Friday 25 December 2015

FASA 1 MEMBINA KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH : UTAMAKAN RUKUN NIKAH


Assalamualaikum wbt dan salam penghulu segala hari.

Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan barakhah oleh-Nya di hari jumaat yang mulia ini. Jumaat terakhir 2016.

Masih adakah kesempatan kita di jumaatNya yang akan datang? Wallahualam..

Yang penting, adalah hari ini.. anggaplah ia jumaat terakhir kita. Sebab, tiada siapa yang tahu tarikh kematian kita. Cuma kita mampu mempersiapkan diri membawa bekalan mengadap Illahi.

Doa SMS, semoga kita dimatikan dalam khusnul khotimah dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

FASA 1 : MEMBINA KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH

Mati itu wajib.

Tapi, sebelum mati kita seharusnya wajib berusaha membawa bekalan untuk ke sana agar kita terlepas dari seksa kubur dan azab api neraka.

Antara bekalan yang membawa kita ke syurga adalah doa anak-anak yang soleh.

Cam mana nak ada anak sedangkan saya sendiri belum bersuami. Hehehe..

Alhamdulillah, sekarang SMS dalam Fasa membina keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah bersama teman hidup dunia akhirat.

Bila tarikhnya? Akan diberitahu kemudian. 

Hari ini, saya nak kongsikan sedikit perkara wajib yang perlu kita utamakan sebelum bernikah.

Mesti semua orang dah tahu, kan.

Sesungguhnya, pernikahan dalam islam itu mudah. Sangat memudahkan. Cuma kita di Malaysia banyak terikut-ikut dengan budaya setempat.

Tak pe, lah. Itu hak masing-masing.

Saya pun turut terasa kesan budaya ini.

Saya cuba sebaik-baiknya, untuk bersederhana. InsyaAllah..

Ok, sebelum kita jauh ke depan. Sebelum majlis kita menjadi haru-biru. Lebih baik kita membuat checklist majlis.

Checklist penting supaya hari bahagia kita berjalan dengan lancar.

Sebab, ada jugak kes yang minit-minit akhir pernikahan terpaksa ditangguhkan.

Kenapa ditangguh?

Sebab permohonan tidak lulus. Seminggu lagi nak nikah, hari ini baru sibuk nak hantar borang.

Ini yang dikongsikan oleh Tok kadi kat tempat saya berdasarkan pengalaman beliau menikahkan pasangan pengantin.

So, dia nasihatkan saya selesaikan yang wajib dahulu supaya tidak berlaku kecelaruan cam di atas tadi.

Katanya lagi, bagus saya daftar awal sebab kita boleh elakkan dari perkara yang tak diingini.

Cam saya, ada sedikit cabaran dari segi hak wali (Boleh baca di sini : Nak Nikah! Sijil Mati Mana?).

UTAMAKAN RUKUN NIKAH

Nak nikah, ada 5 syarat sahaja.

Islam kan memudahkan. Yang jadi susah sebab fikirkan yang sunat iaitu Walimatul Urus (Yang ni pun, mudah jugak jika semua orang memudahkan.. ).

Ok.

Apa syarat Nikah?

Syaratnya adalah SISWA : Bakal Suami, Bakal Isteri, 2 orang Saksi, Wali dan Akad.

Jika ada 5 perkara ini, pernikahan boleh langsung bila-bila masa.

TAPI..

Harus diingatkan ada beberapa perkara tambahan yang perlu diuruskan sebelum berdaftar di Pejabat Agama tempat masing-masing.

Kat bawah ni, checklist yang saya buat bagi Fasa 1 pernikahan yang wajib diambil cakna jika berada di Malaysia dan kedua-dua pasangan warganegara kita.

Saya buat progress by weeks supaya on track. Risau wei.. Sekali seumur hidup. Huhuhu..

*Berkahwin dengan bukan warganegara dan di luar negara ada dokumen tambahan yang perlu dilampirkan.

Anggaran masa yang saya peruntukkan adalah 2-3 minggu. Jika tiada halangan, seminggu dah boleh submit di pejabat agama.

InsyaAllah.

Sahabat doakan semoga proses permohonan saya boleh diselesaikan sebelum 31 Disember 2015.

Nanti, Januari 2016 dah masuk Fasa 2 pulak.

Sekarang, kami sedang menjejaki dimana letaknya sijil kematian atok. Masih belum dapat jejak.

Apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dariNya.

Usah menyerah kalah dan tewas dipertengahan jalan.

Akhir kalam.. SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com yang baik lagi budiman kaya, berjaya, bahagia dan diberkati oleh Allah SWT dunia/akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Terutama wanita yang masih bujang dan tak pernah berkahwin supaya mereka lebih bersedia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment