Wednesday 9 December 2015

DUNIA KAMI : JOM! PI MUZIUM LOSONG LAGI !!

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga sahabat setia dan pengunjung baru blog sakinahms.blogspot.com berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu hendaknya.

InsyaAllah.

Hari ni, SMS nak sambung story pasal dunia kami.

Sambungan daripada entry yang lalu. Boleh baca di sini (DUNIA KAMI : PART 1)

DUNIA KAMI : JOM! PI MUZIUM LOSONG LAGI!!

Hari ini, kami dah kena packing barang. Nak balik ke Kuantan.

Cam biasa, bonet kereta mesti penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serta segala macam benda. 

Penuh bonet..
Antara yang wajib ialah seguni pisang dari Tok Ki kami. Sayang betul kat anak cucu dia. Tak pernah miss.

Kadang, saya segan. Tak ambil nanti kecil hati. Terpaksa lah ambil jugak.

Bukan apa, Tok ki dah berusia. Sedih, saya bayangkan keringat dia mengangkat seguni pisang tue.

Tapi, memang gagah lah.. Alhamdulillah, masih boleh angkat barangan berat lagi.

Ok, barang dah penuh kereta.

Sekarang, kena gerak cepat supaya tidak sampai lewat malam di kawasan Gebeng.

On the way,

Teeetttttt......

Adik-adik tuntut janji semalam.

Hati berbelah bahagi nak pergi risau terleka dan driver penat.

Dalam duk berfikir-fikir, kepala dah sampai ke Muzium sebenarnya.


Tak pe, lah sekali sekala korbankan untuk adik-adik dan emak ikut je lah. Emak tak kisah asalkan saya boleh drive dan tak penat.

Jom! tengok apa yang berlaku sepagi di Muzium hari kedua.

Hari ini, saya tunaikan hajat dorang untuk masuk ke dalam bangunan.

Sebelum masuk kena buat bayaran tiket kat kaunter dulu. Murah je tiketnya dan berbaloi-baloi sebab boleh duduk kat dalam tue sampai Muzium ditutup. Lagi pun, sangat banyak khazanah berbanding tempat lain yang pernah saya lawati.

Warganegara
Dewasa : RM5
Kanak-kanak (7-15 tahun ) : RM2
Pelajar berpakaian seragam : RM1

Bukan Warganegara
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10

Ok, tiket dah dapat..

Jom!!

Nak jugak, tunjuk tiket di tangan walaupun kurang jelas dan terlebih lighting.
First, pi Galeri Ilmu Kejadian dulu.
Ikan yang diawet bertahun-tahun.
Say Hi! kat harimau.. Hahaha.
Bahagian akar kayu dan herba-herba.
Akar kayu yang nama pelik-pelik. Muda-mudi cam saya dah tak kenal. Huhuhu..
Dulu, arwah ayah selalu masuk hutan untuk cari akar kayu.
Tapi, anak-anaknya tak pernah ambil tahu pun. Teruk, betul..
Emak, adik dengan muka takut dengan singa kat belakang tue, kakak steady je.
Saya suka gambar nie. Akak cam sama je dengan yang kat belakang tue.Hehehe..
Tingkat atas pulak, bahagian Sejarah Islam dengan replika dan artifak dahulu kala untuk rujukan.
Sebelum ke bahagian sejarah islam, anda akan bertemu dengan ruang pameran
lukisan-lukisan (Seni Visual) pelukis tanah air. Lukisan ini, akan sentiasa ditukar
silih berganti bergantung kepada event terkini.
Menuju ke bahagian seni logam dan hiasan Tradisional Melayu.
Level ni, ada Pameran Zaman Pra-sejarah, Pameran Diraja, Senjata dan banyak lah lagi.
Dari pandangan atas, nampak ruangan pameran Tekstil.
Banyak level sebenarnya. Ni pun, saya tak pasti kami di bahagian mana. Hehehe..
Haa.. ni, lah Zaman Pra-Sejarah yang saya maksudkan tadi.
Adik lelaki saya, Ahmad Hakim masuk gua buatan.
Ni, ruangan pertama yang akan anda masuk. Sebab saya dah biasa datang.
Jadi, saya sengaja bawak dorang ke ruangan yang jauh  ke bawah tanah
(Galeri Kejadian Alam) dan paling tinggi ke tingkat atas. Kemudian baru
relax-relax, di sini.
Kami ke Pameran Pengangkutan Air, Dunia Melayu.
Masa ni, si kakak dan emak dah penat. So, dorang tak mahu ikut.
Dorang nak stay kat ruangan pameran depan sahaja yang belum habis diterokai.
Haa.. yang ni, musykil. Nak mintak makanan ke nak bagi makanan. 
Kitorang sekejap je, kat sini. Tak sempat nak hayati pun. Si adik dah merengek nak keluar, katanya penat. Hehehe..

Saya pun, dah nak pancit. Entah berapa ribu langkah berjalan je non-stop. Naik tangga turun tangga.

Ruangan pameran Sejarah Nabi-nabi.
Guest Book dekat peta lokasi keseluruhan Muzium.
Bergambar sat, di foyer utama sebelum bergerak balik.
So, akhirnya semua kepenatan dan perut dah lapar. 

Jom! kita pi cari makan dan gerak balik ke Kuantan.

Agak-agak jam berapa saya sampai di rumah? kitorang gerak dari Muzium selepas zohor. Around 1.00 pm.

Tapi, driver pancit di Masjid Terapung Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Penat sangat-sangat.

Saya rest kat sana sambil cuci-cuci mata.

Nanti, akan bersambung di entry akan datang. Apa saya buat kat Masjid Terapung yang famous tue. Sehingga bersua kembali.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment