Tuesday 29 December 2015

KENAPA PESAKIT KENCING MANIS BANYAK PANTANG LARANG?

Assalamualaikum wbt..

KENAPA PESAKIT KENCING MANIS BANYAK PANTANG LARANG?

Kenapa bila makan nasik, bacaan glucose menjadi tinggi?

Mesti ramai tak tahu dan kurang ambil cakna sebab ia tak berlaku kepada anda atau keluarga anda.

Saya pun dulu, memang tak ambil tahu pun.

Once arwah ayah disahkan kencing manis baru saya ambil cakna semua perkara.


Kenapa bila ayah makan nasik walaupun bubur sahaja dan kuantitinya dalam sesudu dua.. bacaan glucose ayah tiba-tiba meningkat tinggi.

Ramai orang cakap, jangan biarkan pesakit kencing manis tak makan nasik. Saya google cari maklumat. Tapi, saya tak dapat maklumat yang betul-betul jelas kenapa? Mungkin ada.. tapi, tak de explanation dari somebody.

Anda mesti nak tahu kenapa kan?

Alhamdulillah, dalam NECK kami ada pakar pemakanan. Ada pengamal kesihatan dan perubatan. Ada mentor. So, ia seperti shorcut kepada kami.

Jika musykil, boleh bertanya di group NECK dan saya sebagai crew boleh berbincang dan bertanya kepada yang lebih pakar mengenai makanan dan masalah kesihatan.

Akhirnya setelah ayah meninggal,,baru saya tahu kenapa.

Ilmu ini sangat mahal sebab susah nak dapat kat mana-mana. Jika ada pun, kita kurang alert sebab belum melaluinya.

Jawapannya :

Tak salah nak bagi mereka makan nasik. Tapi, bukan nasik beras putih. Nasi beras perang jauh lebih baik dari beras putih.

Sebab kandungan beras perang tinggi dengan serat dan vitamin. Ia tidak melalui proses pembasuhan/penyucian sebagaimana beras putih.

Untuk makluman anda, beras putih ibarat seperti beras yang dah dibasuh dengan clorox (Sekadar bayangan). Segala vitamin sudah berkurangan berbanding beras putih.

Orang kencing manis kena ambil makanan yang rendah Indeks Glisemik (GI).

Tak boleh tinggi karbohidrat.

Kalau tinggi, ia akan memudaratkan. Saya bagi arwah ayah makan beras putih time tue walaupun beras paling mahal untuk pesakit kencing manis.

Ini sedikit makluman.. banyak lagi pantang larang pesakit kencing manis yang perlu diambil tahu.

Syukur Alhamdulillah, NECK banyak berkongsi kebaikan dan amalan gaya hidup kepada peserta untuk meracang kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga.

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dan membantu insan-insan sekeliling saya.

Sebab, saya sayangkan mereka dan anda.

Kehilangan insan-insan terdekat banyak mengajar saya untuk menghargai nikmat kesihatan dan kasih sayang dariNya.

Alhamdulillah.

Usah biarkan diri kita tergolong antara mereka yang menghidap kencing manis. Sekali melarat.. hanya jauhari kenal manikam.

Wallahualam.

Pendaftaran NECK Batch 12 masih dibuka untuk semua sahabat pengunjung blog SMS. SMS, ada hadiah special untuk 20 orang terawal yang berdaftar dengan SMS sempena akhir tahun 2015 ini.

Jom! Ubah gaya hidup kurang sihat kepada sihat.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih cemerlang.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment