Friday 18 December 2015

MALU : DAH TUA BONGKOK! TAK PERNAH TAHU APA YANG DIUCAPKAN

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia selalu. Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Saya teringat satu waktu ketika dahulu di tahun 2012.

Saya pernah menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh pihak jabatan. Tak ingat dah apa tajuk kursus tue. Tapi, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah input daripada kursus tersebut.

Seawal pagi, penceramah dan bertanya sesuatu yang membuatkan semua orang berbisik-bisik dan jeling-menjeling antara satu sama lain.

Nak tahu apa soalan tue?

"Pagi tadi, sebelum datang kerja.. cuba tanya kepada diri masing-masing, siapa yang solat dan siapa yang tak solat?

Anda tak perlu angkat tangan. Jawap dalam hati je.

Ok, dah jawap kan?

Sekarang, saya nak anda semua keluarkan satu kertas kosong. Then, kat atas kertas tue sila tulis..

Tulis, maksud surah Al-Fatihah yang kita baca setiap hari. "



Haa..

Cuba anda bayangkan.. berapa ramai yang berbisik-bisik sesama sendiri.

Peserta kursus, semua dah bekerja taw. Dan ramai yang dah kahwin.

Alhamdulillah, kebetulan saya memang hafal maksud surah Al-fatihah. Al-Fatihah dan beberapa surah pendek je lah yang saya hafal dan amalkan.

So, tak susah nak menjawap soalan penceramah tadi.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala puji bagi Allah,
Tuhan semester alam,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Yang menguasai hari pembalasan,
Hanya kepada KAU yang kami sembah dan hanya kepada KAU kami mohon pertolongan,
Tunjukkan lah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang KAU kurniakan nikmat kepada mereka,
Bukan jalan mereka yang KAU murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat"
~Surah : Al-Fatihah~

Tapi, kawan-kawan sebelah menyebelah mula berbisik-bisik dengan saya. Mintak jawapan.

Saya tak kisah.. Cuma terkejut sebab rupanya ramai yang tak tahu.

Saya fikir, saya je yang lemah bab agama.

Nampaknya, masih ramai lagi yang memerlukan bimbingan dan pertingkatkan ilmu di dada.

Moral dari soalan penceramah tadi, adalah ingin ditekankan tentang kewajipan kita kepada Allah SWT. Sejauh manakah kasih sayang dan cinta kita kepadaNya.

Cukupkah apa yang kita lakukan selama ini.

Kita minta macam-macam dengan Allah. Bila Allah tak tunaikan, kita menyerah kalah. Kita rasa Allah berlaku tidak adil. Allah tidak sayangkan kita.

Tapi, pernahkah kita berlaku adil kepadaNya? Tanya diri, tanya hati, tanya iman.

Wallahulam.

Sama-samalah kita ingat-memperingati sesama ummah. Sesungguhnya, setiap yang baik itu datang dari rahmat Allah dan yang kurang dan buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

SMS doakan semoga kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan amal ibadat kepadaNya dunia/akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini bermanfaat dan memberi kebaikan kepada saudara-mara dan rakan-rakan kita di luar sana.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment