Social Icons

Sunday, 27 December 2015

KARIPAP KAK ANI TERBANG MERENTASI BENUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sakinahms.blogspot.com.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.

Hari ni, nak share pasal karipap emak SMS atau nama glamournya Karipap Kak Ani.

KARIPAP KAK ANI MERENTASI BENUA

4 hari lepas, ada seorang Pak cik datang ke rumah.

Tanya pasal Karipap.

Dia nak beli.

Nak borong banyak untuk anak menantu.

Tapi, nasib pak cik tue kurang baik sikit. Rezekinya sampai lewat petang. Karipap sessi pagi dah habis.

So, dia kena tunggu petang dulu lah baru boleh merasa dan menjamu selera.

Dia ok, je.

Sebab, hajat dihati nak tempah untuk pagi esok sekali. Anak menantu nak balik ke Australia dan Singapore.

Dia nak 300 biji inti sardin.

Dan untuk 50biji. Nak wat minum petang, katanya.

Katanya lagi, "Pak Cik dah pusing satu taman cari kat kedai yang biasa makan. Tapi, dah tak da rezeki. Itu yang sampai ke rumah kamu nie. Karipap emak kamu buat memang sedap. Rangup dan tahan lama."

Hehehe..

Yang buat, sebenarnya adik perempuan. Emak just turunkan ilmu dan ramuan warisan keluarga.

Alhamdulillah, berjumpa jugak pak cik ni dengan rumah kami.

Senang je, direction rumah aka kiosk Karipap Kak Ani.

Landmarknya, Sekolah Rendah Beserah, Kuantan.

Ok, sahabat. Karipap pun dah selamat sampai merentasi benua. Mudah-mudahan ia permulaan yang baik buat kami.

InsyaAllah.

Sesiapa ada nak buat tempahan boleh whatsApp Kak Ani ye : 0199499648.

Kami sedia menerima tempahan bergantung kepada permintaan.

Selalu memang dorang akan booking awal sebab tahu tempahan selalu penuh.

Ok, selamat menjamu selera bersama keluarga.

SMS doakan semoga sahabat semua kaya, berjaya dan bahagia dunia/akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

~Kiosk Karipap Kak Ani~
"Rangup, Sedap & Tahan Lama"
WhatsApp : 019-949 9648
FB Page : Karipap Kak Ani

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies