Tuesday 8 December 2015

PERINGATAN DAN TEGURAN KEPADAKU YANG MASIH MUDA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung dan blogger semua sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Hidup ceria-ceria selalu.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

"Bukan Salah Kita Dilahirkan Oleh Ibu Bapa Yang Gemuk. Tapi, Kita Bersalah Kalau Kita Mati Dalam Keadaan Kita Gemuk"

PERINGATAN & TEGURAN KEPADAKU

3 Hari di kampung atok, cukup menginsafkan.

Aku teringat perbualan dengan emak saudara, yang ku bahasakan Cik Ngah (Adik perempuan emak).



"Mak cik-mak cik semua sihat, Cik Ngah?

Lama tak jumpa dorang.

Dorang selalu datang, ke sini ke?"

Cik Ngah, duk berbalas soalan aku sambil menjahit baju pelanggannya.

"Dah lama dorang tak datang. Sejak, operate hari tue.

Cik Ani, barah payudara. Dah buang sebelah.

Macam-macam perubatan dah usaha. Pi sana sini, tak berhasil. Dari merebak teruk.. doktor nasihatkan buang."

Ya Allah, aku terkedu. Oleh kerana dah lama tak pulang ke kampung. Macam-macam penyakit dan perkara berlaku.

Bukan itu sahaja. Cik Ngah bercerita lagi.. sambil tangan dan kaki masih tekun menjahit.

"Isteri pak Afzan pun, operate jugak. Dia kena barah kulit. Operate kat peha kaki. Sekarang, dah terbatas pergerakkan.

Tue, tok ki.. baru-baru ni, masuk hospital sebab masalah usus.

Cik Ngah pun tak reti nak citer sangat pasal usus tok ki tue. Tak Faham doktor kata apa.

Ahad depan, Cik Ngah cuti ngasuh si sofea tue.

(selain menjahit, Cik Ngah turut jadi pengasuh sorang baby kat rumah nie).

Cik Ngah cakap dah kat ibu dia. Sebab, ada appoinment doktor."

Aku sebagai wanita dan jugak masih muda serta pernah mempunyai masalah Obesiti.. turut rasa sesuatu. Seolah-olah, peringatan dari Allah kepada diri ini.


Aku tanya Cik Ngah..

"Kenapa dengan Jantung?

Tak turun-turun lagi ke tekanan darah tinggi, Cik Ngah?"

Aku tahu, Cik Ngah ada penyakit Darah Tinggi.

Dah puas aku nasihatkannya, jaga kesihatan. Kurangkan menjahit. Pastikan tidur berkualiti dan cukup rehat.

Dah tu, tiap-tiap malam dia tidur lewat sebab siapkan tempahan baju pelanggan.

Kadang, kalau musim perayaan. Dia tak tidur malam. Berjaga, sudahkan tempahan bertimbun-timbun.

Hurmm..

Cik Ngah dah biasa hidup cam tue. Dia belum ada kesedaran lagi nampaknya.

Mungkin, sebab kurangnya pendedahan. Aku ni pun, bukan selalu pulang ke kampung.

Setahun sekali baru balik. Itu pun, sebab raya puasa.

Kecian, aku dengan Cik Ngah yang tiada anak. Mereka suami isteri belum ada rezeki menimang cahaya mata. Usianya, dah hampir nak masuk ke angka 5.

Bagi aku, tak guna duit berkepuk-kepuk.. kalau kita tak sihat. Duit tak mampu nak bayar kesihatan tue semua. Dan duit jugak tak boleh dibawa mati melainkan disalurkan melalui amal kebajikan.

Isunya, sekarang.. mereka tak nampak dan rasakan itu adalah lumrah hidup.

Bila dah berusia, normal akan jatuh sakit. Normal akan gemuk dan Obes. Mereka semua memang ada masalah Obesiti.



Aku cukup risau.. Dan aku sayangkan mereka semua.

Sorang demi sorang saudara-mara kami meninggal asbabnya penyakit termasuklah arwah ayahku akibat Kencing Manis.

Al-Fatihah untuk arwah ayah dan mereka yang telah lama meninggalkan kita semua.

Kita yang masih celik.. masih mampu berfikir, usahlah berlengah. Usahlah, jadikan penyakit itu sebagai takdir.

Sebenarnya, ia berpunca dari amalan gaya hidup kita.

"Kun Fayakun"

Ye. Jika DIA kata jadi,maka jadilah.

Tapi, Ia takkan terjadi tanpa izin Allah.

Pernah kita berfikir, bagaimanakah ia terjadi? Kita perlu muhasabah diri.

Berusaha dan ikhtiar. KepadaNya jua kita berserah.. Andai kematian sudah tiba.. sekurang-kurangnya kita berusaha.

Ok, sahabat.

SMS doakan semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan amal ibadat kepadaNya.

InsyaAllah.

Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment