahan. Pada saya merokok itu memudaratkan kesihatan diri dan jugak kelangsungan hidup masyarakat sekeliling mereka.

Saya sedih bukan sahaja melihat mereka.. bukan sebab melihat kepada perwatakkan mereka. Tapi, terlalu ramai anak muda di Malaysia ini khususnya terikut-ikut dengan budaya barat yang negative.

Itu belum masuk bab solat lagi. Memang ada peserta lelaki yang tak solat walaupun dah masuk waktu (Laporan dari urusetia).

Bagus mereka hadir ke kursus kahwin untuk dapatkan ilmu agama dan persediaan perkahwinan untuk membina sebuah keluarga yang diredhai dan diberkati Allah SWT. Dan of course, sebab nak kan sijil Kursus Pra Perkahwinan.

Wahai anak muda, terutamanya lelaki..

Bangkitlah kamu.. beramallah dengan sunnah Rasulullah SAW. Kerana kamu adalah tunjang keluarga. Kamu adalah imam dalam keluarga.

Pincanglah sebuah keluarga tanpa ilmu agama yang menentukan masa depan anak cucu cicit keturunan kita.

Allahuakhbar..

Dunia ni, dah sakit.

Dah uzur.

Alangkah indahnya jika Baginda Rasulullah masih hidup. Namun itu semua, mustahil. Semoga kita peroleh syafaat baginda untuk hidup bahagia dan berkat dunia/ akhirat.

InsyaAllah.

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com yang baik lagi budiman sama-sama berusaha menuju ke destinasi kita yang satu iaitu syurga akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. 

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment